Wanita ini dicabul ketika diberi bius di hospital! Itu ke cara kejutkan pesakit?

Terkejut mendengar berita tentang seorang pesakit wanita dicabul di hospital ketika diberi bius ini. Para wanita dan ibu harus lebih berhati-hati lepas ini!

Dicabul di hospital ketika diberi ubat bius

Warga kota hari ini dikejutkan dengan sebuah video yang menunjukkan seorang pesakit wanita dicabul di hospital ketika masih di bawah pengaruh ubat bius.

Dalam video sepanjang 1 minit itu, mangsa menangis-nangis sambil bercakap yang pekerja lelaki di hospital terbabit (berdiri di depannya ketika itu) telah mencabul dan meramas payudaranya ketika dia dibius.

Video tersebut awalnya dimuat naik oleh mangsa sendiri dalam akaun Instagramnya. Menurut wanita itu –

Dalam keadaan sakit dan tidak terdaya kerana masih di bawah pengaruh ubat bius, ada jururawat lelaki yang jahat dan sengaja mencabul pesakit. Pesakit di hospital harus dilindungi, bukan dicabul!”

Dicabul di hospital – jururawat lelaki mengaku meramas payudara mangsa

Kejadian ini berlaku di Surabaya, Indonesia. Menurut berita kumparan.com, jururawat lelaki yang bekerja di Hospital Kerajaan Surabaya itu telah diambil tindakan tegas.

Tuduhan tentang pencabulan di hospital ini bukan tuduhan yang melulu. Walaupun mangsa di bawah pengaruh ubat bius, namun dia masih boleh sedar. 

Lagipun, jururawat lelaki itu sendiri mengaku semua tuduhan yang dilemparkan padanya! Jika anda tonton video tersebut, pasti anda akan dengar wanita berkata 

Kamu mengaku dulu apa yang kamu buat! Kamu pegang payudara saya, kan? Kamu mencabul saya sampai 2 3 kali, kan?”

Jururawat lelaki dengan muka tidak bersalah itu hanya berdiri kaku di hadapan mangsanya. Dia akhirnya mengaku bersalah.

Ya, saya bersalah. Maafkan saya.”

Kemudian, dia cuba menunjukkan rasa kesalnya dengan menyalam tangan mangsa dan ahli keluarganya. 

Bagaimana prosedur membangunkan pesakit yang dibius?

Ada beberapa cara untuk membangunkan pesakit setelah mereka diberi bius.

Tapi menurut Dr. Yusfa Rasyid, salah seorang doktor pakar di hospital lain, tiada satu cara pun yang melibatkan “meramas payudara” pesakit.

Jadi, terang-terangan ini adalah kes pencabulan seksual terhadap pesakit. Lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh jantina berlainan.

Dr. Yusfa juga menjelaskan cara paling umum yang digunakan untuk membangunkan pesakit di bawah pengarus bius adalah dengan menepuk perlahan di bahu, tangan atau kaki pesakit.

“Jika dia masih belum bangun, anda boleh menepuk pipinya.” sambung Dr. Yusfa.

Membangunkan pesakit pula ada 3 sebab iaitu:

  1. Membangunkan pesakit yang tidur
  2. Membangunkan pesakit dari pengaruh ubat
  3. Membangunkan pesakit untuk memeriksa pesakit

Jadi, jelas tiada alasan lain kenapa jururawat lelaki itu sengaja meramas payudara mangsa yang dibius ini!

Parents, sebarkan artikel ini agar tiada wanita atau kanak-kanak pula yang menjadi mangsa pencabulan di hospital.

Sama-sama kita berhati-hati, ya!

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgangguan-seksual-nyaris-dirogol/

Penulis

Ayu Idris