Bayi MAUT Dipercayai Dihentak Benda Tumpul, Pengasuh Warga Thailand Ditahan Polis

Kasihannya, bayi sekecil ini didera di rumah pengasuhnya yang juga warga Thailand. Kejadian ini berlaku di Serdang, Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita bayi 10 bulan didera di rumah pengasuh selepas mengalami kecederaan di bahagian perut.

Semasa kejadian, bayi malang itu berada dalam jagaan pengasuhnya di Taman Sri Indah, Serdang.

Bayi 10 bulan didera pengasuh

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Serdang selepas dihantar oleh bapanya ke wad kecemasan kira-kira jam 5.15 petang.

Pada mulanya bapa mangsa dimaklumkan oleh pengasuh bahawa anaknya kelihatan lemah pada jam 4.30 petang.

Selepas menerima berita tersebut, bapa mangsa terus ke rumah pengasuh lantas membawa anaknya ke hospital sebelum bantuan pernafasan diberikan namun mangsa gagal untuk diselamatkan.

Walaubagaimanapun, hasil bedah siasat menunjukkan bahawa bayi itu meninggal dunia disebabkan terdapatnya kecederaan di perut akibat hentakan benda tumpul.

Polis tahan pengasuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan itu, polis menahan wanita warga Thailand berumur 30 an yang juga pengasuh bayi tersebut untuk membantu siasatan lanjut.

Dari siasatan awal, polis mendapati bahawa keluarga mangsa sudah lama mengenali wanita tersebut yang berkahwin dengan seorang lelaki tempatan.

Terdahulu, bayi tersebut dihantar oleh ibunya kira-kira jam 8 pagi ke rumah suspek dan semasa itu dia dilihat sihat.

Seterusnya suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Sementara kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan penderaan bayi & kanak-kanak

Kredit: Kelab Mama

Berdasarkan kajian, pendedahan trauma kepada kanak-kanak telah meningkat kepada tujuh daripada 10 penyebab utama kematian di Amerika Syarikat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendedahan yang tinggi itu mempengaruhi perkembangan otak, sistem kekebalan tubuh, sistem hormon dan juga cara DNA ditranskripsikan.

Malah kanak-kanak ini juga mudah terdedah kepada penyakit jantung dan kanser paru-paru malah perbezaan jangka hayat 20 tahun berbanding mereka yang tidak didera.

Menurut Dr. Bessel A Van Der Kolk, antara isu utama dalam kes penderaan kanak-kanak ini adalah dalam keluarga, sama ada anak itu dipukul atau dicabul.

Malah kekurangan dari segi penyampaian kepada orang lain menjadi penyebab kes penderaan ini kerap berlaku ke atas kanak-kanak.

Selain itu, kanak-kanak ini tidak tahu bagaimana untuk diberitahu kepada orang lain tentang apa yang berlaku ke atas dirinya dan berasa takut.

Kebencian terhadap diri sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trauma paling banyak berlaku adalah perasan benci terhadap diri sendiri yang kronik. Malah mereka dilihat mengabaikan kesihatan diri.

Apatah lagi, kanak-kanak yang pernah didera semasa kecil lebih mudah mengalami masalah tingkah laku apabila besar nanti seperti penyalahgunaan alkohol, dadah, merokok dan seks bebas.

Justeru sekiranya ada kanak-kanak dalam ahli keluarga anda pernah mengalami penderaan tidak kira secara fizikal mahupun mental, berilah sokongan moral untuk membantu mereka sembuh dari keperitan trauma tersebut.

Selain mengambil tindakan terhadap si pelaku tersebut agar lebih bertanggungjawab.

Ini kerana, memilih untuk melindungi kanak-kanak ini dengan mendiamkan diri adalah isyarat yang salah kerana anak tersebut boleh percaya bahawa kejadian yang berlaku itu adalah kesalahan daripada mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaiknya bantulah mangsa untuk suarakan hati mereka sebagai satu langkah untuk penyembuhan jiwa dari trauma penderaan tersebut.

************

Apapun kami berharap kes dera bayi 10 bulan dapat disiasat dengan terperinci dan pengasuh dikenakan tindakan sewajarnya sekaligus memberi pengajaran kepada orang lain.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Berita Harian, Hello Doktor 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsaat-kematian