Ibu Menyusu Badan TURUN 24KG Walaupun Makan Nasi, Dia Kongsi Menu Lazatnya Yang Penuh Berkhasiat!

Berat ibu menyusu boleh turun sebanyak 24 kg dalam masa enam bulan. Wah, jika puan ini boleh anda pun pasti boleh! Chaiyok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat asal ibu ini pada mulanya  sebanyak 85kg. Namun setelah mengamalkan menu diet untuk ibu menyusu berikut, beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 24 kg dalam tempoh enam bulan saja!

Namun dalam menu diet ibu menyusu Maznu Shahari (Mazs Shaari) ini, beliau tetap makan nasi. Menurutnya hal ini kerana ibu menyusu perlukan protein, vitamin dan mineral untuk keperluan bayinya. 

Tip-tip berkesan untuk kurangkan berat badan 

  • Diet karbo tidak sesuai untuk ibu yang masih menyusu bayi.
  • Masa permulaan diet, elak garam, gula dan makanan berminyak. Kemudian, selepas turun berat badan ia boleh diambil dalam jumlah yang sedikit. 
  • Ibu tak boleh stres dan banyakkan pelbagai menu diet ibu menyusu supaya tak bosan makan yang sama setiap hari.
  • Bila lapar di waktu malam banyakkan minum air masak.
  • Kesabaran dan jangan cepat mengalah ketika diet adalah SANGAT penting. 
  • Lakukan senaman tiga atau empat kali seminggu. 

Jom kita lihat antara menu diet untuk ibu menyusu yang dikongsikan Maznu Shahari ini. Semuanya sangat menarik dan berkhasiat untuk diamalkan para ibu semua.

40 menu diet untuk ibu menyusu, anda patut cuba!

Menu diet ibu menyusu 1: 

  • Nasi beras perang satu senduk sahaja
  • Ikan tongkol gril perap dengan bawang putih, halia dan serbuk cili 
  • Kangkung. Hanya tumis dengan bawang, satu sudu kecil minyak dan garam sedikit. 

Menu diet untuk ibu menyusu 2: 

  • Nasi beras perang satu senduk 
  • Ayam grill
  • Sayur bayam 

Menu diet ibu menyusu 3: 

  • Nasi beras perang 
  • Siakap grill 
  • Lobak grill
  • Sayur chiew park choy celur 

Menu diet untuk ibu menyusu 4: 

  • Overnight oat buah kiwi 

Menu diet ibu menyusu  5: 

  • 1/2 cawan oat dan susu 
  • 1 biji kiwi 
  • 2 sudu low fat yogurt 
  • Masukkan oat dalam bekas dan tuang susu. Selepas itu susun buah dan akhir sekali letak yogurt.

Menu diet untuk ibu menyusu 6: 

  • Nasi beras perang 
  • Salmon grill
  • Brocolli grill dan baby romaine 

Menu pemakanan ibu menyusu 7: 

  • Sandwich sardin (sardin ayam brand, mayonis sedikit, bawang merah, cili). 
  • Roti wholegrain 
  • Sayur-sayuran seperti salad, timun dan tomato 

Menu pemakanan ibu menyusu 8: 

  • Ikan siakap lumur dengan kiub tom yam. Kemudian tambah tomato, lobak, bawang, brokoli dan cili
  • Siew park choy titis dengan minyak zaitun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu 9:

  • Snek ringan iaitu buah epal hijau dan anggur 

Menu 10: 

  • Oat, avocado dan anggur 

Menu 11: 

  • Beras perang 
  • Ayam grill 
  • Sayur-sayuran 

Menu 12: 

  • Sandwich chic avocado 
  • roti wholegrain 

Menu 13: 

  • Nasi beras perang 
  • Siakap grill 
  • Terung, lobak dan brokoli 

Menu 14: 

  • Oat pisang dan mangga 

Menu 15: 

  • Nasi perang 
  • Sayur bayam 
  • Mix chicken grill 

Menu 16: 

  • Jus epal 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu 17: 

  • Oat pisang dan buah epal 

Menu 18: 

  • Beras perang 
  • Salmon grill 
  • Pelbagaikan sayur-sayuran 

 

Menu 19: 

  • Epal hijau 
  • Epal merah 
  • Avocado 

Menu 20: 

  • Sandwich wholemeal telur 

Menu 21: 

  • Nasi ayam beras perang bersama ayam grill 

Menu 22: 

  • Jus mangga tanpa gula 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu 23: 

  • Nasi beras perang 
  • Bayam celur 
  • Sayur grill campur ayam 
  • Ikan tongkol kari kering 

Menu 24: 

  • Jus mangga 

Menu 25: 

  • Oat mangga dan kiwi 

Menu 26: 

  • Nasi beras perang 
  • Siakap grill
  • Siew park choi kukus
  • Bendi dan tomato 

Menu 27: 

  • Nasi beras perang 
  • Sayur campur 
  • Tenggiri grill
  • Kerabu pegaga cili api 

Menu 28: 

  • Sandwich wholemeal telur 
  • Pisang 

Menu 29: 

  • Lempeng pisang tanpa minyak 

Menu 30: 

  • Nasi kukus beras perang 
  • Ayam dan udang grill
  • Sayur grill 

Menu 31: 

  • Keledek grill bersama telur hancur 

Menu 32: 

  • Nasi beras perang 
  • Tenggiri kukus limau 
  • Sayur campur 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu 33: 

  • Nasi beras perang 
  • Tenggiri kukus halia
  • Bayam rebus 
  • Timun 

Menu 34: 

  • Nasi beras perang 
  • Sayur campur udang 
  • Telur gulung cili api 

Menu 35: 

  • Lempeng kentang (Sebiji kentang rebus dan lecek. Masukkan tiga sudu tepung gandum, susu low fat dan sedikit garam. Masak atas pan) 

Menu 36: 

  • Nasi beras perang 
  • Ikan tenggiri sambal 
  • Lobak dan bunga kobis celur 
  • Pucuk ubi celur 

Resepi pes sambal ikan grill 

  • Cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, halia, air asam jawa, belacan 
  • Kisar semua dan masak atas kuali bersama satu sudu kecil minyak hingga kering. Kemudian sapu atas ikan dan panggang. 

Menu 37 

  • Nasi daging beras perang 
  • Daging air asam tomato
  • Bayam (milk booster) 

Menu 38 

  • Sandwich telu dadar (guna roti wholemale) 

Menu 39: 

  • Overnight oat (4 sudu besar rolled oat, susu kurma, buah-buahan pilihan) 

Menu 40: 

  • Tenggiri kukus limau 

Ibu-ibu yang ingin melihat lagi resepi lain yang dikongsikan oleh beliau boleh ke halaman Facebook Masz Shaari.

Ada pelbagai lagi menu di sana. Tapi jangan lupa ya, kongsikan artikel ini di laman sosial anda. Selamat Mencuba! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda berminat untuk kurangkan berat badan selepas bersalin, anda boleh mencuba rawatan di London Weight Management secara percuma. Rawatan ini membantu membakar lemak degil dan menghilangkan selulit. Jangan lepaskan peluang anda, isi borang ini sekarang!

Sumber: Cik Puan Mazs Shaari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Air Masak Bantu Untuk Turun Berat Badan Dalam Masa 10 Hari? Benarkah Ini Menjadi?