Diet Vegan Punca Bayi 14 Bulan Masuk Hospital Kerana Tidak Cukup Zat

Seorang bayi 14 bulan yang mengamalkan diet vegan kerana ibu bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat makanan dan mengalami masalah jantung!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betapa cuai lagi kejam ibu bapa bayi ini! Ya, ibu bapa terpaksa membuat pelbagai keputusan yang sukar. Tapi, masakan anda sebagai ibu boleh membuat keputusan untuk tak memberi makanan yang berkhasiat pada anak anda, hingga dia kekurangan zat?

Sepasang ibu bapa warganegara Itali telah ditahan oleh pihak berkuasa Milan kerana mengakibatkan anak mereka yang berusia 14 bulan kekurangan zat apabila tidak diberi makanan yang berkhasiat.

Bayi itu dipaksa mengamalkan diet vegan seperti kedua ibu bapanya!

Apabila disoal mengapa mereka tidak memberi makanan yang berkhasiat pada anak mereka itu, kedua-dua ibu bapa menegaskan suatu perkara –

Diet vegan (memakan makanan sayur-sayuran sahaja) adalah pilihan yang tepat buat anak kami. Kami pengamal diet vegan juga.”

Merepek!

Apa itu diet vegan?

Diet vegan melibatkan amalan memakan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, bijirin, kacang dan buah-buahan sahaja.

Pengamal diet vegan tidak akan memakan sebarang makanan yang berasal daripada haiwan (seperti daging), termasuklah produk tenusu dan telur

Untuk memperoleh khasiat yang sebenar, pengamal diet ini perlu mendapatkan sejumlah besar nutrien dan kalsium setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkan kanak-kanak mengamalkan diet vegan ini?

Menurut NHS, diet vegan boleh mengakibatkan kanak-kanak tidak mendapat zat besi dan tenaga yang mencukupi untuk membesar.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk melatih kanak-kanak dengan diet ini hanya apabila mereka berusia 5 tahun ke atas. 

Kanak-kanak yang mengamalkan diet vegan juga perlu mendapatkan bekalan vitamin C untuk membantu badan meresap zat besi. 

Akan tetapi, pasangan Itali yang cuai ini langsung tidak memberikan sebarang pengambilan makanan tambahan dan vitamin buat anak mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itu pihak doktor membantah dan menentang keras pendapat pasangan ini!

Kesan diet vegan kepada kanak-kanak 

Apabila pihak polis membawa bayi yang berusia 14 bulan itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan, mereka terkejut mendapati betapa kanak-kanak itu tidak sihat!

Nama kedua-dua ibu bapa dan bayi tersebut terpaksa dirahsiakan pihak berkuasa atas sebab-sebab privasi.

Akan tetapi, hakikatnya – mereka telah bertindak kejam kerana tidak menjaga anak mereka dengan betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat bayi itu hanya mencecah 11 pound – berat bagi bayi yang berusia 3 bulan! Sungguh tidak sihat!

Menurut Livestrong, berat badan ideal dan sihat untuk bayi yang berusia 14 bulan adalah dalam lingkungan 17 hingga 25 pound.

Doktor juga telah mengambil darah bayi tersebut dan mendapati beliau terlampau kekurangan zat makanan dan kekurangan kalsium dalam badan.

Akibatnya, bayi malang ini mungkin tak berjaya diselamatkan kerana beliau juga mengalami masalah jantung kongenital!

Bukan kes kecuaian ibu bapa yang pertama

Malangnya, ini bukan kali pertama kanak-kanak atau bayi dimasukkan ke hospital di Itali kerana ibu bapa mereka memaksa anak-anak mengamalkan diet vegan.

Dalam tempoh 18 bulan lepas saja, hampir 5 kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat makanan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun 2007, pasangan daripada Atlanta telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup apabila mereka membiarkan anak mereka yang berusia 6 minggu mati kerana tidak diberi makan apa-apa, melainkan susu soya dan jus epal.

Merepek, bukan? Tak sayang anak ke anda? Semoga perkara sebegini dijauhkan daripada anda dan keluarga.

Jika kalian adalah pengamal diet vegan, dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan diet tersebut untuk anak-anak anda

Diet vegan mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan kanak-kanak berasa “cepat kenyang” walaupun hakikatnya, mereka tak mengambil jumlah kalori yang mencukupi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, suplemen makanan tambahan diperlukan. 

Semoga perkongsian ini membuka mata semua ibu bapa. Mari kongsikan artikel ini agar semua ibu bapa tidak mudah cuai lagi!

Sumber rujukan: Life Daily, NHS

Penulis

Ayu Idris