Apa yang dilalui oleh ibu ini memang sangat sadis dan menyedihkan. Beliau hanya ingin bekerja untuk menyara anaknya, tapi akhirnya dia dihukum mati kerana mahu melindungi diri sendiri.
Ibu dihukum mati kerana bunuh majikan yang merogolnya
Ibu kepada seorang anak ini, Tuti Tursilawati telah dihukum mati selepas beliau membunuh majikan yang merogolnya.
Tutu Tursilawati telah dibunuh pada hari Isnin lalu di Ta’if, salah satu bandar di daerah Mekah, Arab Saudi. Apa yang lebih menyedihkan, kerajaan Saudi gagal untuk memberi amaran pada keluarga Tuti atau kerajaan Indonesia sebelum beliau dibunuh.
Presiden Indonesia Joko Widodo telah menelefon Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, menuntut untuk mengetahui kenapa Jakarta tak diberitahu tentang pelaksanaan hukuman mati Tuti Tursilawati.
Ini adalah kali keempat dalam tiga tahun, Arab Saudi gagal memberitahu Jakarta sebelum menjatuhkan hukuman pada pekerja asing Indonesia.
Menurut setiausaha kabinet, Joko berkata:
“Kami telah menelefon menteri luar Arab Saudi untuk menyatakan protes kami.”
Duta besar Arab Saudi telah diminta untuk datang dan berbincang tentang perkara ini, tambah Joko.
Pertubuhan Penjagaan Migran Kumpulan Indonesia pula berkata, Tuti Tursilawati hanya bertindak untuk mempertahankan dirinya dari dirogol.
Abidin Fikri, ahli parlimen Indonesia juga mengkritik pembunuhan ini dengan berkata:
“Negara Arab Saudi telah mengambaikan prinsip hak asasi manusia termasuk hak semua orang untuk hidup.”
Tuti telah dihukum mati hanya seminggu selepas menteri luar Arab Saudi Adel al-Jubeir, berjumpa dengan rakan sejawatnya Retno Marsudi dan Joko Widodo di Jakarta untuk membincangkan tentang hak pekerja asing.
Semasa perjumpaan ini, Retno menegaskan tentang kepentingan memberitahu mereka dulu sebelum menjalankan hukuman mati kepada mana-mana pekerja asing Indonesia di Arab Saudi.
Amnesty International Indonesia berkata, Arab Saudi telah merosakkan hubungan diplomatik antara mereka dan telah bersikap tidak beretika kerana membiarkan ibu anak satu ini dihukum mati.
Dihukum mati hanya kerana mempertahankan diri, di mana keadilannya?
“Tuti hanya membela dirinya” kata ibu Tuti Tursilawati, Iti Sarniti, yang sempat berjumpa Tuti pada April lalu selama satu setengah jam.
Tuti dikatakan memukul majikannya, seorang lelaki tua di rumah majikannya di Ta’if pada Mei 2010.
Menurut MataNajwa pada Mac lalu, Iti mengatakan:
“Tuti dipujuk untuk melakukan seks oleh majikannya yang sudah tua dan berkerusi roda. Satu hari, Tuti rasa jengkel dan menolak kerusi roda yang dipakai orang tua itu.
“Dia hanya menolak kerusi roda dan majikannya jatuh dan dibawa ke hospital, tiga hari selepas itu baru meninggal. Adakah ini dinamakan pembunuhan?” soalnya.
Kronologi kejadian kes Tuti Tursilawati hingga dihukum mati
Pada Mei 2010 lalu, Tuti ditangkap oleh pihak polis Arab Saudi atas tuduhan membunuh bapa majikannya Suud Mulhaq Al-Utaibi.
Tuti ditangkap sehari selepas peristiwa pembunuhan terjadi pada 11 Mei 2010. Dia dikatakan telah bekerja selama lapan bulan dan tak dibayar gaji selama enam bulan.
Selepas membunuh mangsa, Tuti lari ke Kota Mekah dengan membawa barang perhiasan dan wang berjumlah SR 31,500 (RM 35,200) milik majikannya.
Tapi, dalam perjalanan ke Mekah, Tuti telah dirogol oleh sembilan lelaki Saudi dan mengambil semua hasil curiannya. Sembilan lelaki ini kemudian ditangkap dan dihukum mengikut hukuman di Arab Saudi.
Dalam proses penyiasatan, Tuti mengaku membunuh bapa majikannya dengan alasan selalu mendapat gangguan seksual. Tuti telah dijatuhkan hukuman pada tahun 2011.
Selepas dijatuhkan hukuman, kerajaan Indonesia membuat rayuan beberapa kali supaya Arab Saudi meringankan hukumannya termasuk menghantar wakil, menghantar surat kepada presiden Arab Saudi dan pelbagai cara lain.
Rakyat Indonesia dan kerajaan Indonesia kesal dengan tindakan kerajaan Arab Saudi dan masih protes dan menuntut bela atas kematian ibu anak satu ini.
Kami di theAsianparent turut kesal dan bersedih dengan apa yang berlaku pada Tuti Tursilawati dan mengucapkan takziah pada ibu bapa Tuti dan anak yang kehilangan ibunya ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Within Nigeria, Liputan 6, BBC
Baca juga:
https://my.theasianparent.comgangguan-sihir/