Ibu Ini Dikecam Netizen Kerana Melakukan Seks Ketika Menyusu Anak!

Seorang ibu muda dikritik oleh netizen setelah dia merakam video pengakuan jujurnya yang dia pernah menyusukan bayinya sambil berhubungan seks. Apakah alasan ibu ini berkelakuan sedemikian?

Spiritual Tasha Mama, merupakan username seorang youtuber yang baru-baru ini telah mendapat banyak kritikan berikutan video pengakuannya yang dia dan suami sering melakukan seks ketika menyusu anak mereka.

Seks ketika menyusu

Dia berpendapat bersama sambil menyusukan anak  bukanlah satu kesalahan kerana bayinya sedang tidur dan tidak nampak dia dan suaminya.

Ramai yang menghukumnya dengan mengatakan dirinya menjijikan dan mementingkan diri.

Namun dia telah membela diri dengan menyatakan yang bekas suaminya itu melakukan aktiviti itu dari belakang. Jadi anaknya tidak dapat melihat apa-apa.

Malah, di dalam salah satu videonya, dia telah menyebut yang 99.99% manusia sukakan seks. Serta semua manusia lahir hasil daripada aktiviti seks.

Tasha juga meminta supaya orang ramai tidak menghukum kelakuannya terhadap anaknya. Padanya, setiap orang mempunyai situasi dan pilihan yang berbeza.

Dan dia juga memaafkan semua yang telah menghakimi dirinya.

Bayi asyik mengempeng

Dia berpendapat mesti ramai dapat memahaminya kerana bayinya yang berusia 3 bulan itu tidak mahu melepaskannya. Bayi asyik mengempeng sahaja 24 jam.

Hingga terpaksa melakukan seks ketika menyusu anak dan dilakukan dari belakang.

Sebenarnya bukan hanya sekali video Tasha dikritik, sebelum ini, banyak videonya menyusukan anaknya diganggu lelaki-lelaki miang.

Namun Tasha memang jenis yang tidak kisah mengongsikan gambarnya yang menyusukan kedua anaknya 3 bulan dan 3 tahun sekaligus di laman sosial.

Tentu saja gambar sebegitu mengundang kontroversi.

Tapi sebenarnya, ada perkara yang lebih baik disimpan sendiri berbanding dikongsikan secara umum, kan?

Namun adakah menghakimi perbuatan ibu ini perbuatan yang betul?

Apa pendapat anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Nak Buat Bila “Kantoi” Anak Nampak Anda Berintiman?

Penulis

Aqma