Melihat kepada bilangan kes yang makin menjadi-jadi setiap hari, tidak hairanlah jika kerajaan akan memanjangkan tempoh PKPB ini. Dan pada waktu ini semua ibu bapa perlu menjaga anak mereka sendiri akibat sekolah ditutup, lantas bermulalah dilema ibu bekerja. Mana nak menjaga makan pakai anak, mengajar anak, menguruskan rumah. Dan ini sudah tentu menjadi ekstra beban kepada ibu-ibu tunggal.
Memahami dilema ibu bekerja di rumah dan juga ibu-ibu tunggal, kami kumpulkan tips daripada ibu tunggal yang bekerja di rumah tentang bagaimana mereka kekal ‘waras’ menguruskan kerja dan anak-anak sepanjang PKPB ini.
#1. Biar anak-anak membantu
Percaya atau tidak sebenarnya anak-anak walaupun masih kecil mereka akan lebih ringan tulang untuk membantu anda. Namun kebanyakan ibu-ibu yang ada rasa kurang percaya atau tidak mahu anak buat salah ketika menolong membuatkan pertolongan mereka itu ditolak. Biarkan mereka menolong, awal-awal mungkin ‘messy’ namun lama kelamaan mereka akan mahir. Dan biarlah mereka menolong membuat kerja-kerja yang mudah dahulu seperti bawa baju kotor ke mesin basuh, bawa pinggan kotor dan rendam dengan sabun di sinki, kutip mainan, kemas meja makan, lap meja dan sebagainya. Sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban anda. Takdalah benda remeh pun anda perlu buat.
#2. Jadualkan senaman awal pagi
Bagi seorang ibu tunggal ini, dia akan set alarm dua jam awal sebelum anak-anaknya bangun tidur. Supaya dia boleh bersenam dan minum kopi serta sarapan untuk menghadapi keseluruhan hari yang penat bersama anak-anak. Dan uruskan beberapa perkara sebelum mengendalikan anak-anak akan membuat hari anda lebih terurus dan tidaklah kelam kabut.
#3. Video call bersama ibu-ibu lain
Ini sangat penting, dan sebagai ibu kita juga perlu sentiasa pastikan keadaan rakan-rakan ibu kita juga dalam keadaan baik. Malah jika ada aktiviti atau permainan yang boleh melibatkan mereka dalam video kan lebih seronok! Memasak bersama pun satu idea yang bagus! Boleh tengok siapa yang masak menjadi dan siapa yang tidak. Pastikan anda semua mencuba resepi baru yang sama!
#4. Me time
Ambil masa untuk manjakan diri di penghujung hari sekejap pun tak mengapa. Tidak kisahlah seperti menonton drama Korea ke, makan ais krim dan coklat atau order makanan segera. Jika itu adalah ganjaran anda selepas satu hari yang sibuk, why not? Percayalah ia cukup penting untuk kesihatan menta anda. Malah juga ia memberi impak kepada bagaimana anda melayan anak-anak keesokan hari. Apabila emosi anda stabil anda pun akan kurang marah-marah terutama bila anak buat perangai.
#5. Ambil udara luar
Sepanjang tempoh PKPB ini anda masih boleh berjalan-jalan di kawasan rumah kan? Ambil sedikit masa terutama selepas habis waktu kerja untuk meluangkan masa bersama anak-anak di luar. Berjalan-jalan atau berbasikal dapat memberikan banyak manfaat pada kesihatan anda dan anak-anak.
#6. Buat jadual walaupun tersasar
Sentiasa buat jadual setiap hari agar rutin anda lebih tersusun walaupun ada sesetengah tidak diikuti atau masa yang tersasar. Tidak mengapa, jadual untuk boleh membantu agar anda keep on track dan sebagai peringatan sahaja. Dalam pada itu anda boleh menolah tambah apa yang perlu dan apa yang boleh skip saja.
#7. Masa tamat
Tetapkan masa tamat setiap kali di penghujung hari. Contohnya seperti apabila anak-anak sudah tidur maka ia adalah masa tamat anda untuk buat apa-apa kerja. Waktu tidur bermakna waktu anda untuk rehat! Nyalakan lilin aromaterapi dan berehat. Kerja-kerja yang tertinggal anda boleh sambung keesokan hari atau jika anda tidak mahu menundakan kerja, ketika anak-anak sedang mandi atau ralit bermain, selesaikan apa yang patut secepat mungkin.
#8. Tetapkan masa yang sama untuk bangun dan tidur
Ini dapat membantu rutin anda berjalan lebih lancar. Percayalah ramai ibu-ibu yang breakdown kerana tiba-tiba dia tidak dapat mengikuti masa dalam masa yang sama kerja tertimbun. Bukan kata kerja pejabat, kerja rumah pun sama. Sebab itu penting memastikan anak bangun pada waktu yang sama juga tidur waktu yang sama agar anda boleh uruskan kerja dengan masa yang ditetapkan.
#9. Jangan malu minta pertolongan
Sekiranya anda rasakan anda tidak berdaya, sentiasa hubungi keluarga dan rakan-rakan sudah semestinya mereka sedia untuk membantu. Anda juga boleh luahkan segala yang anda rasa, ia akan lebih melegakan. Anda tak perlu tanggung seorang diri, dan jangan juga berasa malu untuk meluahkan atau mendapatkan bantuan. Percayalah orang sekeliling anda cukup memahami dilema ibu bekerja ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Parents
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtips-jaga-anak-kecil