Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!

Segala bahan kimia dan toksik di dalam alat kosmetik boleh diserap ke dalam badan kita.

Penggunaan alat kosmestik adalah sesuatu yang tidak asing lagi terutamanya untuk wanita. Ramai yang menggunakan alat kosmetik sebagai satu rutin harian. Namun, tahukah anda yang bahan berbahaya dalam kosmetik?

Bahan Berbahaya Dalam Kosmetik Yang Anda Perlu Berwaspada!

Jika anda merasakan dengan hanya menggunakan mereka di atas kulit sahaja tidak membahayakan kesihatan, fikir lagi sekali. Kulit merupakan organ terbesar badan kita yang mampu menyerap sebarang bahan yang kita sapu secara topikal dan produk kosmetik boleh merosakkannya!

Jadi, segala bahan berbahaya dalam kosmetik seperti kimia dan toksik  boleh diserap ke dalam badan kita. Tontoni video dari abc news untuk melihat secepat mana bahan kimia boleh meresap ke dalam badan kita.

10 Bahan Berbahaya Dalam Kosmetik

Berikut adalah senarai bahan kimia yang mungkin ada di dalam alat kosmetik anda;

1. Phthalates atau Dibutyl Phthalates

Banyak digunakan sebagai ‘plasticizer’ di dalam alat penjagaan kuku, pelembap bibir, minyak wangi serta deodoran sebagai bahan ‘pemegang’ bau dan warna.

Ia dikatakan akan mengganggu sistem endokrin yang membantu mengeluarkan hormon. Jadi, phthalates dan dibutyl phthalates boleh mengganggu reproduktif dan neurologikal.

2. Paraben

Salah satu bahan kimia yang memang tidak asing lagi. Sangat banyak digunakan di dalam pelbagai barangan termasuklah alat kosmetik.

Paraben boleh menyerupai estrogen dan mengganggu hormon badan. Terdapat juga paraben yang dapat dikesan di dalam tisu kanser payudara.

Paraben merupakan bahan kimia yang tidak mempunyai masalah untuk menyerap ke dalam saluran darah dan mengganggu sistem imunisasi badan.

3. Triclosan

Banyak digunakan di dalam alat kosmetik antibakteria seperti pencuci muka, deodoran dan ubat gigi. Selain mengganggu sistem endokrin, triclosan juga menyumbang kepada ketahanan antibiotik terhadap bakteria.

4. Siloxanes

Jika anda pernah terbaca bahan yang mempunyai hujung ‘-siloxane’ atau ‘-methicone’, ianya adalah bahan yang mengandungi siloxanes.

Alat kosmetik yang melembut, melicinkan atau melembap selalunya mengandungi siloxanes. Ia akan mengganggu sistem reproduktif badan kita.

5. Resorcinol

Digunakan sebagai bahan antiseptik di dalam krim jerawat, krim ekzema atau ketuat. Selain itu ia banyak juga digunakan di dalam pewarna rambut.

Selain boleh merengsa kulit, ia juga dikaitkan dengan masalah thyroid jika digunakan di dalam kuantiti yang banyak untuk jangka masa yang panjang.

6. Butylated hydroxyanisole (BHA)

Bahan yang boleh meningkatkan risiko kanser sekiranya digunakan dalam kuantiti yang banyak. Banyak terdapat di dalam gincu!

7. Kompaun PEG

Kebanyakan produk kosmetik yang berasaskan krim mengandungi ini. Jika mempunyai ‘1,4-dioxane’, ‘propylene glycol’ atau bahan yang ada -eth- seperti ‘polyethylene glycol’ ianyanya boleh menyebabkan kanser.

8. Octinoxate

Merupakan bahan kimia yang tidak stabil dan boleh mengganggu sistem endokrin dan thyroid. Ia banyak digunakan di dalam bedak asas (foundation).

9. Petrolatum

Bahan yang digunakan untuk ‘memerangkap’ kelembapan dan sering digunakan di dalam pelembap bibir, gincu, pelembap dan produk penjagaan rambut.  Petrolatum mudah terkontaminasi dengan hidrokarbon aromatik polycylic penyebab kanser.

10. Parfum (atau pewangi-fragrance)

Terdapat di dalam semua produk kosmetik yang mempunyai pewangi walaupun ada sesetengahnya dilabel sebagai ‘unscented’ atau tidak berbau. Selain boleh menyebabkan alergi dan asma, ia juga dikaitkan dengan kanser dan neurotoksik.

Seperti yang dinyatakan di dalam video di atas, tips mudah untuk memilih produk kosmetik ialah dengan menyemak kandungan kosmetik tersebut. Sekiranya bahan kandungan terlalu panjang dan sukar disebut, sebaiknya elakkan alat kosmetik tersebut.

Sumber: Chriss Kresser, healthy living how to, ann marie, safe cosmetics, david suzuki, abc news 

 

Penulis

Aqma