Kenapa kata "tidak boleh" dan "no" sebenarnya bagus dalam mendisiplinkan anak?

Mengatakan "tidak boleh" atau "no" sebenarnya bagus dalam menjadi cara disiplinkan anak. Tak percaya, cuba anda buat ikut saranan pakar ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang bagi semua ibu bapa, kalau boleh, semua benda hendak diberikan kepada anak-anak. Namun dalam hendak disiplinkan anak, berkata ‘tidak boleh‘ atau ‘no‘ sebenarnya bagus. Tapi mengapa?

Satu lagi, ada juga ibu bapa yang berfikir, perlukah mereka mendisiplinkan anak mereka sebelum anak berusia 1 tahun?

Disiplinkan anak sejak kecil – boleh ke?

Tahukah anda, bayi juga sebenarnya sudah boleh memahami asas disiplin sebelum mereka tahu bercakap atau berjalan?

Untuk disiplinkan anak secara efektif, bagus untuk biar mereka faham tentang kata “tidak boleh” atau “no” semasa tahun pertama mereka.

Kajian menunjukkan walaupun dalam rahim, bayi sudah boleh mendengar bunyi. Apabila mereka dilahirkan, beberapa hari pertama melibatkan mereka membezakan bunyi.

Dan juga, mereka boleh mengenali suara ibu berbanding suara wanita lain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Huffington Post

Apabila bayi berusia 6 bulan, mereka sudah boleh memahami perkataan seperti ‘ya’ atau ‘ibu’. Serta memahami bahasa tubuh.

Disiplinkan anak : Bagaimana saya boleh ajar anak dengan berkata ‘tidak boleh’ atau ‘no’?

Di usia 7 bulan, bayi sudah mempunyai gerak hati. Mereka bukan saja memahami perkataaan anda, tetapi termasuklah mood. Ketika berusia 9 bulan, mereka sudah boleh faham maksud ‘tidak’.

Menarik, bukan? Sebelum mencecah usia setahun mereka sudah faham informasi yang disampaikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bercakap tentang disiplinkan anak, ibu bapa bukanlah perlu terus berkata ‘tidak boleh’ atau ‘no’ dalam hampir semua perkara.

Namun ajar mereka untuk faham maksud ‘tidak boleh’ terutamanya untuk perkara yang membahayakan mereka.

Cara disiplinkan anak, cuba ingat akronomi AJPPK ini…

A- Alihkan perhatian dan pandu mereka

Kredit: Today Show

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dengan sifat ingin tahunya akan tekun dengan sesuatu objek seperti alat kawalan tv. Jangan sorok alat kawalan itu, tetapi berikan mereka alternatif lain. Contohnya alat kawalan tv lama tanpa bateri.

Kiranya, anda berkata ‘tidak boleh’ pada alat kawalan jauh yang berfungsi dan gantikan dengan alat kawalan jauh yang rosak.

J- Jangkakan tantrum dan cuba elak perbuatan itu

Seperti mana bayi anda boleh menjangka apa yang anda rasa, anda juga boleh menjangka mood mereka. Adakah mereka kelihatan tidak senang duduk, atau moody?

Apapun sebabnya, anda harus membuatkan mereka selesa agar tidak terus moody.

P- Puji dan bercakap positif

Apabila anda sudah disiplinkan anak dan mereka mendengar arahan anda, berikan pujian. Berikan mereka kata-kata positif kerana telah berjaya mengikut arahan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka mungkin belum faham sepenuhnya, namun mereka akan gembira dengan respon positif yang anda berikan.

P- Pilih yang terbaik

Janganlah terlalu tegas, pilih masa yang terbaik untuk anda disiplinkan anak anda. Ada kalanya, anda juga harus benarkan mereka mengekspreskan apa yang mereka mahu.

K – Konsisten adalah kunci

Apa yang penting ialah anda konsisten dalam mencari cara untuk disiplinkan anak anda. Jangan satu perkara anda larang, tiba-tiba perkara itu boleh dibuat pula kerana anda rasa malas hendak ambil tahu.

Cuba jangan ketawa walaupun anda rasa ianya kelakar, tunjukkan anda serius. Lama-kelamaan, mereka akan faham dengan maksud “tidak boleh” dan “no” yang sebenarnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ahli psikiatri Paul C. Hollinger menyarankan ibu bapa untuk tidak mengambil hal ini dari sudut yang salah.

Ini adalah salah satu perkembangan semula jadi mereka. Malah adalah bagus mereka memberi respon, menunjukkan mereka tahu mengekspresikan diri mereka.

Jadi jangan takut untuk berkata ‘tidak’ kepada anak anda.

 

 

 

Kredit gambar: slideshare.net

Sumber: theAsianparent SingaporeLive SciencePsychology TodayWebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Bagaimana mendisiplinkan anak yang kerap melawan dan memberontak?

Penulis

Aqma