Jangan Terus Label Anak Lembab & Pemalas, Mungkin Sebenarnya Dia Ada Masalah Pembelajaran Disleksia!
Disleksia bukan satu penyakit tapi ia berkaitan dengan masalah pembelajaran anak sejak kecil. Sebagai ibu bapa, sebelum anda melabel anak dengan kata-kata yang menyakitkan hati, ini apa yang anda perlu tahu.
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang sering dialami kanak-kanak. Mereka akan menghadapi kesulitan semasa belajar membaca, menulis, mengeja, memahami dan mengira.
Mereka juga mungkin sukar faham pelajaran yang disampaikan secara visual mahupun melalui suara. Oleh sebab itu, anda tidak boleh terus melabel anak sebagai “lembab” atau “bodoh”.
Otak anak disleksia tidak mampu menterjemahkan gambar atau suara yang dilihat dan didengar, namun mereka masih boleh melihat kata yang ditulis atas buku. Akan tetapi, otak mereka tidak boleh terjemahkan apa yang dilihat itu.
Harus diingatkan: disleksia adalah masalah pembelajaran, bukannya penyakit mental mahupun kerosakan otak.
Masalah Pembelajaran Disleksia – Kenali Jenis-jenis Disleksia
1) Disleksia visual
- Tidak dapat terjemah bahasa yang ditulis atau dicetak dan huruf yang ditulis terbalik.
- Sukar ingat dan kenal huruf. Malah, tidak berupaya menterjemah simbol.
2) Disleksia Audi0tori
- Tidak boleh mengecam bunyi dan tidak dapat membezakan bunyi huruf yang didengari.
3) Disgraphia
- Kesukaran mengkoordinasikan otot tangan agar dapat menulis dengan baik supaya tulisannya dapat dibaca.
Ciri-Ciri Disleksia – Lihat Tanda Ini Pada Anak Anda
- Lambat bertutur dan mengalami kesukaran sebutan
- Sukar menulis nama sendiri
- Susah untuk kenal bentuk dan warna
- Sukar memberitahu cerita yang didengari
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira.
- Tidak suka membaca dan mengelak baca di dalam kelas.
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan dan nombor (baca terbalik)
- Kurang koordinasi seperti tak tahu ikat tali kasut.
- Keliru konsep masa seperti semalam, hari ini, esok.
- Sukar fahami, ingat dan mengikut arahan.
- Selalu tersalah letak dan hilang barang.
Masalah yang mungkin muncul apabila anak mengalami disleksia
- Digelar malas, bodoh atau lembab.
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Gangguan emosi dan kemurungan
- Masalah tingkah laku seperti melawan dan kecelaruan tingkah laku.
- Pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan.
Bantu anak disleksia anda
Walau bagaimanapun, jangan panik jika anda dapati gejala di atas ada pada anak. Apa yang anda boleh buat sekarang adalah melakukan konsultasi dengan doktor supaya gejala ini dapat dikawal dengan lebih baik.
Sama seperti sindrom autisme, disleksia tidak boleh disembuhkan, tapi ia boleh dibantu dengan beberapa langkah-langkah ini:
- Bantu kanak-kanak mengendali masalah ini supaya dapat bina keyakinan diri.
- Rawat penyakit lain yang berkaitan seperti hiperaktif dan kurang daya tumpuan.
- Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui terapi pertuturan, latihan pendengaran dengan bantuan komputer, deria sentuhan (lakaran kertas pasir), deria pendengaran (menggunakan bunyi huruf), merasa pergerakan bibir dan menulis huruf atau perkataan.
- Bantu anak menguasi maklumat secara beransur ansur.
- Mengulang semasa mengajar dan guna video atau kaset untuk belajar.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia , Says.com , My health.com
Baca juga: Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau “lambat” belajar?