TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pertuturan Anak Lambat Kerana Kecelaruan Bahasa – Perkara Ibu Bapa Harus Peka

4 min bacaan
Pertuturan Anak Lambat Kerana Kecelaruan Bahasa – Perkara Ibu Bapa Harus Peka

15-20% daripada kanak-kanak berusia 2 tahun akan lambat bercakap, namun mahir selepas mencapai usia 4-5 tahun. Akan tetapi, 5-8% daripada kanak-kanak pula akan mengalami gangguan kecelaruan bahasa (language disorders).

Siapa yang tidak gembira apabila si manja mula memanggil “mama” atau “papa” seawal usia 12 bulan. Akan tetapi, sesetengah kanak-kanak akan mengalami sedikit gangguan dan kelewatan untuk bertutur atas beberapa faktor. Salah satu faktornya ialah kecelaruan bahasa (language disorders).

Dr Raja Juanita Raja Lope, dari Hospital Pantai Kuala Lumpur menjelaskan kecelaruan bahasa sebagai kesukaran seseorang kanak-kanak untuk bertutur dan memahami pertuturan. Namun, kanak-kanak tersebut tidak memiliki sebarang gangguan perkembangan lain seperti autisme, ketidakupayaan intelektual atau kecacatan fizikal.

Pertuturan Anak Lambat Kerana Kecelaruan Bahasa – Perkara Ibu Bapa Harus Peka

Terdapat tiga jenis masalah kecelaruan bahasa iaitu:

  1. isu bahasa reseptif,
  2. isu bahasa ekspresif dan
  3. campuran antara isu bahasa reseptif dan ekspresif.

Bagi isu bahasa reseptif, kanak-kanak akan menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang dikatakan. Manakala untuk isu bahasa ekspresif, kanak-kanak sukar untuk meluahkan apa yang diingini. Campuran kedua-dua isu membawa kepada kesukaran untuk bertutur dan memahami pertuturan.

Carta Pencapaian Bahasa Mengikut Umur

Bagaimana ingin mengesan jika si manja anda memiliki kesukaran untuk bercakap, atau hanya lambat bercakap? Mereka mungkin menghadapi gangguan kecelaruan bahasa jika tidak mencapai kemahiran bertutur dan memahami pertuturan apabila mencapai usia tertentu.

Mari ikut carta pencapaian bahasa yang disediakan doktor pakar ini untuk mengenalpasti adakah anak anda cenderung memiliki gangguan kecelaruan bahasa:

Masalah Isu Reseptif

  1. Pada usia 15 bulan, si manja tidak melihat orang/tunjuk pada objek selepas disebut ibu bapa
  2. Pada usia 18 bulan, si manja tidak mengikut arahan mudah seperti “ambil baju awak”
  3. Pada usia 24 bulan, si manja tidak boleh tunjuk pada gambar atau bahagian badan selepas disebut
  4. Pada usia 30 bulan, si manja tidak memberi respon dan bertanya soalan

Masalah Isu Ekspresif

  1. Pada usia 15 bulan, si manja tidak menggunakan tiga perkataan
  2. Pada usia 18 bulan, si manja tidak menyebut “mama” atau “papa” atau nama lain
  3. Pada usia 24 bulan, si manja tidak menggunakan sekurang-kurangnya 25 perkataan
  4. Pada usia 30 bulan, tidak mampu membina ayat dengan kata kerja dan kata nama

Gangguan kecelaruan bahasa boleh dirawat jika ia dikesan daripada awal. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengesan gangguan ini sejak awal perkembangan si manja. Di bawah saya sertakan beberapa simptom lain yang boleh membantu ibu bapa.

Simptom Gangguan Kecelaruan Bahasa Pada Kanak-kanak

American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) telah menyertakan beberapa simptom atau tanda-tanda yang boleh dilihat bagi mengenalpasti masalah kecelaruan bahasa pada kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi isu reseptif, mereka sukar untuk:

  • memahami sesuatu bahasa tubuh
  • mengikut arahan
  • menjawab soalan
  • mengenalpasti objek dan gambar
  • mengambil giliran untuk bercakap dengan orang lain.

Manakala kanak-kanak dengan isu ekspresif akan sukar untuk:

  • menyoal soalan
  • menamakan objek
  • menggunakan bahasa tubuh
  • mencantumkan ayat
  • mempelajari lagu atau rentak
  • menggunakan kata sendi yang betul
  • tahu bagaimana ingin memulakan perbualan.
  • memiliki perbendaharaan kata yang pelbagai berbanding kanak-kanak seusia
  • sering menyebut “ummm”

Bantuan Profesional Untuk Kanak-kanak Dengan Kecelaruan Bahasa

Jika setelah diperiksa, anak anda dipercayai memiliki kesukaran untuk bertutur dan memahami pertuturan, usah khuatir. Seperti yang diulas sebelum ini, masalah ini boleh dirawat.

Menurut ASHA, hampir 200 kajian telah mendapati terapi ucapan-bahasa mampu membantu kanak-kanak dengan gangguan kecelaruan bahasa. Oleh itu, sila dapatkan bantuan profesional seperti terapi ucapan dan terapi psikologi bagi membantu anak anda.

Pertuturan Anak Lambat Kerana Kecelaruan Bahasa – Perkara Ibu Bapa Harus Peka

Pakar terapi pertuturan meluangkan masa dengan kanak-kanak yang memiliki gangguan kecelaruan bahasa

Anda juga boleh membantu si manja menangani masalah ini di rumah! Caranya dengan

  • Banyakkan bercakap dengan si manja anda. Dia akan belajar perkataan baru
  • Membaca buat mereka setiap hari
  • Tunjuk sebarang perkataan yang anda lihat, sama ada di pasaraya, sekolah atau di luar
  • Bercakap dengan bahasa yang mudah
  • Dengar dan respon apabila si manja anda bercakap
  • Galakkan si manja untuk menyoal soalan
  • Beri mereka masa untuk menjawab soalan

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa sekalian mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh anak masing-masing dalam pertuturan.

Stories Rakan Kongsi
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

 

Sumber rujukan: American Speech-Language-Hearing Association, Preschool Language Disorders, Understood Org, Utusan Online, dan MedlinePlus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Pertuturan Anak Lambat Kerana Kecelaruan Bahasa – Perkara Ibu Bapa Harus Peka
Kongsikan:
  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
    Stories Rakan Kongsi

    Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham