Cikgu tuduh anak murid sendiri curi iPhone hingga mangsa bunuh diri!

Tragik! Gara-gara dituduh mencuri iPhone guru sendiri, seorang murid Tingkatan 2 akhirnya membunuh diri kerana tertekan katanya tidak dipercayai...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak murid perempuan yang baru berusia 14 tahun ini mati-matian mengaku dia tidak mencuri apabila dituduh mencuri iPhone 6 cikgunya. 

Namun, pengakuannya itu tidak diendahkan. Sebaliknya, M. Vasanthapiriya, anak murid terbabit dikurung dalam bilik selama beberapa jam sambil diugut oleh cikgu tersebut. Malah mangsa juga tidak dibenarkan makan dan ke tandas.

Cikgu itu mengugut akan membawa kes ini ke pihak polis jika Vasanthapiriya masih tidak mahu mengaku. 

Masakan kanak-kanak itu sanggup nak mengaku dituduh mencuri jika dia tidak melakukannya? 

Dituduh mencuri iPhone guru, murid akhirnya bunuh diri

Kredit: Says

Terkesan dengan tindakan cikgu tersebut yang juga “membawa” 3 cikgu lain untuk menyoal siasat dan menekan dirinya, Vasanthapiriya akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang tidak bersalah itu maut dalam biliknya sendiri pada pukul 3:30 pagi selepas menggantung dirinya. 

Pihak NST Online melaporkan kanak-kanak itu dijumpai oleh bapanya sendiri. Mangsa dikatakan telah mengunci dirinya dalam bilik selepas dihantar pulang oleh cikgu tersebut dan suaminya.

Cikgu itu beserta suaminya (yang juga seorang cikgu di sekolah lain) menghantar Vasanthapiriya pulang ke rumah dan berjumpa dengan ibu bapa mangsa.

Bapa mangsa membelanya kerana mangsa mengaku tidak mencuri. Namun, tuduhan masih dilemparkan padanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mangsa dituduh mencuri iPhone tinggal surat terakhir

Ketika ditemui di dalam biliknya, mangsa masih hidup dan di bawa ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Walaubagaimanapun, mangsa maut pagi semalam gara-gara kematian otak selepas tidak lagi bangun semenjak ditemui cuba membunuh diri.

Bersama-sama mangsa ketika cubaan membunuh diri itu adalah satu surat terakhir yang ditulis mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Says

Dalam surat itu, Vasanthapiriya menulis 

“Tiada siapa yang bertanggungjawab dengan kematian saya ini. Saya sayang ibu bapa yang menjaga saya. Saya minta maaf. Cikgu, saya tak ambil telefon cikgu. Saya sumpah!

Ya Allah, kasihannya nasib kanak-kanak malang ini! Dek tekanan akibat dituduh mencuri iPhone cikgu, nyawa sendiri yang melayang…

Keterangan cikgu itu telah diambil

Menurut laporan The Malaysian Insight, pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengambil kenyataan cikgu terbabit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, Timbalan Pengarah, Mohd Jamil Mohamed turut mengulas cikgu tersebut sepatutnya melaporkan insiden kehilangan telefon itu pada guru disiplin sekolah.

Guru disiplin sekolah yang sepatutnya menyiasat atau mengambil tindakan pada pelajar terbabit, jika dia terbukti melakukan kesalahan. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga mangsa di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.

Kredit: Says

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah seorang daripada mereka, seorang guru wanita berusia 40-an, menuduh dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya,

Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Remaja itu kemudian didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Kertas siasatan masih dijalankan dan cikgu terbabit telah ditukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Prai sehingga tindakan seterunya. 

Semoga undang-undang menegakkan keadilan atas kehilangan yang menyedihkan ini. 

 

 

 

Sumber rujukan: The Malaysian Today, Says 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-dibuli-bunuh-diri/

Penulis

Ayu Idris