Amalkan Doa Ini Elak Anak Terjebak Perkara Buruk, Baca Semasa Bersedekah

Antara perkara yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa adalah anak terjebak perkara buruk, jadi apa yang ibu bapa boleh buat adalah doa anak dijauhkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara perkara yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa adalah anak terjebak perkara buruk, jadi apa yang ibu bapa boleh buat adalah doa anak itu supaya dijauhkan dari perkara yang tidak kita ingini.

Apa saja yang mereka lakukan, kita sebagai ibu bapa haruslah doa anak itu supaya sentiasa dilindungi daripada sebarang anasir buruk.

Jika berlaku sesuatu kepada mereka, pasti kita akan sedih membayangkannya sudah tidak sanggup apa lagi jika perlu menghadapinya dan perlu menerima hakikat bahawa sesuatu yang buruk berlaku pada mereka.

Doa anak dijauhkan dari perkara buruk

Seperti yang dikongsikan di portal Kashoorga, dalam dunia serba moden ini, menjaga anak adalah perkara yang sangat mencabar untuk dilaksanakan.

Ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan sudah pasti setiap yang kita lakukan perlu redha Allah. Disebabkan itu senjata orang Mukmin adalah doa.

Dengan ibu ayah yang bekerja, masa bersama anak-anak pastilah terhad, dan kita sebagai ibu bapa pastikan mahu yang terbaik untuk anak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebijaksanaan, usaha, doa dan tawakal kita sebagai ibu bapa sajalah yang boleh membantu melindungi anak-anak daripada sebarang perkara tidak baik yang boleh berlaku pada mereka.

Sebagai seorang Muslim, perkara yang kita perlu buat adalah sentiasa mendekati Allah dan memohon kepadanya agar memelihari keselamatan kita sekeluarga daripada bahaya sepanjang masa.

Dunia penuh teknologi kini telah mempercepatkan pengaruh negatif terhadap anak-anak jadi kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mendidik anak kecil ini supaya akhlaknya sentiasa terjaga dan terlindung daripada terjebak dengan perkara tidak baik.

Sudah pasti dalam kekalutan mengejar teknologi zaman kita, mengejar kekalutan dunia yang makin moden, sebagai seorang Muslim, kebergantungan kita kepada Allah perlu tetap teguh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel yang dipetik Kashoorga daripada perkongsian seorang Ustaz iaitu Khaili Razak mungkin boleh membuka mata kita semua sebagai ibu bapa Muslim untuk sentiasa kembali kepada Allah dalam usaha mendidik anak dan menjauhkan mereka daripada sebarang musibah atau apa saja.

Amalan untuk hindar anak daripada perkara buruk

Amalan yang dikongsikan ini adalah seperti

Setiap kali keluar rumah, tolong bagi sedekah ke masjid atau surau secara sembunyi. Masukkan beberapa saja yang anda mahu dan niatkan dalam hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ya Allah, pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku dan anak aku, Ya Allah pecahkanlah batil-batil di keliling aku, isteri aku dan anak aku.”

Kerana terlalu banyak kejahatan di dunia ini yang mana Allah saja yang boleh membantu.

Mengapa lafaz ini dibuat semasa bersedekah? Ia kerana ketika bersedekah kita dapat memadamkan kemurkaan Allah. Ketika itu, jika kita berniat, InsyaAllah niat kita akan dimakbulkan.

5 adab perlu ajar pada anak

  • Elak komen penampilan rupa, fizikal orang lain

Sentiasa ingatkan anak supaya tidak mengejek penampilan atau rupa fizikal seseorang. Didik anda untuk menilai orang dengan budi pekertinya, dengan kelebihannya. Jangan jadikan paras rupa sebagai ukuran untuk menilai seseorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang tersebut kerana semua orang yang diciptakan Allah adalah cantik.

  • Mencelah ketika perbualan orang

Latih anak untuk berkata ‘maafkan saya’  apabila terpaksa mencelah ibu bapa atau orang dewasa yang sedang berbual untuk menanyakan sesuatu.

Jika bukannya sesuatu yang penting, ajarkan mereka supaya menunggu sehingga orang dewasa habis bercakap.

  • Menghargai setiap pemberian

Terapkan kepentingan nilai penghargaan kepada anak. Walaupun sekecil-kecil hadiah atau pemberian, fahamkan mereka betapa seseorang telah berusaha dengan niat yang baik untuk mendapatkannya untuk kita.

Jangan sesekali memperlekehkan atau menunjukkan mimik muka apabila pemberian tersebut bukanlah sesuatu yang mereka harap-harapkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menjaga kebersihan diri

Berikan anak didikan dalam kebersihan diri masing-masing. Ajar mereka untuk menutup mulut ketika bersin atau batuk, jangan korek hidung dan sentiasa gunakan tisu. Ia bukan saja amalan yang buruk, tetapi boleh menyebarkan penyakit berjangkit.

  • Menjaga kebersihan diri

Berikan anak didikan dalam kebersihan diri masing-masing. Ajar mereka untuk menutup mulut ketika bersin atau batuk, jangan korek hidung dan sentiasa gunakan tisu. Ia bukan saja amalan yang buruk, tetapi boleh menyebarkan penyakit berjangkit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: kashoorga, siraplimau

Baca juga:

6 Doa Cepatkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Panduan!

Penulis

Lala Annuar