Kuat Semangat Remaja Ini, Bangun Jam 4 Pagi Untuk Jual Kuih Sedang Orang Lain Dibuai Mimpi

Remaja bantu ayahnya dengan meniaga kuih seawal jam 4 pagi. Sudah tentu setiap hari dia doa kuatkan semangat untuk bekerja menyara hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersyukurlah kita dapat membesarkan anak-anak dengan serba mencukupi. Berbeza sungguh dengan budak remaja yang bernama Muhammad Haiqal baru berusia 14 tahun sudah berusaha keras membantu ayahnya dengan meniaga kuih seawal jam 4 pagi. Sudah tentu setiap hari dia doa kuatkan semangat untuk bekerja menyara hidup.

Bapa hilang pekerjaan ketika pandemik

Menurut laporan Siakap Keli, cerita ini dikongsikan oleh @rhmadii__, di laman instagram beliau. Bapa remaja yang tinggal di Kalimantan Selantan ini telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Bapanya sebelum ini bekerja sebagai seorang Buruh di wilayah itu. 

Selain doa kuatkan semangat untuk terus berjuang demi hidupnya bersama anak remajanya itu, dia juga turun menjual kuih daripada pagi sehingga malam demi sesuap nasi. 

Ketika anak remaja lain yang seusia dengan Muhammad Haiqal sibuk bermain bersama rakan-rakan dan keluarga, juga menikmati permainan gajet, dia berhempas pulas mencari rezeki dua beranak. 

Perkongsian @rhmadii__ di Instagram

Namanya Muhammad Haiqal, berusia 14 tahun. Dia tinggal di rumah sewaan di gang Hijarah, Kitun, Barabaik Darat, Kalsel. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak dunia diserang pandemik ini, si ayah yang dahulunya pekerja buruh bangunan telah hilang mata pencariannya. Dia pun akhirnya turut bekerja menjual kuih. Beberapa kali dia lalu di kedai saya dan pulang lewat malam. 

Katanya, seawal jam 4 pagi dia sudah turun menjual kuih sampailah habis sekitar jam 10 atau jam 11 pagi. Kemudian dia akan sambung menjual semula pada jam 2 petang sehingga lewat malam. 

Katanya, remaja itu juga ingin memiliki sebuah telefon bimbit atas hasil kerja kerasnya. Oleh itu selain doa kuatkan semangat buat budak remaja ini, sokongan orang ramai pada perniagaan kuihnya sangatlah dihargai. 

Pesannya lagi, jika anda menyokong perniagaan budak ini bukanlah tujuan untuk berinya kekayaan cukuplah untuk menampung hidupnya hari-hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pasangan yang hilang pekerjaan ketika pandemik, ini yang anda perlu lakukan

#1. Seimbangkan dua perkara ini

Tidak dinafikan, masalah kewangan atau hilang sumber pendapatan boleh memberikan kesan yang begitu besar dalam rumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia akan memberikan bebanan yang agak besar sekiranya satu pihak sahaja yang mencari jalan bagi mendapatkan duit untuk membayar segala bil dan keperluan di rumah.

Namun, anda perlu sedar bahawa berleter atau bersikap dingin adalah bukan penyelesaian terbaik.

Jadi, sebagai seorang isteri ambil langkah mudah dengan seimbangkan tugas sebagai pasangan yang menyokong dan seorang guru berterus-terang.

Sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasangan, elakkan daripada memaksa dan jangan biarkan suami tidak melakukan apa-apa untuk rumah tangga anda.

#2. Membuat perancangan hari esok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja rumah tangga anda dilanda masalah kehilangan sumber pendapatan, adalah lebih baik suami isteri bertenang dan duduk berbincang.

Berbincang bukanlah meliputi luahan perasaan sahaja, tetapi perlu merancang strategi baru untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Malah, anda sebagai ‘orang rumah’ perlu memotong perbelanjaan yang tidak penting dan mengetahui cara untuk mengelakkan diri lebih tertekan.

Mungkin ia sedikit mencabar, tetapi dengan adanya perancangan yang baik pastinya membantu anda dan suami untuk bertahan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Dan selain itu, setiap hari jangan lupa doa kuatkan semangat untuk pasangan. 

#3. Mengekalkan hubungan perkahwinan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber pendapatan ketika coronaviruscredit to sources

Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah berfikiran positif dengan mengatakan ”wabak Covid-19 ini akan berakhir dengan segera.” Hal ini sekaligus membuatkan anda percaya bahawa Allah akan membantu setiap hambaNya.

Bukan itu sahaja, sentiasa bersyukur kerana ujian sebeginilah yang akan menguji kesabaran anda dan pasangan. Anggap juga setiap dugaan ini terpalit seribu hikmah untuk anda belajar sesuatu menjadi insan lebih baik.

Hal yang paling utama adalah setiap insan perlu berkorban untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, anda boleh mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan mengikut saranan oleh kerajaan.

#4. Ambil masa untuk bersendirian

Luangkan sedikit masa untuk anda mencari diri sendiri dalam menangani tekanan masing-masing.

Sentiasa elakkan diri dari berfikiran buruk seperti ”kami selalu tidak bernasib baik.” Meskipun pernyataan ini ringkas, namun ia cukup mematahkan semangat anda untuk bangkit dari dugaan.

Perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan adalah mendekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya.

Sentiasa bersyukur kerana anda boleh berada bersama keluarga tercinta ketika perintah kawalan pergerakan ini. Lakukan rutin harian untuk kekal positi seperti bangun awal pagi dan sama-sama melakukan tugasan rumah.

Sumber: Siakap Keli, @rhmadii__

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: