Niat, Doa Puasa Sunat Zulhijjah 2024, Puasa Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihan

Doa puasa zulhijjah boleh diamalkan sesiapa saja. Bulan ini istimewa kerana terdapat kelebihan bagi sesiapa yang berpuasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zulhijjah adalah bulan akhir dalam kalender Islam. Dalam bulan ini terdapat kelebihan bagi sesiapa yang berpuasa. Berikut adalah doa puasa zulhijjah lengkap dengan niat berserta kelebihannya. 

Istimewanya Bulan Zulhijjah

Banyak kelebihan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Terdapat kelebihan bagi sesiapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah, di mana seluruh umat Islam yang menunaikan haji berkumpul di Padang Arafah dan terdapatnya waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.

Doa puasa zulhijjah boleh jadi pelbagai. Mohonlah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. 

Umat Islam juga dianjurkan untuk melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang mampu, sebaiknya mereka memanfaatkan peluang ini kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT.

Kita juga digalakkan untuk mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil, dan bertakbir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh-Tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2024

Hari Sunat Berpuasa

  • 1 Zulhijjah = 8 Jun 2024
  • 2 Zulhijjah = 9 Jun 2024
  • 3 Zulhijjah = 10 Jun 2024
  • 4 Zulhijjah = 11 Jun 2024
  • 5 Zulhijjah = 12 Jun 2024
  • 6 Zulhijjah = 13 Jun 2024
  • 7 Zulhijjah = 14 Jun 2024
  • 8 Zulhijjah = 15 Jun 2024 : Hari Tarwiyah
  • 9 Zulhijjah = 16 Jun 2024 : Hari Arafah

Hari Haram Puasa

  • 10 Zulhijjah = 17 Jun 2024 : Hari Raya Aidiladha
  • 11 Zulhijjah = 18 Jun 2024 : Hari Tasyrik
  • 12 Zulhijjah = 19 Jun 2024 : Hari Tasyrik
  • 13 Zulhijjah = 20 Jun 2024 : Hari Tasyrik

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah

Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Tarikh Hari Tarwiyah 2024

Hari Tarwiyah jatuh pada 8 Zulhijjah, yang bertepatan dengan 15 Jun 2024 bagi umat Islam di Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh Hari Arafah 2024

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah, yang bertepatan dengan 16 Jun 2024 bagi umat Islam di Malaysia.

Kelebihan Hari Tarwiyah

  1. Berpuasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan dosa selama setahun
  2. Berpuasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa selama dua tahun

Niat Puasa Sunat Hari Tarwiyah

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Saya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pantang Larang Korban Untuk Pelaku, 3 Perkara Ini Perlu Dielakkan Semasa Melakukan Ibadah Korban

Baca juga: 9 Tips Haji Wajib Tahu Untuk Wanita, Ketahui Kesilapan Biasa Semasa Haji & Perkara Tidak Patut Dilakukan

Baca juga: Hukum Cukur Bulu Kaki Perempuan & Lelaki Dalam Islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar