Doa Qunut Nazilah ialah doa khas dalam semua solat ketika umat Islam ditimpa sebarang bencana seperti serangan musuh, penularan wabak penyakit, kemarau dan sebagainya.
Bacaan Qunut Nazilah ini sejarahnya pernah Nabi S.A.W baca ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz Al Quran selama sebulan.
Menurut hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca dua qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz Al-Quran.” (HR Bukhari dan Muslim).
Qunut Nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau berjauhan, iaitu dalam bentuk berdoa kepada Allah Taala. Di dalamnya terdapat kebergantungan kepada Allah dan persaudaraan sesama Muslim.
Qunut Nazilah boleh diamalkan bila-bila masa, tak tertakluk masa solat subuh sahaja. Ia boleh dibaca setiap solat fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah S.W.T.
Bagi umat Islam Malaysia, teruskan bantuan anda kepada saudara kita di Palestin dalam bentuk kewangan, advokasi dan bacaan Qunut Nazilah.
Semoga bacaan Qunut Nazilah ini menjadi sebab Allah mengutus pelbagai bantuan kepada rakyat Gaza dengan pelbagai tentera-Nya.
Bermula hari ini mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah di setiap rakaat terakhir solat kita buat saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin.
Jika kita tak dapat bantu dari segi kudrat, maka kita bantu mereka dari segi doa dan derma untuk baik pulih ekonomi saudara kita disana.
Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang qunut nazilah dan panduan melakukannya.
Panduan Melakukan Doa Qunut Nazilah
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
Doa Qunut Nazilah Arab & Rumi
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و نعوذ بك من شرورهم
Wana’u dzubika min syururihim
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
وسلط عليهم کلبامنکلابك
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim
Maksud Doa Qunut Nazilah
- Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami,
- dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
- Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
- Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
- Ya Allah leburkan pendirian mereka,
- Ya Allah musnahkan langkah mereka,
- Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
- Ya Allah yang maha memaksa,
- Ya Allah yang maha perkasa,
- Ya Allah yang maha membalas,
- Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
- Yang turunkan kitab,
- yang gerakkan awan,
yang tewaskan tentera Ahzab, - Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.
Walaupun kelihatan teruk dizalimi, hakikatnya penduduk Palestin sangat beruntung kerana saban hari berpeluang mendapat ganjaran mati syahid sebagai bentuk kematian tertinggi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 6 Doa Untuk Anak Anak Ini Jika Diamalkan Mereka Akan Dengar Kata, Lembut Hati!
Baca juga : Sah Ke Solat Subuh Tak Baca Doa Qunut? Doa Qunut Rumi Bantu Anda Hafal Di Samping Penghayatannya