Doa Selepas Solat Subuh dan Amalan Pembuka Pagi Hari Agar Semua Urusan Dipermudahkan Dan Diberkati

Amalkan doa selepas solat subuh setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian supaya dapat memperoleh keberkatan dan rahmat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah selesai menunaikan dua rakaat solat fajar yang disertakan sekali dengan doa qunut, ada doa selepas solat subuh yang mudah untuk diamalkan. Alangkah sayangnya jika kita mensia-siakan peluang yang ada di pagi hari untuk menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT sedangkan terdapat banyak fadilat Solat Subuh yang disebut sendiri oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dari Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda: 

لم يَكُن النبي صلى الله عليه وسلم على شيء من النَّوَافل أشد تَعاهُدَاً منْهُ على ركْعَتَي الفَجْرِ

Maksudnya: “Nabi SAW dilihat tidak pernah begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana baginda mengambil berat tentang dua rakaat fajar”

(Riwayat al-Bukhari)

Doa Selepas Solat Subuh Yang Ringkas Berserta Maksud

Doa 1

 

Rumi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa 2:

Rumi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik.

Allahummasolli ‘ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala ‘an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain.

Allahummah yi na bil iiman, wahsyurna bi imaan, wa adhilna jannata maal imaan, birahmatika ya arhamarrohimin.

Allahumma ‘aa inna ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika.

Allahumma inna nas aluka ‘ill huda wattuko wal ‘afa-fa wal-gri-na.

Allahumma taqabbal minna solatana tammah. Wagfirlana zunubana ‘ammah

Walaa tuabzibnaa ilaa yaumil qiyamah innaka ‘alaa kulli syai’in qodir.

Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro.

Allahummah yiina bihayatil ulama’ wa ‘amitna bimauti syuhada’, wagsyurna fi zumrotil auliya’ wa adhilnal jannata maal anbiya-i-alaihimussolatu wassalam.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-wahhab.

Rabbanag-firlana zunubana wa isrofana fi amrina wa ssabit akdamana, wansurna ‘alal qaumil kafirin.

Rabbana fagfirlana zunubana, wakaffir ‘anna saiyiatina, watawaffana ma’al abrar.

Allahumma robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakina azabannar.

Allahumma tim lanaa yaa Allah bi husnil khotimah, wala tahtim ‘alaina yaa Allah bi suu ‘ill khotimah.

Wasallallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam,

Subhana robbika robbil izzati ‘amma ya sifun, wassalamu ‘alal mursalin,

Walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.

Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu. Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan.

Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil.

Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti  kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik.

Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka. Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk.

Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa 3:

Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.

Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.

Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.

Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.

Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.

Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-Aa-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.

Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.

Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami.

Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.

Doa 4:

Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami.

Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa 5:

Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassollatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’i wal mursalin, wa ala aalihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nastahfizuka wanastau di uka dinana wa aha-lina wakulli syai-‘in a’taitana, Allahummaj ‘alna wa iyyahum fi kanafika wa amanika wajawarika min kulli syaitonin marid wajabbarin anid wazi ‘ain wazi  baghyin wazi hasadin wazi kulli syarrin innaka ‘ala kulli syai-in qodir.

Allahumma aslih zaata bainina wa allif baina qulubina wahdina subulassalam wanajjina minazzulumati ilannuri wajannibnal fawahisya mazoharo min ha wama baqon. Allahumma barik lana fi ‘asma ‘ina wa absorina waqulubina wa azwajina wa zurriyyatina watub ‘alaina innaka antattauwa burrohim. Waj’alna Syakirina Lini’matika musnina biha qobilina laha wa atimmaha ‘alaiha.

Rabbana Aatina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqina ‘azabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin subhana robbika robbil izzati ‘amma yasifun wasalamun ‘alal mursalin walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMu-lah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami, harta-harta kami.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian, dan yang mempunyai kejahatan.

Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, perbaikilah perhubungan kami, dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan kami daripada  kegelapan kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang ataupun yang tersembunyi.

Ya Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan kami, dan hati-hati kami, dan isteri kami, dan keturunan kami. Dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau maha memberi taubat lagi maha penyayang dan jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberiaanMu dan sempurnakan nikmatMu ke atasnya.

Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan.Dan sejahtera atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.

Doa Abu Darda:

Rumi:

Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin ashrofil ‘anbiya’i wal mursalin, wa ‘ala Aalihi wasohbihi ajmain.

Allahumma anta robbi, Laa ilaha illa anta. ‘Alaihi tawakkaltu, wa anta robbul ‘arsyil-‘azim.

MasyaAllahu kaa na, wa maa lam yasha’ lam yakun. Laa haula wala quwwata illa billahil ‘azim. A’lamu annallaha ‘ala kulli syai’in qodir, wa annallaha kod Ahatho bikulli syai’in ill-ma.

Allahumma inni ‘Auzubika min syarri nafsi, wa man syarri kulli dabbatin anta aakhizun binasiyatiha inna robbi sirotin mustaqim.

Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksudnya:

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya).

Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa selepas solat ringkas:

Doa-doa ini sebaiknya dilakukan pada selepas solat fardhu Maghrib.

  • Doa 1 – Dipetik daripada Sunan Abu Daud daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi, salah seorang sahabat r.a berkata, Rasulullah SAW berbisik-bisik kepadanya, katanya:

Rumi:

Allahumma Ajirnii Minan-nar (7 kali)

Maksudnya:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka (Riwayat Abu Daud)

  • Doa 2 – Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah r.a berkata, selepas Rasulullah SAW solat Maghrib, Baginda masuk ke rumah kemudian solat dua rakaat dan membaca:

Rumi:

Ya Muqollibal-Qulub, Tsabit Quluubana ‘Ala Diinik  

Maksudnya:

Wahai Zat yang membalik-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.

  • Doa 3 – Dalam kitab at-Tirmizi, Amarah bin Syabib berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Rumi:

Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir (10 kali) 

Maksudnya:

Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.

  • Doa 4 – Doa meminta perlindungan Allah dan dipermudahkan urusan setiap masa

Rumi:

Yaa Hayyu Yaa Qayyum bi Rahmatika astagheeth, Aslih-Lee Sha’nii Kullahu, Wa Laa Takilnii iLaa Nafsi Tarfata ‘Aynin 

Maksudnya:

Tuhan yang Selamanya Hidup, Tuhan Yang Abadi, Dengan belas kasihanMu, aku meminta perlindungan, permudahkanlah semua urusanku dan jangan tinggalkan aku sendiri walaupun hanya sekelip mata.

Amalan Sunat Pasca Salat Subuh

1. Berzikir

Luangkan waktu untuk berzikir dengan membaca tasbih, tahmid, dan takbir. Ini membantu menjaga hubungan spiritual dan ketenangan hati dengan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi, Baginda bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lidah, tetapi berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu:

SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil`Azim”

Maksudnya: “Suci Allah dan segala puji bagi Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung” – (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Perbanyakkan doa

Amalkan membaca doa-doa ringkas seperti doa pagi dan meminta perlindungan dari Allah. Berdoa membantu merasa lebih dekat dengan-Nya.

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، أَسْأَلُكَ أَنْتَ تُحْيِيَ قَلْبِي بِنُورِ مَعْرِفَتِكَ يَا ٱللّٰهُ يَا ٱللّٰهُ يَا ٱللّٰهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: “Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu.

ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.” – (Hadis Riwayat Tabrani)

 

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ. فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ. عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ. أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindungan Mu daripada api neraka.”

3. Membaca Al-Quran

Luangkan sedikit waktu untuk membaca Al-Quran. Bacaan suci ini membawa berkat dan ketenangan jiwa.

4. Mengingati kematian

Renungkan tentang kematian dan kehidupan akhirat. Ini akan membantu mengingat tujuan hidup kita dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

5. Membaca surah Al-Waqiah

Amalkan membaca surah Al-Waqiah. Surah ini memiliki keistimewaan dan keberkatan tersendiri.

6. Berdoa untuk keluarga dan umat Islam

Panjatkan doa untuk keselamatan, kesejahteraan, dan hidayah bagi keluarga, sahabat, dan umat Islam.

7. Derma dan membuat amal kebaikan

Pertimbangkan untuk berbuat kebaikan atau memberi sedekah untuk mendapatkan lebih keberkatan dalam hidup.

8. Merancang hari anda

Gunakan waktu selepas solat Subuh untuk merancang aktiviti harian dengan tujuan yang baik.

9. Beristighfar dan taubat

Memohon ampun dan bertaubat atas dosa-dosa kepada Allah SWT, menjaga hati agar tetap bersih dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

10. Mengucapkan salam dan doa

Mengucapkan salam kepada sesama umat Islam dan mensedekahkan doa yang baik untuk mereka.

11. Bacaan Al-Mathurat

Amalan selepas solat subuh dengan membaca potongan surah Al-Baqarah dalam Al-Mathurat mempermudahkan setiap urusan dan diberikan ganjaran pahala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga artikel ini bermanfaat buat kita semua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik

Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Baca juga: Selalu Dipanggil Untuk Baca Doa Di Depan Orang Ramai?Ini Doa Majlis Ringkas Untuk Dibacakan

Penulis

Noorhidayah