Doa Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia & Amalan Yang Boleh Anda Bantu Mereka Disana

Doa untuk ibu bapa yang sudah meninggal adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam kerana doa seorang anak yang soleh adalah mustajab

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap insan yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat pun. Apabila terpisahnya roh daripada jasad maka ia juga sebenarnya telah terpisah daripada alam dunia. Justeru ada beberapa doa untuk ibu bapa yang sudah meninggal boleh anda amalkan selalu.

Ketika ibu bapa hidup, doa mereka terhadap anak mustajab. Bila ibu bapa meninggal, doa anak-anak terhadap ibu bapa pula mustajab. Dengan itu, segala perkara atau amalannya ketika di dunia akan terputus daripadanya melainkan tiga perkara.

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Tiga amalan semasa hidup, roh si mati mendapat pahala berterusan:

  1. Doa anak yang soleh
  2. Sedekah semasa hidup dan orang terus menggunakan
  3. Ilmu yang dicurahkan semasa hidup terus dimanfaatkan oleh orang lain.

Ia adalah berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imam al-Nawawi mengatakan para ulama memahami hadith ini dengan mengatakan bahawa amalan si mati akan terputus dengan kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya melainkan pada tiga perkara ini. [Lihat: al-Minhaj: 85/11]

Terdapat beberapa doa untuk ibu bapa yang sudah meninggal dunia yang diajar oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran:

1. Doa Untuk Ibu Bapa Meninggal

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”-Ibrahim:41

2. Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal

Firman Allah SWT:

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.” -Nuh:28

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Tambahan pula, di dalam berdoa terdapat keluasan selagimana doa atau makna doa itu adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama maka ia dibenarkan di samping tidak menafikan bahawa doa yang terbaik adalah doa yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW yang sahih.

Doa Tidak Semestinya Dalam Bahasa Arab

Di samping itu juga, doa untuk ibu bapa yang sudah meninggal terbaik juga adalah doa yang difahami dan tidak semestinya di dalam bahasa arab. Ini kerana, jika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.

Perkara Yang Ibu Ayah Perlukan Dari Anak

Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu. Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita.

Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka. Berikut beberapa perkara yang mereka perlukan dari anda:

  1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

  2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

  3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

  4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

  5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi.

Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia. Yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, seseorang itu boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun kepada ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia dengan syarat doa tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama serta makna doa itu baik.

Selain itu juga, anda perlulah meraikan adab-adab ketika berdoa agar ia boleh mendatangkan kekhusyukan ketika berdoa. Semoga roh ibu dan bapa yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta dimasukkan ke dalam syurga. Amin.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Jika Rindu Pada Insan Yang Telah Tiada, Sedekahkan Doa Untuk Orang Meninggal

Baca juga: Tabah Diuji Kematian Anak Kecil, Habuannya Mereka Beri Syafaat Kepada Ibu Ayah Di Akhirat Kelak

Baca juga: 9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan