"Allah, Aku Betul-Betul Dah Tak Boleh, Kalau Nak Ambik, Ambik Je Lah," Doa Anak Ini Untuk Ibunya

Sampai hati anak ini doa untuk ibu sendiri supaya pergi secepat mungkin. Tapi ada sebabnya mengapa gadis ini meminta sedemikian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedihnya, doa untuk ibu sendiri supaya pergi secepat mungkin. Tapi ada sebabnya mengapa gadis ini meminta sedemikian. 

Kisah ini untuk dijadikan iktibar dan pedoman buat semua agar hargailah ibu ada selagi mereka masih bernyawa, tidak kiralah sihat atau sakit sekali pun. 

Gadis ini menceritakan kekecewaan dan penyesalannya di akaun Twitter miliknya. Katanya, dia pernah berdoa kepada Allah swt, supaya ibunya diambil kerana dia sudah tidak tahan. 

Ibunya menderita kanser

Kata pemilik akaun Twitter @Mermaid yang bernama Hazidajimmy ini, dia mencoretkan kekesalan kerana doa untuk ibu yang bukan-bukan. Ini kerana dia mendapat tahu ibunya menghidap kanser tahap empat.

Dan asalnya ibunya telah menyembunyikan berita itu pada waktu yang lama atas alasan tidak mahu menyusahkan anak-anak. Aduh, itulah pengorbanan ibu tercinta, dalam pada sakit masih memikirkan perihal anak-anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak aku ceritakan tak, kisah doa aku untuk mak aku dimana aku pernah mendoakan hal yang bukan bukan untuk mak aku. ini kisah 8, 9 tahun yang lepas. “Allah, kau ambik je lah mak aku. aku dah tak tahan “

disebabkan doa aku yang ini lah, aku rasa aku bukan anak yang baik dan,

aku memang nyata nyata bukan perempuan yang baik ye.

so, aku ringkaskan kisah ni untuk teladan, supaya sesal kita masih lagi dalam pandangan Allah. bukan aku nak tapi keadaan seolah olah buat aku tersentak, aku taktahu sama ada aku yang lebih sakit atau mak aku yang tersiksa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

mak aku penghidap kanser. bukan stage satu bukan stage dua, tapi stage empat. mak aku rahsiakan sakit dia atas alasan taknak susahkan anak dia. betapa seorang mak, lagi mulia pemikiran dia walaupun kita fikir ” kenapa tak bagitahu je, KENAPA ?? ” tapi itulah kesanggupan mak kita.

Tak sanggup lihat ibu menderita

Dia cukup sedih melihat ibunya dicucuk, dimasukkan tiub dan kepalanya yang semakin membotak. Sudah dicucuk tiub pada hidung, doktor mahu lagi memasukkan tiub pada mulut dan perut, membuatkan gadis ini tidak lagi mampu bertahan sengsara yang dialami ibunya, membuatkan dia berdoa sebegitu rupa. 

Aku pernah mendoakan Allah untuk mengambilnya atas alasan, AKU TAK SANGGUP tengok keadaan mak aku, cucuk sana, cucuk sini, masuk itu, masuk ini, sehingga sedikit demi sedikit mak aku hampir membotak. dan pernah sekali, doktor tanya, ” nak masukkan tiub tak ? ” sedangkan tiub lagi satu dekat hidung dah ada satu. takkan nak letak tiub kat mulut pulak ? belum lagi dekat bahagian perut, aku pun cam, ” Allah, aku betul betul dah takboleh, kalau nak ambik, ambik je lah, aku akan ikhlaskan tarikkan peminjaman yang ni ” sampailah satu harini..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya doa termakbul

Tibanya hari Allah memakbulkan doa untuk ibu daripada anak gadis ini, ibunya benar-benar telah pergi, berkat pada hari Jumaat betul-betul dihadapannya. Anak ini berasa tidak percaya, tidak sangka inilah hari yang didoakan. Namun perasaannya cukup bercampur baur. Selalunya apabila Allah memakbulkan doa kita, kita akan gembira lantas membuat sujud syukur. Namun lain pula buat anak gadis ini, dia terkilan, sebak, serba salah dan rasa seakan tidak percaya. 

Doktor cakap, dah takboleh dah. takda jalan lain. ada baiknya bawak balik rumah je. sekali dengan alat bantuan pernafasan. pada hari jumaat, depan mata aku, mak aku menghembuskan nafas dia. ever since that day, aku takpernah lagi dengar suara mak aku dan tubuh badan dia.

pada hari mak aku pulang, air mata aku tak satu pun mengalir. aku fikir, aku paling kuat sekali. sebab, aku dah redha awal awal. tapi lepas dua tiga hari mak aku takda dipandangan mata aku, aku tercari cari dan menanya diri, ” betul ke aku dah takda mak ? ” masatu, macam mimpi…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

aku ingat aku dah cukup redha dan ikhlas. aku ingat aku tak menangis hantar mak aku ke tanah perkuburan adalah tanda yang aku boleh terima kenyataan yang mak aku dah tak ada. rupanya, hampir 7 tahun hidup tanpa mak aku disisi baru aku boleh betul betul melepaskan mak aku pulang.

7 tahun bukan tempoh waktu yang singkat. cukup panjang bagi aku. sepanjang tempoh itu, ada masa aku tanya Allah, aku desak Allah, aku marah Allah,

” kenapa ambik mak aku, kenapa aku, aku nak mak aku, bagi balik mak aku, kenapa buat aku macam ni “

ada ketika, diwaktu malam..

aku mimpi mak aku. benda ni jarang berlaku. dalam 3, 4 bulan ada sekali dua. kadang setahun, paling pun lima kali je mimpi mak aku. setahun tau, bukan sebulan. pendek cerita aku jarang sangat mimpikan mak aku. pernah jugak tanya, ” mak aku taknak jumpa aku ke?” 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Redha akhirnya

Benarlah masa akan merawat luka, tak kiralah luka di luar mahupun di dalam. Gadis ini redha akhirnya dengan pemergian ibunya setelah 9 tahun berlalu. Hanya dengan satu pegangan membuat dia kuat dan akur, di mana dia percaya dengan janji Alaah swt dimana mereka akan dipertemukan lagi di syurga, yang mana ia kekal abadi. 

Sekarang dah tahun 2020, aku betul betul redha. setiap kali aku ingat mak aku, atau rindukan dia, aku rasa gembira sebab satu hal yang buat aku tersenyum adalah, aku dan mak aku akan berjumpa LAGI SEKALI dan kehidupan itu adalah sesuatu yang kekal tak berpisah sampai bila bila.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Mermaid

Baca juga:

https://my.theasianparent.com5-gambar-pengorbanan-seorang-ibu-untuk-anaknya