Doktor Biar Bayi Baru Lahir Mati Apabila Sibuk Bergaduh Dalam Dewan Bedah!

Tergamak dua orang doktor berpengalaman membiarkan seorang bayi baru lahir mati apabila mereka sibuk bergaduh dalam dewan bedah! Ikuti kisahnya di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor biar bayi mati?

Berita yang sungguh menggemparkan! 

Dua orang doktor berpengalaman di India dikatakan membiarkan seorang bayi baru lahir mati apabila mereka sibuk bergaduh di antara satu sama lain.

Punca pergaduhan mereka masih belum diketahui. Tapi, atas pergaduhan dalam dewan bedah itu, seorang nyawa tak bersalah maut!

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh lagi menonton insiden yang terjadi di India ini kerana ia telah diturunkan dari Facebook. Akan tetapi, ini beberapa screenshot yang berjaya diambil.

Apa yang boleh dilihat, seorang wanita sedang berbaring di atas meja pembedahan dalam keadaan yang tak sedarkan diri.

Tapi, kedua-dua doktor ini pula “sibuk” bergaduh di antara satu sama lain tanpa melayan pesakit yang terlantar sakit ini!

Degupan jantung si kecil yang tak bersalah itu juga dapat didengar menerusi video tersebut. Degupannya semakin perlahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, masih tiada siapa mengambil tindakan!

Dek sibuk bergaduh di antara satu sama lain, doktor ini biar bayi mati!

Sambil kedua-dua doktor terbabit sibuk bergaduh dan saling menjerit menyebut “Ini semua pasal kamu!” dan “Aku nak jumpa kau dekat luar!”, tiba-tiba bunyi telefon bimbit pula!

Mana boleh bawa masuk telefon bimbit dalam dewan bedah!

Kejadian ini mendapat tumpuan orang ramai apabila sebuah video dimuatnaik oleh salah seorang pekerja hospital terbabit.

Video tersebut telah tular dan mendapat perhatian umum di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan mengatakan insiden yang tak dijangka ini berlaku di hospital Umaid, Jodhpur, India.

Pergaduhan antara kedua-dua doktor terbabit berlangsung selama 30 minit sementara seorang wanita hamil sedang menanti saat ingin melahirkan anak.

Menteri Kesihatan Rajasthan, Kali Chand Saraf telah dilaporkan tentang insiden ini dan akan menyiasat kejadian terbabit dengan lebih serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor mengaku tak bersalah

Dr Ashok Naniwal, salah seorang doktor yang dilihat dalam video tersebut mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu Network 18 mengatakan video tersebut hanya tunjuk pesakit pada doktor lain. Bukan pesakitnya.

Malah, dia juga menuduh doktor terbabit (yang bertengkar dengannya) tak menjaga pesakit tersebut dengan betul hingga mengundang maut

Bayi baru lahir harus dijaga dan dipantau dengan betul

Insiden seperti ini membuatkan anda tertanya-tanya tentang integriti seorang pengamal perubatan. 

Malahan, bayi yang baru lahir amat terdedah pada bahaya dan harus dijaga dengan betul.

Mengapa perkara seperti ini boleh terjadi? Siapa yang akan menjaga keperluan bayi baru lahir itu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan anda, bayi baru lahir harus dijaga dengan teliti bagi menguruskan:

  1. Tali pusat – ia perlu dipotong jadi bayi boleh bernafas dengan paru-parunya
  2. Cecair amniotik – bayi baru lahir akan basah kerana cecair ini, jadi mereka perlu dikeringkan dan diberi kehangatan.
  3. Sentuhan kulit-ke-kulit diperlukan agar bayi tak kesejukan dan boleh menyusu.
  4. Doktor harus memantau kadar nadi, kerengsaan refleks. rupa, warna kulit dan pernafasan bayi!

Sumber rujukan: theIndusparent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com5-minit-doktor-selamat-bayi-tak-bernafas/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris