Doktor Pakar Minta Semua Ibu Bapa Berhenti Buat 8 Perkara Ini!

Ibu bapa sanggup buat pelbagai perkara untuk jadi yang terbaik buat anak mereka. Tapi, ada 8 perkara yang doktor pakar minta semua ibu bapa berhenti buat sebab ia tidak berfaedah. Mari semak 8 perkara tersebut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya betul. Proses keibubapaan bukan datang dengan buku panduan. Oleh sebab itu, ramai ibu bapa masih terkapai-kapai dan perlu menyelesaikan masalah tentang anak mereka dengan sendiri.

Kadang, ibu bapa akan mendapatkan nasihat dari sumber, seperti: dari kawan, internet atau ibu bapa mereka. Akan tetapi, semua sumber ini mungkin tidak memberi maklumat yang tepat dan terkini.

Sebab itu ibu bapa akan lebih kerap berjumpa doktor pakar. Doktor pakar banyak membantu dalam bermacam hal. Tapi, ada sesetengah perkara yang doktor pakar harap semua ibu bapa boleh berhenti buat. Perkara-perkara tersebut tidak berfaedah kepada ibu bapa malah anak mereka juga!

Dr Bill Bush, doktor pakar kanak-kanak dari Helen DeVos Children’s Hospital telah berkongsi 8 perkara yang harus ibu bapa berhenti buat menerusi laman web Parents.

Mari baca apa nasihat yang telah diberi!

#1 Berhenti cakap anak demam bila dia sejuk

Anda tidak boleh mendiagnosis demam hanya melalui sentuhan atau meletakkan bibir anda pada dahinya.

Kadang-kadang bila anak demam, ibu bapa akan mudah risau. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut masih kecil dan belum diberi suntikan vaksin. Tapi, demam adalah perkara bagus untuk anak. Ia bermaksud badan sihat sedang melawan jangkitan.

Apa patut anda buat: Demam harus diukur dengan termometer dengan suhu 1oo.4 darjah ke atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Berhenti diagnosis anak dari “kajian” anda dapat dalam Google

Ya, Google padat dengan pelbagai maklumat. Sebab itu ia jadi lokasi pertama semua ibu bapa pergi, apabila mereka panik melihat tanda-tanda sesuatu pada anak mereka. Tapi bila anda bawa segala “kajian” yang anda baca kepada doktor, mereka akan lebih serabut.

Kredit gambar: Pixabay

“Ada ibu bapa suruh saya baca sesetengah laman web sebab mereka pasti anak mereka ada penyakit X, Y, atau Z. Saya harus menjalankan tugas untuk periksa anak mereka. Tapi semua diagnosis berdasarkan pemeriksaan perubatan, bukan dari internet,” ujar Dr Bush.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa patut anda buat: Jangan panik, biar doktor buat kerja mereka. Cuba baca maklumat kesihatan dari laman web yang boleh dipercayai seperti American Academy of Pediatrics.

#3 Berhenti datang temu janji dengan doktor tanpa persediaan

Anda mungkin dibelenggu dengan pelbagai soalan. Tapi anda lupa untuk bertanya pada doktor ketika temujanji kalian. Sebab itu, anda kini semakin keliru.

Apa patut anda buat: Catat semua soalan yang ingin ditanya. Rekod rakaman jika anda ingin menunjukkan “sesuatu” yang tidak kena tentang anak anda.

#4 Berhenti ke Wad Kecemasan untuk semua perkara

Menurut Dr Bush lagi, hanya pergi ke Wad Kecemasan jika ia benar-benar diperlukan, atau anda melalui kecemasan terlampau. Hal ini sebab kadang-kadang, ibu bapa hanya panik atas perkara kecil.

Apa patut anda buat: Hubungi doktor peribadi sebelum ke wad kecemasan. Atau pergi ke pejabat doktor pakar keesokan harinya (selepas kejadian).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Berhenti minta antibiotik

Memang semua ibu bapa mahu anaknya sihat dengan cepat. Tapi antibiotik bukan jawapan untuk semua perkara. Sesetengah jangkitan bakteria mungkin memerlukan antibiotik, tapi bukan penyakit seperti selesema dan batuk.

Kredit gambar: Pixabay

Lagipun, jika antibiotik diberi secara berlebihan, bakteria yang mampu menangani antibiotik pula akan terhasil. Lagi susah!

Apa patut anda buat: Jika anak anda selesema dan batuk, cuba beri masa untuk ia sembuh sendiri. Atau anda boleh guna cara semulajadi untuk merawatnya!

#6 Berhenti tidak mahu beri vaksin atau minta vaksin ditangguhkan

Sesetengah ibu bapa tergesa-gesa untuk mendapatkan ubat. Tapi ada sesetengah lagi enggan memberi vaksin pada anak mereka. Malahan, ada juga ibu bapa yang risau jika vaksin diberi terlalu banyak, lalu meminta jadual vaksin ditangguhkan.

Vaksin terbukti mampu mencegah penyakit. Menurut Dr Bush, jika mana-mana ibu bapa melambatkan proses pemberian vaksin, kanak-kanak tidak akan dilindungi dalam tempoh yang panjang. Ini membahayakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa patut anda buat: Jangan tangguh pemberian vaksin atau tidak ingin memberi vaksin pada anak anda!

#7 Berhenti salahkan anak selesema sebab tak pakai baju

Anak selesema sebab tak pakai baju adalah satu mitos. Jadi, tak payah lagi susah-susah untuk menyalahkan anak anda.

Virus selesema terjadi kerana penyebaran kuman. Kanak-kanak akan cenderung memegang semua benda. Selepas itu mereka memegang mata, hidung dan mulut mereka. Hal ini yang menyebarkan kuman.

#8 Berhenti guna pemutik kapas (cotton bud) untuk cuci telinga anak anda

Anda tahu Q-tip atau pemutik kapas tidak bagus untuk mencuci dan mengorek telinga, kan? Pemutik kapas akan menolak taik telinga masuk lebih dalam dan susah untuk dibawa keluar.

Apa patut anda buat: masukkan sedikit air dalam telinga anak anda ketika mandi. Lembapan akan membantu taik telinga lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Pixabay

Kami tahu — anda hanya ingin menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak anda. Oleh sebab itu, kami tidak pernah menghukum. Akan tetapi, mari kita guna nasihat daripada doktor pakar ini untuk memudahkan kehidupan, okay?

Lagipun semua nasihat ini adalah benar.

Sumber rujukan: Parents dan Helen DeVos Children’s Hospital

Penulis

Ayu Idris