Menteri Pendidikan mahu tukar cara belajar ikut filem 3 idiots. Macam mana itu?

Dr. Maszlee ingin menukar sistem pembelajaran di Malaysia dengan meringankan beban pelajar dan guru mengikut konsep filem 3 Idiots.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu. Dr. Maszlee mempunyai latar belakang sebagai pendidik dengan memegang jawatan sebagai pensyarah di IIUM sebelum ini.

Dalam temuramah bersama Astro Awani, Dr. Maszlee telah menerangkan serba sedikit idea yang beliau mahu aplikasikan dalam masa 5 tahun ini di Malaysia.

Idea yang dikongsikan sangat berbeza dari sistem pembelajaran kini. Apa ideanya itu?

Dr. Maszlee mahu amalkan konsep filem 3 idiots

Ya, filem Hindustan lakonan Aamir Khan itu akan menjadi konsep contoh kepada sistem pendidikan baru di Malaysia! Menarik tak?

Pada ibu bapa yang sudah pernah menengok filem ini pasti tahu bagaimana watak-watak dalam filem ini mengaplikasikan pengajaran mereka. Tapi pada siapa yang kurang faham dengan idea ini, seorang penceramah Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah menjelaskan konsep ini dalam Facebooknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah ulasannya:

Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi… “Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini.” Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan : 1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer. 2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya membuatkan pelajar jadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri. 3. Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar.  4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan mempraktikkannya. Genius! 5. Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita. 6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit, dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win! 7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.

Apa pendapat ibu bapa lepas baca ulasan ini? Kalau betul, kuranglah beban anak-anak kita, cikgu pula mesti gembira kan?

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook

Baca juga

Sekolah rendah terbaik di Malaysia, sekolah anda atau anak ada tersenarai tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar