Tahniah! Dr Say Bakal Timang Cahaya Mata Ke-3

Dr Say Shazril menjadi perhatian apabila berkongsi berita gembira isterinya yang juga seorang doktor, Dr Azura Abas yang hamil anak ketiga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor selebriti dan juga pempengaruh, Dr Say Shazril menjadi perhatian apabila berkongsi berita gembira isterinya yang juga seorang doktor, Dr Azura Abas yang hamil anak ketiga.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, bapa kepada dua orang cahaya mata lelaki ini turut berkongsi perkembangan kehamilan isterinya yang memasuki usia 12 minggu.

Namun demikian, pada awalnya dia merasakan dirinya kurang bersedia apabila menerima berita tersebut.

"Cuma kisahnya lepas our 1st scan 5 hari lepas, terduduk sy dibuatnya bila balik daripada scan tu.

"Sebab walaupun selama ni sy mengidamkan 3 orang anak sebab sy ada 3 adik beradik tapi bila sy fikir balik “acano aku nak jaga 3 orang anak tu nanti?” buat sy risau. Kalau dua at least sy handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga?

"Sy tau rata2 parents ber-anak 3 dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat sy sedikit gugup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Tapi takpelah ada 6 bulan lagi untuk sy bersiapa siaga di samping enjoy the time i have with my 2 boys,"

Dalam kesempatan tersebut, Dr Say meminta jasa baik pengikut-pengikutnya supaya mendoakan kesejahteraan kandungan isterinya itu. 

Jika tiada aral melintang, isterinya bakal melahirkan anak mereka pada 25 Januari tahun hadapan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lima tahun menunggu zuriat selepas berkahwin dahulu, namun kerana keikhlasannya terhadap isteri, Allah kurniakan rezeki kelahiran cahaya mata yang ramai sebagai pengikat kasih sayang mereka.

Semoga kelahiran bayi ketiga Dr Say ini dipermudahkan dan lancar segala urusan bersalin kelak. Tak sabar nak tengok adik Ace dan Sefriel!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Lelaki Ini Berkongsi Pengalamannya Tentang Rezeki Ada Anak Atau Tak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : 7 Perkara Baru Anda Belajar Tentang Pasangan Selepas Mendapat Cahaya Mata

Baca juga : Bakal Menimang Cahaya Mata Lelaki? Ini Nama Bayi Laki-laki Yang Disukai Allah SWT

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi