Comelnya Puteri dan Qash Junior Ini! Memang Sebijik Macam Watak Utama Dalam Drama Popular Itu!

Stylonya 'Mira' dan 'Ben' versi cilik ni!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru beberapa hari lepas, drama popular kegemaran ramai, Sweet Dreams telah tamat tayangannya sejak mula ditayangkan 5 Ogos lalu. Pasti ramai yang ‘melekat’ depan tv semasa ia ditayangkan, terutamanya para surirumah

Drama lakonan Mira Filzah dan Ben Amir itu telah mendapat perhatian ramai bukan sahaja dengan gandingan mantap kedua-dua pelakon tersebut, malah kerana jalan ceritanya yang lucu dan romantis. Iyalah kan, siapa yang tidak suka melihat wajah comel Mira dan watak macho si Ben bukan?

Bagi peminat watak Puteri dan Qash, pasti rasa tak puas sebab cerita dah habis!

Puteri dan Qash ‘Junior’ Drama Popular Sweet Dreams

Oh ya, salah satu perkara yang menarik tentang drama popular ini pastinya identiti yang digayakan oleh Mira Filzah dan Ben Amir. Disebabkan watak dalam cerita ni rare sangat, ada seorang ibu yang mula menggayakan puteri kesayangannya dengan outfit ala-ala watak si Puteri dalam cerita ni, comel betul!

Kalau tak percaya jom tengok gambar-gambar di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: twitter @aisymedina18

sumber: twitter @aisymedina18

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: twitter @aisymedina18

Alahai comelnya si Aisy Medina berpakaian macam Puteri! Kesemua gambar-gambar comel ini dimuatnaik oleh ibu bayi comel yang baru berusia 9 bulan ini di laman akaun media sosial twitternya.

Rupa-Rupanya Ibu Bapa Meminati Drama Sweet Dreams

Bukan watak Puteri sahaja yang ada, malah watak hero pun cilik juga! Aduh, sebijik macam watak Ben Amir dengan rambut yang jatuh ke depan tu kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: twitter @aisymedina18

Yang menariknya, difahamkan ibu bapa kepada si comel ini adalah peminat drama Sweet Dreams arahan Michael Ang ini.

Mereka mula mendapat ilham untuk mengenakan gaya si Puteri dan Qash dengan menggunakan konsep mix and match yang menjadi style trademark Puteri yang menarik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malahan, setiap gaya kanak-kanak ini mendapat perhatian warga netizen, dan para pelakon drama Sweet Dream sendiri. Mana tidaknya, cara pemakaian mereka benar-benar sama, sudahlah comel pulak tu.

https://www.instagram.com/p/B1-VkBZhUgo/?utm_source=ig_embed

mfmirafilzah :

This is too cute! So Qash is on the right and Putri’s on the left? I’ve been receiving tweets, DM, yg tag utk tunjuk style Putri dlm #DramaSweetDreams! Really appreciate it. 😍 Whenever you want me to see your photos, just tag me on Instagram or Twitter #tirugayaPutri 👑 .

Mungkin selepas ini ada yang nak cuba gaya watak yang lain pula untuk si comel? Sekali sekala apa salahnya pakaikan fesyen yang menarik untuk anak kan?

Iyalah, bila dah besar nanti pasti anak ada gaya dan pilihan tersendiri. Hihi. Jom berkongsi dengan theAsianparent foto si cilik anda beraksi dalam ruangan komen!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pnews.space

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comkisah-nabi-adam-dan-hawa

Penulis

Beto Rahman