Ibu Jual Kuih Raya Kumpul Dana, Dua Beradik Juara Memanah Berkuda di Perancis

Dua beradik juara memanah dalam Kejohanan Memanah Berkuda Kanak-kanak Eropah 2024 bulan lalu. Namun, ada cerita di sebalik kejayaan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sebalik senyuman bangga dua beradik juara memanah yang berdiri di podium kejohanan memanah berkuda European Kids Horseback Archery Championship 2024, ada cerita yang tidak ramai tahu.

Ibu Jadi Pengurus dan Jurulatih Kepada Dua Beradik Juara Memanah

Video tular yang dimuat naik di Tiktok oleh ibunya, Fathim Ridayu, dia dan dua anaknya Abdurrahman Ahmad Mu’az dan Heba Nusaybah menggunakan simpanan sendiri termasuk sumbangan dari keluarga selain berusaha menjual kuih raya untuk ke Perancis.

“Kami bertiga pergi sendiri. Saya jadi pengurus dan jurulatih mereka. Datuk dan nenek ada bantu sikit, tapi selebihnya, jual kuih raya untuk cukupkan dana,” cerita Fathim.

“Perancis kosnya amat-amatlah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat-sangat ke kejohanan di Eropah ini walaupun mahal?

Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda kebanyakannya dari Perancis dan nak belajar dalam masa sama,” katanya.

Bayangkan, dari Kuala Lumpur mereka terbang ke Paris tanpa sebarang tajaan. Setibanya di sana, mereka tidak dijemput dengan kenderaan seperti pasukan lain dan memilih untuk menaiki pengangkutan awam kerana mahu berjimat.

Mereka menaiki bas selama lima jam ke Limoges dan satu jam lagi dengan kereta api ke Bellac sambil membawa beg besar yang mereka pikul sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Angkutlah beg semua tiga beranak. Lokasi pertandingan jauh dari bandar Paris. Jaraknya macam Kuala Lumpur dengan Perlis. Makan pun bawa ‘ready-to-eat food’ dari Malaysia. Punya nak berjimat,”kongsinya.

Sekiranya makanan disediakan oleh pihak urusetia, mereka akan dikenakan bayaran €40 sehari untuk seorang bersamaan RM200.

“Alhamdulillah ‘ala kulli hal (atas segalanya). Pengalaman yang mahal tapi berbaloi,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@fathimridayu Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) – Juara Heba Nusaybah (U12) – Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery ♬ suara asli – Asyifa tri hendrianda – user57835527164

Mula Latih Anak Memanah Sejak Usia 12 Tahun

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fathim Ridayu, jelas kelihatan hanya dua wakil dari Malaysia yang menyertai pertandingan memanah kuda.

Pada 23 Ogos, dua beradik ini berjaya menaiki podium. Abdurrahman diumumkan sebagai juara kategori bawah 14, sementara adiknya Heba menjadi naib juara kategori bawah 12.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibunya turut berkongsi bahawa sudah mula melatih anak minat memanah pada usia Abdurrahman 12 tahun. Manakala adiknya, Heba pada umur 9 tahun yang kini berusia 12 tahun. Sementara anak bongsunya mula seawal usia 8 tahun.

Rata-rata warganet memuji usaha dan pengorbanan ibu mereka. Mengejar impian anak bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya dengan kos yang tinggi untuk aktiviti memanah berkuda.

Pertandingan ini disertai oleh lebih 110 pesaing dari 16 negara, termasuk Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Maaf Tak Dapat Belikan Kek & Hadiah Sempena Hari Jadi”, Bapa Luah Rasa Kesal Tak Dapat Tunaikan Permintaan Anak

Baca juga: Anak Baru 9 Tahun Berani Naik Flight Sendiri, Ibu Dipuji Didik Anak Belajar Berdikari

Baca juga: Tiada Istilah Ibu Hebat, Anda Siapkan Makanan Anak From Scratch Atau Ready Made, Anda Tetap Seorang Ibu Bertanggungjawab

Penulis

Noorhidayah