Dua beradik maut dilanggar keretapi

Kejadian berlaku ketika mangsa, Sabiran Musa, 40, dan adiknya Nizam Ridzuan Musa, 36, menyeberangai landasan untuk ke kedai runcit berhampiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Shah Alam (Harian Metro) – Satu kejadian 6.21 petang, 2 Mac 2017 berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Padang Jawa telah menyebabkan dua beradik maut.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Sabiran Musa, 40, dan adiknya Nizam Ridzuan Musa, 36, menyeberangai landasan untuk ke kedai runcit berhampiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, komuter itu sedang di dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang.

Tambah beliau lagi, kedua mangsa bekerja dengan membantu bapa mereka menjual ayam di Seksyen 16, Shah Alam.

“Mayat kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah( HTAR) untuk bedah siasat.”

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Berikutan kejadian ini, kami ingin menekankan langkah keselamatan di landasan keretapi yang jarang sekali diketengahkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber KTM

1. Kelajuan

Disebabkan oleh saiznya, keretapi sering kali kelihatan lebih jauh dan perlahan dari kelajuan sebenar. Jangan terpedaya!

2. Berhenti tiba-tiba

Secara purata, keretapi memerlukan 2km untuk berhenti. Keretapi tidak boleh berhenti secara tiba-tiba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Menceroboh

Menggunakan jalan singkat hingga menceroboh laluan keretapi  atau kawasan keretapi boleh menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian.

4. Kadar berat

Purata berat keretapi dianggarkan melebihi 5,500 tan. Berbanding kereta yang secara puratanya ialah 1.5 tan. Keretapi melanggar kereta umpama kereta melanggar tin minuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Keretapi berhenti

Keretapiyang berhenti boleh bergerak pada bila-bila masa. Pastikan anda berada di jarak yang selamat bagi mengelakkan kecederaan atau mungkin juga kematian.

6. Terowong dan jambatan

Ia direka hanya untuk keretapi bukan manusia atau kenderaan  lain. Penceroboh boleh mendapat kecederaan yang serius atau kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Keretapi muatan

Keretapi mengangkut barangan selalunya lebih lebar dari keretapi penumpang. Malah ia mungkin mempunyai tali atau rantai besi yang boleh menyebabkan kecederaan jika anda berdiri terlampau dekat.

8. Setiap masa adalah masa keretapi

Keretapi tidak selalunya menepati jadual. Bila-bila masa keretapi boleh melalui lauan mereka dari mana-mana arah.

9. Telefon pihak berkuasa

Jika anda terlihat sebarang situasi atau kejadian tidak selamat, laporkan pada pihak berkuasa. Tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

Langkah-langkah yang telah dikongsi oleh pihak CN di laman sesawang mereka. Ia mungkin nampak remeh tetapi boleh menyelamatkan nyawa sesorang. Kongsikan kesedaran keselamatan ini kepada lebih ramai orang demi keselamatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma