Dua Beradik Meninggal Dunia - Disangkakan Asma, Rupanya Disyaki Dibunuh Teman Lelaki

Dua beradik ini mulanya dikatakan meninggal akibat masalah pernafasan. Rupanya, bedah siasat menunjukan terdapat kesan 'petechial hemorrhaging'. Apakah itu? Jom baca lanjut untuk mengetahuinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua beradik berusia 2 tahun dan tiga tahun di Bronx telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah sukar bernafas.

Pada awalnya, kedua kanak-kanak ini dipercaya mengalami serangan asma. Namun kesan kecederaan menunjukan yang salah seorang kanak-kanak ini mungkin sebenarnya dibunuh.

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun, Olivia Gee mengalami kecederaan yang konsisten dengan serangan pada bahagian abdomen dan atas badan. Kematiannya, menurut sumber, dikelaskan sebagai dibunuh. 

Malah hasil bedah siasat abangnya, Micah Gee, tiga tahun, kematiannya juga dikelaskan sebagai kes bunuh.

Para penyiasat masih menyoal siasat Jordon, iaitu teman lelaki ibu kedua kanak-kanak tersebut. Kedua Olivia dan Micah mempunyai asma yang teruk, namun terdapat kesan kecederaan pada leher mereka.

Kecederaan leher tersebut kemungkinan telah menyebabkan serangan asma terhadap kedua kanak-kanak ini. Ini menyebabkan munculnya persoalan dari pihak penyiasat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kesan kecederaan dalaman pada kedua kanak-kanak ini membangkitkan lebih banyak persoalan.

Pada jam satu pagi hari kejadian, Jordon pergi memeriksa kedua kanak-kanak tersebut dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan Olivia.

Jordon terus memaklumkan teman wanitanya yang juga merupakan jururawat. Jade Spencer, 31 mendapati Olivia tidak memberi respon serta Micah sedang mengalami kesukaran bernafas.

Jade Spencer telah memberi anaknya Albuterol, sejenis ubat untuk memudahkan pernafasan sebelum menelefon 911.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasukan paramedik telah bergegas membawa kedua kanak-kanak tersebut ke hospital namun Olivia meninggal dunia pada jam 2.10 pagi. Micah juga meninggal dunia tidak lama selepas Olivia.

Pemeriksaan awal doktor menyatakan yang kedua kanak-kanak tersebut mengalami serangan asma.

Namun menurut sumber, bedah siasat menunjukan terdapat kesan ‘petechial hemorrhaging’. Atau dikenali sebagai kesan merah akibat saluran darah yang pecah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca ‘petechial hemorrage’: 

Kesan merah akibat saluran darah pecah ini boleh berpunca dari banyak sumber. Antaranya ialah;

  • keadaan tegang yang berpanjangan seperti ; menangis terlalu kuat, batuk yang teruk, mengangkat terlalu berat)
  • keadaan medikal yang tertentu
  • kecederaan 
  • ubatan
  • selaran matahari

Anda mungkin berminat dengan perkongsian berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

Sumber: new york daily, mayo clinic 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma