Anak Pandai Cakap English, Parents JANGAN Gopoh Nak Masukkan Ke Dual Language Program!

Sejak kerajaan memperkenalkan Dual Language Program, ramai berhasrat daftar anak di kelas tersebut. Tetapi program ini tidak sesuai untuk semua pelajar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah itu Dual Language Program atau Program Dwibahasa?

Program Dwibahasa atau Dual Language Program (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.

Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Bagi ibu bapa, pastinya ada yang ingin mendaftar anak ke program ini dengan alasan anak boleh berbahasa Inggeris. Namun, tidak semua sekolah ada menawarkan program ini ya, jadi ibu ayah kena semak dahulu senarai sekolah yang ada program ini DI SINI.

Dual Language Program, Jangan Sampai Anak Terbeban

sumber: astroawani

Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa yang ingin menempatkan anak ke sekolah yang menawarkan program ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Ini kerana ia bukan sekadar memasukkan anak ke kelas dan anggap anak boleh menyesuaikan diri dengan segera.

Ada sesetengah pelajar yang tidak mampu meneruskan kelas tersebut namun terpaksa melaluinya juga. Kalau keadaan ini berterusan, ia bukan sahaja mengganggu prestasi anak malah emosinya juga.

Berikut perkongian saudara Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya.

Semasa merasmikan Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten tengahari tadi, aku berkongsi tips dengan ibubapa yang mana anak mereka bakal naik ke darjah 1 tahun depan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian tentang kelas DLP memang sangat dinantikan oleh ibubapa. Ramai yang pm bertanya aku, elok ke tak kelas DLP ni untuk anak-anak mereka.

Begini tuan puan. Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4.

Jadi, jika anak-anak kalian memang fasih berbahasa Inggeris, di rumah pula sering speaking, sangat sesuai jika masukkan anak dalam kelas DLP. Bahasa Inggeris mereka akan lebih baik dan dapat ditingkatkan bila masuk kelas DLP.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

NAMUN…

Ada segelintir ibubapa menyesal memasukkan anak ke kelas DLP. Kenapa mereka menyesal?

Kerana mereka terikut-ikut dengan orang lain. Kerana mereka anggap kelas DLP ialah kelas elit. Kerana mereka nak anak mereka di kelas elit kononnya.

Bila anak mereka masuk, anak mereka tak dapat ikuti dengan baik. Markah Matematik dan Sains merudum teruk. Mereka sangka, belajar Matematik sekadar angka. Sedangkan silibus Matematik bukan sekadar soalan ‘one plus two equal three’. Matematik bukan sekadar nombor dan simbol sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Matematik sangat banyak soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Alangkan dalam Bahasa Malaysia pun masih ramai murid tidak faham kehendak soalan, inikan pula dalam English dan basic English anak mereka lemah.

Tidak Boleh Tarik Diri Setelah Dimasukkan Ke Kelas Pilihan

Lebih merisaukan ibu bapa, sebaik anak masuk kelas DLP, memang tidak dibenarkan menarik diri. Kena habiskan dari darjah 1 hingga darjah 6 dalam kelas DLP juga.

Malah jika berpindah sekolah, wajib mencari sekolah yang menawarkan program DLP juga. Tidak semua sekolah tawarkan program ini.

Jadi, jangan ikut orang. Jangan paksa anak-anak. Kita sebagai ibu bapa kena tahu potensi dan kebolehan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mereka bagus English, boleh pilih kelas DLP kerana pengajaran Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam English.

Jika tidak, masuk saja kelas biasa. Silibus dan sukatan antara kelas biasa dan DLP 100% sama. Yang beza cuma bahasa pengantar sahaja.

Sila fahami dan hadami elok-elok ya. Hak anda untuk memilih mewakili anak-anak ni. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.

#MFS 
– Berkongsi ilmu – 

Jadi kepada ibu bapa, pastikan anda benar-benar faham kebolehan anak terlebih dahulu ya. Mana-mana kelas atau program yang dipilih, semuanya ada kelebihan tersendiri yang menjamin masa depan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Baca juga:

https://my.theasianparent.com3-bahasa-asing-untuk-lebih-berjaya

Penulis

Beto Rahman