Cara Anak Dukung Mainan Menentukan Kebijaksanaan Mereka - Kajian

Kajian mengatakan kanak-kanak yang dukung menggunakan tangan kiri adalah lebih cekap dan pandai bersosial berbanding rakan mereka yang lain. Bagaimana dengan anak anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lepas ini, jika anak anda ambil patung kesukaan mereka, tengok jika mereka dukung anak patung tersebut dengan tangan kanak atau kiri. Sebenarnya, ada sebab kenapa mereka dukung cara itu!

Kajian terbaru mengatakan, kanak-kanak yang dukung menggunakan tangan kiri tanda mereka ada kelebihan kognitif dan skil sosial. Tak kiralah sama ada mereka lebih menggunakan tangan kanan atau kidal.

Pengkaji dari Universiti London membuat tinjauan tersebut pada 98 kanak-kanak berusia 4-5 tahun baru-baru ini.

Mereka menemui, kanak-kanak yang memegang anak patung pada posisi dukung menggunakan tangan kiri mendapat keputusan yang tinggi dalam kebolehan sosial berbanding rakan mereka yang menggunakan tangan kanan.

Mereka juga boleh mengikut peraturan dengan lebih baik dan sanggup berkongsi.

Dukung menggunakan tangan kiri – kelebihan di sebalik tingkah laku ini

Kajian ini berpunca dari pengetahuan terdahulu tentang kecenderungan mendukung anak tangan kiri di kalangan ibu kerana ia membolehkan ibu dan anak semakin erat melalui visual kiri mereka.

Ini kerana “menjaga bayi melalui visual kiri penjaga membolehkan pemantauan lebih baik untuk kesejahteraan bayi,” kata Dr Forrester PhD dari Birkbeck, University of London.

Semasa kajian, kanak-kanak ini diberikan bantal kosong dan mereka tak diberitahu tentang tangan mana yang akan mereka guna.

Kemudian, bantal dilukis dengan tiga titik seperti bentuk muka. Keputusan mendapati, kanak-kanak akan mendukung bantal ini seperti bayi menggunakan tangan kiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua kanak-kanak ini adalah pelajar prasekolah antara 54 perempuan dan 44 lelaki. Sebahagian dari mereka tak ada pengalaman mengangkat bayi sebenar tapi mereka tetap dukung menggunakan tangan kiri apabila “muka” dilukis pada bantal.

Kanak-kanak yang dukung menggunakan tangan kiri lebih cekap

Kanak-kanak cepat membuat kaitan apabila tiga titik yang menyerupai muka dilukis.

Ini kerana, visual kiri (yang berhubung dengan hemisfera kanan) lebih pantas dan betul dalam mengenali seseorang individu dan ekspresi emosi berbanding visual kanan kebanyakan orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa kanak-kanak yang dukung dengan tangan kiri mendapat keputusan yang tinggi dalam kemahiran sosial berbanding mereka yang memilih sebelah kanan?

Dr Forester mengatakan yang ia mungkin kerana ada kelebihan apabila menggunakan visual kiri. Ia beri mereka posisi yang optimum untuk memproses muka dan interaksi sosial.

Keputusan menunjukkan corak yang sama apabila saintis memberikan kanak-kanak ini patung yang sebenar. Kanak-kanak yang dukung menggunakan tangan kiri mengikut arahan dengan lebih baik. Ini membuktikan yang skil sosial mereka lebih baik berbanding rakan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti banyak lagi cara untuk tahu anak anda lebih cekap dari kanak-kanak lain. Ini hanyalah salah satu darinya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ditulis oleh Rosanna Chio dan mendapat kelulusan untuk diterjemah oleh theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanak-kanak-pandai-melukis-bijak/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar