Bila Kita Kejar Akhirat, Dunia Akan Kejar Kita, Begitu Hebatnya Kisah Abang Grab Ini

Dunia akhirat adalah yang hakiki, jadi setiap apa yang dilakukan sentiasalah lakukan kerana Allah swt. Nescaya akan dipermudahkan dan dilipatganda rezeki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak dengan bila kita kejar dunia akhirat, maka dunia akan kejar kita? Itu adalah pepatah yang cukup tepat menggambarkan kisah seorang lelaki pemandu Grab ini. 

Mana tidaknya dulu dia kerja di kedai, gaji semua lengkap namun tidak mempunyai waktu itu solat berjemaah, lalu dirasakan dunianya sempit dan tidak tenang. 

Kemudian lelaki ini mengambil keputusan untuk berhenti, dan mula membawa Grab sebagai sumber hidup dia dan keluarga. 

Rezekinya melimpah ruah, kerana dia mempunyai masa untuk berjemaah, solat tepat pada waktunya dengan tenang dan tanpa memikir hal kerja. 

Malah lebih hebat, lelaki ini mampu membeli sebuah lagi rumah dengan hasil titik peluhnya membawa Grab. Jadi apa pekerjaan pun jika dibuat penuh ikhlas dan ke jalan Allah, inshaAllah dipermudahkan dan akan melimpah ruah rezekinya. 

Kisah kejar dunia akhirat ini diceritakan oleh Dr Redza Zainol di Facebook 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.
Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.
“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”
Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.
Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.
“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.
Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.
Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.
“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”
Dia mengangguk perlahan.
“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”
Eh, terkejut saya dengar.
“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.
Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”
Saya pula menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.
“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”

Dari Subuh ke Isyak solat berjemaah untuk dunia akhirat

“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”
Aduh, saya diam terkedu.
“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”
Saya makin khusyuk mendengar.
“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”
“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.
Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.
“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”
Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.
Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari dapat mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik-baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih ya Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Ingatlah tiada apa yang lebih hakiki daripada akhirat. Ambil peluang di bulan mulia ini untuk kutip saham dunia akhirat nanti. 

Percayalah sekecil-kecil kebaikan yang anda lakukan di dunia ini akan menjadi penyelamat kepada anda di waktu perhitungan kelak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami, Jangan Kedekut Dengan Isteri dan Anak-Anak Kalau Tak Mahu Kesempitan Rezeki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan