Kalau Ibu Ayah Boleh Ada Instagram Dan Facebook, Kini Anak-anak Kecil Boleh Ada myFirst

Jika orang dewasa boleh mempunyai Instagram, Facebook dan TikTok, kanak-kanak kini boleh ada dunia teknologi sendiri, myFirst!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekosistem teknologi yang selamat untuk anak anda kini tiba di Malaysia. Memperkenalkan myFirst, langkah pertama ke dunia teknologi buat kanak-kanak.

Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi. myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia.

Aplikasi myFirst Circle pula merupakan alternatif media sosial terbaik untuk kanak-kanak. Jam pintar myFirst Fone R1s dicipta khas untuk kanak-kanak menerokai teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan ibu bapa.

myFirst Fone R1s ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan. Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan. Kanak-kanak atau ibu bapa boleh merakam suara untuk digunakan sebagai peringatan. Selain itu, muka jam pintar R1s ini boleh disesuaikan mengikut pemilihan wallpaper beranimasi dan swafoto yang sedia ada!

“myFirst dicipta sebagai pengalaman teknologi selamat pertama buat kanak-kanak. Penggunaan teknologi myFirst membantu proses perkembangan kanak-kanak melalui pengalaman menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan. Kami cuba menzahirkan semula cara kanak-kanak bermain sambil belajar dengan harapan agar ciptaan ini mampu melahirkan komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar. Demi merealisasikan usaha ini, kami telah mencipta aplikasi lingkaran sosial yang selamat buat pengguna peranti myFirst yang dipanggil myFirst Circle,” kata G-Jay Yong, Pengasas myFirst.

Memandangkan teknologi semakin maju, kanak-kanak juga harus didedahkan dengan teknologi lebih awal untuk mengikuti keupayaan pembelajaran secara kognitif. myFirst menawarkan pelbagai pilihan produk supaya kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan selamat dan mudah diakses oleh ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

myFirst dilancarkan secara rasmi di my.myfirst.tech. Ibu bapa boleh membeli produk-produk ini di cawangan yang terpilih [https://my.myfirst.tech/locate-store]. 

Untuk maklumat lanjut mengenai myFirst dan rangkaian produk, layari www.myfirst.tech.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad