Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!

Protein, kalsium fiber, vitamin E dan vitamin A antara jenis nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak agar mereka membesar sihat dan tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sering tertanya-tanya adakah ketinggian dapat diubah ataupun ia hanya mengikut genetik ibu bapa kita? Ya, genetik pastinya memainkan peranan namun pengambilan pelbagai jenis nutrien dalam pemakanan juga membantu memastikan anak-anak membesar dengan sihat.

Menurut kajian, kanak-kanak yang lebih tinggi juga lebih berkeyakinan berbanding kanak-kanak lain. Sebagai ibu bapa, kita pasti inginkan yang terbaik buat mereka jadi tidak salah jika kita bekalkan apa sahaja untuk mereka membesar dengan sempurna, apatah lagi lebih tinggi.

Kredit: iStock

Selain mendapatkan tidur yang cukup serta melakukan senaman, pemakanan seimbang juga memainkan faktor utama dalam ketinggian anak-anak. Untuk pengetahuan anda, apabila anak anda telah menjangkaui usia tertentu, potensi ketinggian mereka mungkin sukar untuk diubah.

Pelbagaikan Jenis Sumber Nutrien Dalam Hidangan

National Health & Morbidity Survey (NHMS) dapati pada 2019 sebanyak 21.8% kanak-kanak di Malaysia yang berusia di bawah 5 tahun menghadapi masalah pertumbuhan terbantut. Anak-anak memerlukan makanan yang berkhasiat dengan pelbagai jenis nutrien bagi membantu dia membesar dengan lebih baik dan sihat.

Kelenjar pituitari memainkan peranan penting dalam menentukan ketinggian tubuh kita. Ia mengeluarkan hormon tumbesaran manusia yang bertanggungjawab untuk menambah ketinggian tubuh.

Oleh sebab itu, untuk membantu anak menjadi tinggi mereka memerlukan pelbagai jenis nutrien penting untuk merangsang fungsi hormon tumbesaran manusia. Nutrien-nutrien yang memainkan peranan penting untuk tumbesaran termasuk protein, kalsium,Vitamin E, fiber dan Vitamin A.

1. Protein

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu nutrien yang penting dalam tumbesaran anak-anak pastinya protein. Protein membantu pembinaan sel dalam tubuh kanak-kanak, selain membekalkan tenaga, melawan penyakit dan membekalkan oksigen ke seluruh badan. Tanpa protein yang cukup, ini boleh menyebabkan terbantut atau tumbesaran yang tidak normal.

Makanan yang kaya dengan protein termasuk ayam, ikan, hasil tenusu, telur dan banyak lagi. Menurut kajian yang dilakukan selama 6 bulan di Ecuador, pengambilan telur sebiji untuk setiap hari membantu kanak-kanak yang kekurangan zat makanan membesar dengan ketinggian yang sihat. Ayam juga mengandungi Vitamin B12 iaitu vitamin larut air yang penting untuk menjadi tinggi dan mengekalkan ketinggian. Ia juga sarat dengan taurin iaitu sejenis asid amino yang mengatur pembentukan dan pertumbuhan tulang.

2. Kalsium

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalsium adalah nutrien yang membantu dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Malah kalsium juga diperlukan bagi membina tulang yang padat. Tanpa kalsium, kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit riket yang mana ia melembutkan tulang dan menyebabkan tumbesaran terbantut serta otot yang lemah.

Kalsium mudah ditemui dalam sayur-sayuran hijau seperti bak choy, brokoli, ikan seperti sardin ataupun produk tenusu seperti yogurt dan susu. Pengambilan susu membantu meningkatkan jisim tulang. Jadi galakkan anak-anak untuk minum sekurang-kurangnya segelas susu setiap hari.

3. Vitamin E

Vitamin E hadir dengan pelbagai fungsi dalam badan, sekaligus menjadikannya antara jenis nutrien penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas, membaiki DNA serta menguatkan sistem imun.

Tambahan pula, vitamin E merangsang pembentukan tulang trabekular dan mengubah morfometri tulang rawan epifiseal. Jadi dengan pengetahuan baru ini, tambah vitamin E dalam diet anak anda dengan makanan seperti bayam, kekacang, serta biji buah labu.

4. Fiber

Nutrien fiber bertanggung jawab untuk sistem pencernaan badan yang mana ia membantu memastikan pencernaan anak-anak sentiasa sihat dan tidak sembelit. Pengambilan fiber yang mencukupi juga membantu anak-anak membesar dengan lebih kuat dan tinggi kerana meningkatkan kesihatan pencernaan dan penyerapan nutrien secara keseluruhan.

Selain itu, pengambilan fiber juga membantu mengurangkan kolestrol. Jika anda ingin memperkenalkan fiber dalam diet pemakanan anak-anak, cuba oat sebagai permulaan. Hidangkan sebagai sarapan bersama buah-buahan segar atau bakar biskut dengan oat sebagai snek lazat.

5. Vitamin A

Vitamin A penting untuk tumbesaran kanak-kanak terutamanya untuk pembentukan tisu dan tulang serta gigi. Ia juga memainkan salah satu peranan utama dalam tumbesaran mereka yang mana menguatkan sistem imun daripada jangkitan dan membekalkan tulang yang kuat. Ia juga menggalakkan pertambahan sel putih dalam badan bagi menentang bakteria dan radikal bebas.

Makanan seperti ikan hering serta telur kaya dengan vitamin ini, namun jika anda dan anak-anak mengamalkan diet vegan, boleh mencuba sayuran seperti ubi keledek, buah mangga, atau jus tomato.

SUSU BAGUS BUAT PERTUMBUHAN ANAK

Pengambilan susu juga membantu memastikan anak membesar lebih sihat. Susu bukan sahaja membekalkan nutrisi yang penting kepada pertumbuhan tulang seperti kalsium, fosforus, dan magnesium; ia juga menggalakkan pertumbuhan kanan-kanak dan membantu membina otot.

Essential Amino Acids (EAA) atau Asid Amino Perlu yang terkandung dalam susu ialah blok asas dalam protein untuk pertumbuhan tulang dan tisu badan DHA pula menyokong perkembangan otak anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

DUTCH LADY MaxGro hadir sebagai susu formula yang dirumus khusus bagi menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak. Ia adalah makanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi# dan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan si kecil anda mempunyai pemakanan yang lengkap den seimbang.

Lengkap dengan 9 Essential Amino Acids (9EAA) dan DHA yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak secara menyeluruh, DUTCH LADY dipercayai ibu bapa Malaysia atas kualiti dan nilai pemakanan baik. Jadi ibu bapa, ambil langkah sewajarnya dan bantu tumbesaran anak anda hari ini! Ketahui sekarang.

#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis Hanini