KUALA LUMPUR, 22 November 2024 – ECCO, peneraju global dalam kasut premium dan barangan kulit, dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi kedai konsep terbaharunya di Sunway Pyramid. Pembukaan ini menjadi lembaran baharu dalam komitmen ECCO untuk menyediakan kasut berkualiti tinggi dan pengalaman membeli-belah yang luar biasa kepada pelanggan di Malaysia.
Cawangan kedai baharu ini mencerminkan dedikasi ECCO terhadap reka bentuk minimalis Denmark, inovasi, dan kehalusan kraf pembuatan, di samping menampilkan koleksi eksklusif yang menjadi kebanggaan jenama ini.
Kedai ini menampilkan reka bentuk moden yang diinspirasikan oleh gaya Scandinavia, menggabungkan fungsi dan estetika dengan harmoni, sekaligus mewujudkan ruang yang menarik pelanggan untuk meneroka rangkaian produk ECCO yang pelbagai.
“Kedai konsep baharu kami di Sunway Pyramid bukan sekadar ruang jualan; ia menjadi destinasi bagi pelanggan kami di Malaysia untuk mengalami sendiri pendekatan unik ECCO terhadap kasut dan barangan kulit,” kata Benjamin Chin, Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, ECCO. “Kami teruja untuk membawa produk inovatif dan kemahiran kraf pembuatan yang bertaraf dunia supaya lebih dekat kepada pelanggan setia kami di Malaysia. Pada masa yang sama, ia menyediakan ruang untuk mereka mengenali apakah yang melambangkan ECCO.”
Produk utama yang ditawarkan ECCO ialah teknologi ECCO FLUIDFORM™ Direct Comfort Technology yang dipatenkan; memastikan setiap pasang kasut tahan lama, fleksibel, dan selesa. Kedai ECCO di Sunway Pyramid ini akan menawarkan pelbagai pilihan gaya terkini, termasuk kasut kasual, kasut formal, koleksi untuk aktiviti luar, serta gaya santai athleisure. Koleksi terkini BIOM turut menjadi tarikan, yang direka untuk memberikan keselesaan unggul dan membolehkan gerak geri yang semula jadi.
Bagi meraikan pembukaan bersejarah ini, ECCO menjemput para pelanggan untuk mengunjungi kedai di Sunway Pyramid dan menikmati promosi eksklusif serta peluang untuk melihat koleksi terkini. Peminat ECCO dan para pembeli boleh merasai pengalaman membeli-belah yang mencerminkan nilai jenama ini – kualiti, inovasi, dan gaya yang malar segar sepanjang zaman.
Kunjungi kedai baharu ECCO di Sunway Pyramid dan terokai pilihan kasut yang sempurna untuk setiap ahli keluarga dan setiap acara. Untuk maklumat lanjut mengenai ECCO dan koleksi terkininya, sila layari https://my.ecco.com/.
DIREKTORI KEDAI KONSEP ECCO
Sunway Pyramid |
Lot G1.116C, Aras G |
Pavilion Kuala Lumpur |
Lot 5.30.00, Aras 5 |
Suria KLCC |
Lot 234, Aras 2 |
The Exchange TRX |
Lot L1.44.0, Aras 1 |
The Gardens Mall |
Lot S-226D, Aras 2 |
IOI City Mall |
Lot G-58A, Aras G |
Gurney Plaza Penang |
Lot 179, G-49, Aras G |
Queensbay Mall Penang |
Lot 115 & Lot 116, Aras 1 |
SouthKey Mall Johor Bharu |
Lot G-063A, Aras G |
Imago Mall Kota Kinabalu |
Lot 1-33, Aras 1 |
Facebook: https://www.facebook.com/eccomalaysia/
Instagram: @ecco
Hashtag: #ecco #eccomy