Qamelia dan Kamal merupakan sepasang suami isteri yang baru menjalani kehidupan dalam perkahwinan. Namun, selepas melakukan hubungan intim, Kamal mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya kerana sering mengalami ejakulasi pramatang hingga membuatkan dirinya rasa teruk. Jadi, apakah masalah pancut awal ini boleh dirawat?
Dipetik dalam laman artikel Doctor On Call, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bahawa ejakulasi pramatang ini sering dihadapi oleh hampir 30 ke 40% di kalangan kaum lelaki.
Apa itu ejakulasi pramatang?
Ejakulasi pramatang merupakan keadaan yang membuatkan seseorang lelaki mencapai klimaks atau mengeluarkan air mani terlalu awal semasa melakukan hubungan seksual.
Apabila hal ini berlaku, tentunya ia membuatkan pasangan dan anda sendiri rasa tidak puas hati.
Walau bagaimanapun perlu difahamkan di sini, ereksi atau ketegangan tidak membawa maksud yang sama dengan ejakulasi. Tapi, ejakulasi adalah keadaan apabila air mani telah keluar daripada kemaluan lelaki.
Punca yang menyebabkan ejakulasi pramatang
- Tekanan perasaan
- Kemurungan
- Perasan gementar ketika melakukan hubungan seksual
- Timbul masalah dalam hubungan suami isteri
Sebab itu, ejakulasi pramatang ini boleh memberikan impak yang buruk pada emosi dan kesihatan psikologi anda.
Cara nak tahan lama tanpa guna ubat
Sekiranya masalah ini semakin berlanjutan semasa melakukan hubungan seksual, maka anda boleh menggunakan kaedah konservatif tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan yang berbahaya seperti berikut:
- Merangsang kemaluan sehingga terasa hendak ejakulasi dan kemudian henti sekejap selama 30 saat sehingga rangsangan tersebut hilang.
- Ulangi langkah yang sama lebih kurang dua ke tiga kali sehingga pasangan puas untuk mencapai klimaks.
- Kepit hujung kemaluan dengan lembut menggunakan jari apabila air mani terasa nak keluar. Ini perlu dapatkan bantuan pasangan.
Jenis-jenis ubat tahan lama
Meskipun kaedah konservatif itu boleh dilakukan, namun kadang-kadang ia tidak mencapai tahap maksima yang diperlukan sekaligus membuatkan hubungan intim anda rasa bosan, kecewa dan tak seronok.
Disebabkan itu anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan ubat- ubatan yang sesuai seperti berikut:
- Ubat anti murung kategori selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) seperti Paxil, Zoloft, Prozac dan Priligy.
- Tramadol sejenis ubat menahan sakit yang juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini.
- Ubat kebas setempat seperti Lidocaine atau Lignocaine
Di Amerika Syarikat, lelaki yang tidak menggunakan ubat tahan lama hanya mampu bertahan selama 1.75 minit sahaja sebelum ejakulasi berlaku.
Manakala lelaki yang diberikan dos sebanyak 30 miligram Dapoxetine pula mampu bertahan selama 2.78 minit. Manakala sekumpulan lelaki lagi mengambil 60 miligram yang mampu bertahan selama 3.32 minit.
Walaupun tambahan masa tidaklah terlalu lama, namun ia dapat membantu ejakulasi kaum lelaki.
Namun begitu, ubat tahan lama ini juga ada kesan sampingan seperti mual, sakit perut, pening kepala, rasa tidak keruan dan lain-lain. Walaubagaimanapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Cara-cara lain:
- Senaman kagel: Cari otot yang boleh mengawal pengaliran air kencing dan kemudian berlatih untuk kuatkan otot tersebut.
- Pemakaian kondom: Dengan kondom dapat mengurangkan rasa sensitif pada kemaluan apabila bersentuhan sekaligus ereksi tahan lebih lama.
Ingin diingatkan di sini, penggunaan ubat SSRI juga mengambil tempoh masa tertentu sehingga ubat tersebut betul-betul berfungsi. Tapi, sekiranya masalah anda berlanjutan, jangan malu atau segan untuk berjumpa dengan doktor.
Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: