Ibu ini sembuhkan ekzema pada bayinya dengan krim semulajadi yang berkesan!

Ekzema pada bayi adalah salah satu masalah yang sering dihadapi ibu bapa. Tapi ibu berjaya menyembuhkan ekzema pada anaknya dengan krim semulajadi ini saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kulit bayi memang sensitif. Dan mereka membesar dengan keadaan kulit yang pelbagai semasa membesar. Namun, ekzema pada bayi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Ekzema pada bayi: Bagaimana krim membantu ibu ini?

Semasa Kelisha berusia lebih kurang 3 bulan, dia mengalami ekzema yang sangat teruk. Ekzema pada bayi ini sungguh teruk hingga dia kelihatan seperti telah disimbah air mendidih.

Ibunya, Joanne, mencuba hampir segalanya namun tiada apa yang dapat membantu bayinya.

Imej oleh martha@smokinggunpr.co.uk

Joanne, ibu kepada 3 orang anak ini sungguh terdesak mencari cara untuk melegakan bayinya. Semasa mencari rawatan untuk anaknya, Joanne terlintas sebuah artikel tentang krim yang hanya beberapa dolar berbanding krim-krim yang mahal.

Jenamanya ialah “Childs Farm’s Baby Moisturiser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas mencuba krim semulajadi tersebut selama 4 minggu, ekzema pada anaknya semakin pulih. Menurut Joanne, Kelisha merupakan bayi yang sentiasa ceria walaupun dengan ekzema.

Namun setelah menggunakan krim ini, Kelisha senyum setiap masa. Dan kini, ekzema pada bayi ini sudah sembuh sepenuhnya!

Imej oleh martha@smokinggunpr.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekzema pada bayi – ini nasihat pakar

Dr Jennifer Crawley, seorang pakar kulit mengongsikan yang ekzema pada bayi sungguh menyedihkan untuk ibu bapa dan bayi itu sendiri. Ia juga memberi impak terhadap kualiti hidup terutamanya keadaaan ekzema seteruk Kelisha.

Memastikan kulit sentiasa lembap adalah penting untuk kulit dengan ekzema yang mengeringkan kulit. Ini kerana ia akan menyebabkan kulit merekah dan sakit.

Bagi ekzema yang teruk, melembabkan beberapa kali sehari adalah penting.

Apa ibu boleh buat jika anak ada ekzema?

Selain dari melembapkan kulit bayi, anda juga harus lebih berhati-hati dengan kebersihan dan membuat sedikit perubahan pada gaya hidup. Ini antara apa yang anda boleh lakukan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Mandi

  • Gunakan air suam dan pastikan durasi mandi hanya sekejap.
  • Elakkan menggunakan sabun kecuali terpaksa
  • Jika anak tidak di dalam mood baik, tidak perlu mandikan, cukup sekadar lap dengan tuala lembab.

2. Pakaian

  • Gunakan kain kapas
  • Elakkan kain dari nylon, kapas tiruan atau bulu tebal
  • Elakkan pakaian berlapis

Ibu-ibu, sekiranya anda juga berdepan dengan ekzema pada bayi anda, pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor sebelum membuat apa-apa keputusan. 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: theAsianparent SingaporeThe Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

10 jenis kegatalan pada anak yang anda tidak patut biarkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma