Curang atau setia dalam perkahwinan itu sebenarnya satu pilihan. Walaupun setiap pasangan pasti akan melalui cabaran yang berbeza-beza, namun pasti semua isteri mahu tahu tips elak suami curang, kan?
Setiap suami isteri mahukan pasangan yang tetap setia dalam perkahwinan. Selepas berkahwin dengan pilihan hati, siapa yang mahu mahligai dibina retak dek curang, kan?
Berikut antara 5 cara yang disarankan pakar untuk isteri elak suami curang.
Elak suami curang #1: Jangan ingat suami tak akan curang
Jangan terlalu yakin atau percaya yang suami takkan curang dengan anda. Ini sebab, menurut penulis Gretchan Rubin, jika anda tidak boleh menduga suami akan curang, ketika itulah suami akan lebih mudah tergoda!
Pakar psikologi Barry McCarthy juga bersetuju dengan kenyataan ini. Dalam sebuah artikel Psychology Today, penulis berikut mengatakan salah satu cara elak suami curang ialah dengan menerima kekurangan masing-masing.
Bahkan, anda kena percaya ada pasangan yang “nampak bahagia” juga boleh curang di belakang pasangannya!
Elak suami curang #2: Jauhi situasi yang bahaya
Jangan bermain dengan api, orang kata. Anda kena menjauhi situasi yang mampu menggoyahkan kesetiaan.
Kuncinya di sini ialah bersikap terbuka, bertimbang rasa, kenal diri sendiri dan mengakui kesalahan. Anda dan pasangan harus masing-masing bertanggungjawab ke atas perkara yang terjadi.
Nampak macam senang cakap je, tapi susah nak buat. Tapi belum cuba belum tahu!
Elak suami curang #3: Berkomunikasi dengan pasangan
Anda dan pasangan wajib meluahkan segala rasa hati atau buah fikiran. Ini mampu merapatkan hubungan kalian berdua.
Menurut pakar psikologi Leslie Becker Phelps, berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan akan menyelesaikan pergaduhan mahupun konflik dengan lebih bijak.
Ini sebab biasanya, suami yang curang memberi alasan mereka rasa tidak dihargai atau tidak didengar.
Elak suami curang #4: Jangan suka mengatur pasangan
Menurut kajian dalam Journal of Personality and Social Psychology, semakin anda mengawal pasangan, semakin mereka cenderung untuk curang.
Ini disebabkan oleh membatasi dan mengatur keinginan pasangan akan meningkatkan rasa mereka “dikurung” lalu membuatkan mereka ingin curang.
Anda boleh menetapkan batas atau had, tapi jangan sampai mengatur pasangan dari A hingga Z. Bahaya itu!
Elak suami curang #5: Puaskan pasangan dari segi hubungan seks
Jangan ambil mudah dengan teknik sentuhan anda. Berpelukan, memberi ciuman dan mandi bersama terbukti mampu menjaga hubungan perkahwinan dengan lebih baik.
Malah menurut pakar psikologi, David J. Ley, kejujuran amat penting dalam hubungan seks. Keintiman pasangan pula bukan hanya di tempat tidur saja.
Sebenarnya, kalau melibatkan seks, anda dan pasangan wajib berkomunikasi. Mencintai seseorang memang mudah, tapi mahu memuaskan nafsu mereka memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.
Semoga 5 tips elak suami curang ini mampu menjanjikan keharmonian dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ditulis oleh Adinda; diterjemah dengan kebenaran theAsianparent Indonesia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-suami-curang-perempuan-simpanan/