''Jodoh Sampai Disini Sahaja,'' Emma Maembong & Suami Bercerai, Utamakan Kesihatan Mental Anak-Anak

Emma Maembong mengumumkan bahawa dirinya telah berpisah dengan suami, Muhammad Shazli Azhar dan telah tamat tempoh iddah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail sudah tamat menjalani tempoh idah dan dia memilih pendekatan tidak menghebohkan berita perceraiannya selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah.

“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini,” katanya.

Ditanya bila perceraian terjadi, dia lebih rela tidak berkongsi butiran terperinci kerana baginya, itu bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.

“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.

“Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,”katanya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Emma, dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.

“Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.