Penat Isteri Sukar Nampak Di Mata Kasar, Sampai Alami Emotional Burnout Sebab Letih Urus Rumah Tangga

undefined

Penat seorang isteri ini kadang kala tidak boleh nampak dengan mata kasar kerana kepenatan mereka itu dari dalam hingga boleh mengugat emosi secara keseluruhannya. Ikuti perkongsian ini.

Hampir setiap hari kudrat dan tangan isteri diperlukan untuk melakukan kerja-kerja rumah seharian. Malah dalam satu-satu masa, semua urusan kerja dapat disiapkan dengan jayanya. Walaupun berasa penat namun mereka langsung tidak mengendahkannya sampai membuatkan emosi tidak stabil.

Mungkin suami kata dia pun penat juga keluar bekerja dan mencari rezeki untuk satu keluarga. Tapi tahu tak anda bahawa walaupun isteri duduk rumah mahupun bekerja sebenarnya penat mereka lebih dua kali ganda.

Bagi yang tidak bekerja atau suri rumah, pekerjaan mereka akan bermula sesudah subuh dengan membasuh pakaian, mencuci pinggan, menyediakan sarapan dan macam-macam lagi.

Lepas tengah hari siapkan pula hidangan waktu lunch sambil tangan kemas meja, kemas dapur, kemas ruang tamu dan lain-lain. Begitulah juga di waktu malam menyiapkan makan malam dan menguruskan anak-anak.

Sementara itu, bagi isteri yang bekerja mestilah masa mereka habis banyak di pejabat tapi lepas pulang ke rumah mereka dihidangkan pula dengan urusan rumah tangga di mana perlu bergegas basuh baju, kemas rumah, cuci pinggan dan lain-lain.

Sebab itu emosi tidak stabil ini memang lumrah bagi insan yang bergelar isteri. Hanya orang perempuan sahaja yang memahami bagaimana rasanya kepenatan tersebut sampai kadang-kadang tak sempat untuk uruskan diri sendiri.

Emosi tidak stabil isteri jangan dibuat main

Emosi tidak stabil

Dr Redza Zainol berkongsi tentang pengorbanan seorang istei yang menurutnya mungkin mengalami Emotional Burnout jika terlalu penat menguruskan rumah tangga setiap hari.

Apatah lagi penat emosi seorang isteri ini sukar dilihat dengan mata kasar seorang suami malah tidak tahu apakah mereka penat atau sebaliknya.

“Saya perhati je isteri dari pagi. Saya lihat dia duduk baring-baring di atas sofa. Tak lama selepas itu, dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita korea pula.

“Sambil melayan cerita korea itu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.

“Kemudian, saya bertanyakan kepadanya. “Tengok cerita apa itu?”.

Lalu isteri jawab, entah. Baru saja tengok dan dalam hati ini rasa macam dah lama isteri tengok dan hampir satu jam.

Setelah mendengar jawapannya, saya pergi berdekatan dengan dia dan macam menyibuklah katakan. Ternampak tulisan Crash Landing On You.

Saya tanya kepadanya, best ke cerita ini? Lalu isteri jawab biasa- biasa saja sambil itu dia tersenyum lagi.

Masuk tengah hari

emosi isteri

Setelah masuk tengah hari, dia pergi ke meja pula dan mula membaca buku kegemarannya sampai ke petang.

Jika dulu saya rasa aktiviti berehat ini adalah satu yang sia-sia. Malah dulu saya ini jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja.

Malah masa itu juga pendapat saya, berehat ini hanyalah untuk orang yang malas sahaja.

Tapi itu dulu….

Sehinggalah beberapa tahun yang lepas, isteri saya tak sihat semasa berpantang. Di mana saya perlu menjaga anak dan melayan kehendak anak sepanjang hari selama tempoh isteri berehat kerana berpantang itu.

Ternyata mengadap perkara yang sama setiap hari membuatkan saya jadi letih. Lalu penat pada fizikal dan paling ketara ialah emosi tidak stabil.

Keluar sekejap pun rasa gembira

emosi seorang isteri

Lalu terfikir, kalau dapat keluar rumah sekejap pun tentu rasa gembira. Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.

Semasa itu, baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.

Tapi saya silap.

Selama ini saya ingatkan dia hanya penat fizikal tapi rupanya dia penat secara emosi tidak stabil.

Bahkan, penat emosi itu tidak boleh hilang hanya tidur atau rehat semata-mata.

Kekadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tapi tak ramai yang faham, itu bukan sebab malas tapi kemungkinan besar isteri sedang burnout.

Percayalah, kalau isteri dapat rehat yang cukup, dia pasti akan bekerja keras semula demi keluarga.

Hal ini kerana, emosi dan psikologinya jadi lebih segar dan terjaga semula seperti sedia kala.

Justeru, Dr Redza menyeru agar kita bantu sebarkan hal ini agar lebih ramai suami isteri yang tahu di mana kesihatan mental dan emosi juga adalah sama penting dengan kesihatan pada anggota badan yang lain.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.com/rahsia-perkahwinan-suami-bijak-kendali-emosi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!