Terdapat kira-kira 2.6 juta kelahiran mati hampir setiap tahun. Namun atas sebab tertentu, kami sukar untuk membincangkan perkara ini. Walaubagaimanapun, ia bukan hanya membabitkan kesan fizikal tapi kesihatan mental dan emosi wanita setelah kehilangan baby dalam kandungan.
Pengabaian tentang pemahaman mengenai asas-asas kesihatan mental selepas kehilangan bayi sering kali membuatkan wanita dan pasangannya merasa terasing dan mencari-cari sokongan yang sangat diperlukan.
Walaubagaimanapun, dengan memahami punca berdasarkan sokongan , cinta dan perawatan, pasangan yang mengalami kehilangan ini dapat mengatasi rasa sakit itu.
Emosi wanita dan kesihatan mental selepas mengalami kematian bayi dalam kandungan
Menguruskan kesihatan mental selepas kehilangan kehamilan pertamanya anda perlu faham apakah penyebabnya.
Biasanya ia dikaitkan dengan keguguran atau kelahiran mati atau kita panggil stillbirth.
Keguguran biasanya berlaku semasa di awal kehamilan sekitar 20 minggu. Seterusnya berlaku pada 20 ke 37 minggu.
Berikut tempoh kehamilan:
– Dari 0 hingga 27 minggu – kelahiran mati awal
– Dari 28 hingga 36 minggu – kelahiran mati lewat
– Dari 37 minggu ke atas – kelahiran mati di penghujung
Walaupun kita sedia tahu kesihatan ibu dan komplikasi kehamilan boleh menyebabkan kehilangan ini, namun anda harus mengenal pasti puncanya terlebih dahulu bagi merancang langkah-langkah yang seterusnya.
Inilah sebabnya mengapa kebanyakan doktor lebih suka ibu hamil menjalani pemeriksaan kehamilan dan datang melakukan pemeriksaan secara rutin.
Jika masih berlaku kematian janin, berikut adalah penyebab utamanya:
– Komplikasi kehamilan, paramatang, kecederaan semasa hamil, kemalangan, bayi lambat dilahirkan sekitar 42 minggu.
– Masalah dengan plasenta misalnya masalah aliran darah, keradangan dan jangkitan.
– Kecacatan kelahiran, kelainan genetik dan sekatan pertumbuhan janin.
– Masalah dengan tali pusat yang menghubungkan bayi dan ibu melalui plasenta.
– Kesihatan ibu seperti mengalami preeklampsia, tekanan darah tinggi, tiroid, obesiti dan diabetes.
Malangnya, anda mungkin tidak melihat gejala ini sejak awal kecuali semasa menjalani pemeriksaan perubatan yang betul.
Malah mungkin anda hanya sedar bila berlakunya pendarahan faraj atau kekejangan sahaja yang bermaksud ada sesuatu yang tidak kena.
Apa yang berlaku selepas kematian bayi?
Secara fizikal, badan anda mungkin memerlukan masa antara dua hingga empat bulan untuk pulih. Namun, ia bergantung kepada punca kematian.
Sekiranya mengalami kelahiran mati dan jika bayi meninggal sebelum bersalin, anda mungkin diberi ubat untuk mendorong kelahiran. Ini adalah pilihan yang selamat berbanding melakukan pembedahan caesar.
Walaubagaimanapun kesihatan mental selepas kehilangan kehamilan adalah satu aspek yang mungkin memerlukan kerja yang serius.
Cara menguruskan emosi wanita dan tubuh badan
#1. Terus bersedih kalau itu menyenangkan
Sudah berbulan-bulan anda menjalin hubungan dengan anak dalam kandungan. Malah anda telah membeli buaian dan semua peralatan lain yang diperlukan si kecil.
Bahkan anda akan selalu tertanya bagaimanakah rupa si kecil dan juga ciri ciri keperibadiannya.
Jadi bila alami kematian ini tentu akan mempengaruhi emosi anda kan? Oleh itu, tidak mengapa untuk bersedih dan cara anda sedniri.
#2. Usaha uruskan rasa bersalah
Cara urus yang terbaik adalah dengan berjumpa doktor supaya mereka dapat memahami keadaan anda dengan lebih baik.
Meskipun ini langkah yang tidak boleh mengubah di masa kini tapi setidaknya ia dapat mempersiapkan anda di masa depan.
#3. Fikirkan tentang pasangan
Ingatlah bahawa pasangan anda juga mengalami trauma yang sama di atas kehilangan itu jadi yang pernah mengabaikannya juga.
Ingat lelaki dan wanita menunjukkan kesedihan dengan cara berbeza jadi berkongsilah perasaan itu dengan baik.
#4. Sentiasa mengingati bayi
Memberi nama pada bayi adalah cara anda mengingatinya. Malah mereka yang ada di sekitar anda turut selesa jika anda memberi nama pada si kecil itu.
Sebaiknya pilih nama yang senang disebut, mudah nak ingat dan memiliki maksud yang baik.
Ingat, anak soleh anda sedang menanti di pintu syurga.
#5. Bersiap untuk pulang ke rumah
Sekiranya anda mahu keluarga membuang barang-barang yang mungkin mengingatkan kembali kisah duka ini mintalah mereka berbuat segera sebelum anda kembali ke dalam rumah.
#6. Awasi tanda kemurungan
Kadang kala kehamilan yang sihat juga boleh berlaku baby blues. Tetapi sekiranya ibu mengalami kehilangan bayi semasa hamil, anda mungkin mengalami kesan emosi yang jauh lebih besar. Itulah sebabnya sangat penting untuk memahami perbezaan antara kesedihan dan kemurungan.
Sekiranya anda selalu hilang selera makan dan mengalami kecenderungan bunuh diri, ini adalah tanda tanda kemurungan. Anda mungkin perlu segera mendapatkan nasihat dan pertolongan segera.
#7. Jaga kesihatan fizikal
Semasa anda berusaha menjaga kesihatan mental anda, penting juga untuk memastikan fizikal turut berada dalam keadaan yang sihat.
Kesihatan yang baik ini boleh diambil dari makanan yang seimbang dan badan yang terhidrasi seterusnya mmebantu pemulihan badan dengan cepat sekaligus menjaga hormon dengan sihat.
#8. Merancang kehamilan di masa depan
Di masa ini anda boleh memutuskan untuk hamil lagi atau nak berehat terlebih dahulu. Sekiranya nak hamil sekali lagi, anda mesti mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu tentang penjagaan kehamilan yang selamat.
Apapun, teruskan menjaga kesihatan diri dan banyakkan luang bersama pasangan setiap hari.
Walaubagaimanapun pemulihan emosi dari stillbirth ini mungkin sedikit lambat untuk pulih tapi anda perlu sentiasa mendapatkan sokongan keluarga dan rakan rakan untuk menjalani hidup yang lebih baik.
Artikel asal disiarkan dalam bahasa Inggeris di theAsianparent dan diterjemahkan, disunting dan disiar semula dengan kebenaran theAsianparent Malaysia