Belajar Kendalikan Emosi Melalui Emotional Carnival di The Exchange TRX Hari Ini!

Kesunyian atau rasa bosan bagi golongan remaja dan kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan. Ia berkemungkinan besar boleh mewujudkan pelbagai perasaan negatif seperti tertekan atau mudah marah. Justeru, adalah penting untuk mendedahkan kepada mereka cara melepaskan emosi terpendam dengan betul. Mencari-cari platform yang tepat? Di Emotional Carnival, pelbagai aktiviti boleh dicuba sebagai cara menghilangkan tekanan dan gantikan ia kepada keceriaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada rasa marah, sedih dan gembira kan? Meskipun ini adalah sign bahawa kita mempunyai akal dan fikiran yang sihat, namun jangan terbawa-bawa tau terutama sekali jika yang sedang bergelumang itu adalah perasaan negatif.

Tapi, macam mana ye cara yang tepat untuk overcome emosi dalam diri supaya ia tak terlalu berlebihan? Ya, tentulah melalui kaedah melepaskan atau meluahkan.

Ia disebabkan kita tak boleh terlalu memendam rasa. “Tapi macam mana saya boleh lepaskan segala perasaan terpendam hati ni?”

Ha, untuk remaja dan adik-adik yang tertanya-tanya dan sedang mencari platform terbaik meluahkan pelbagai perasaan, Emotional Carnival adalah jawapannya!

Diilhamkan melalui filem animasi kanak-kanak terkenal, Disney Pixar’s Inside Out 2, Emotional Carnival ini diadakan sebagai cara meluahkan pelbagai emosi yang terpalit dalam diri individu tak kira sama ada perasaan sedih, marah dan sebagainya.

Pasti anda tertanya-tanyakan bagaimana karnival ini boleh membantu pengunjung melepaskan perasaan membelenggu dalam fikiran? Jawapannya adalah melalui acara-acara yang menarik antaranya Emotion Spinner iaitu satu aktiviti yang berupaya menangkap perasaan pemain itu sendiri. Wah, best kan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menguji keberanian melalui aktiviti Beat the Buzzer. Malah, bagi sesiapa yang ingin melepaskan kemarahan, sesuai sangatlah untuk anda singgah ke seksyen Anger Management nanti.

Bukan itu sahaja, karnival ini turut menyediakan aktiviti mencipta bracelet dimana bracelet yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti dan emosi anda sendiri sebagai cara untuk ekpresikan perasaan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dah habis cuba semua aktiviti kan? Jom reward diri anda dengan permainan mesin gachapon kami setelah anda berjaya menyertai kesemua aktiviti lain di Emotional Carnival ini.

Sama seperti watak Riley dalam filem Disney Pixar’s Inside Out 2, itulah pengalaman yang anda boleh perolehi apabila lepaskan semua perasaan dalam Emotional Carnival yang akan diadakan di The Exchange TRX.

Bukan hanya peluang merasai watak Riley, tapi karnival diadakan bermula cuti sekolah iaitu pada 24 Mei ini sehinggalah 30 Jun nanti berupaya memberikan keterujaan dan keseronokan kepada pengunjung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi golongan remaja dan kanak-kanak yang masih dibelenggu dengan jiwa muda atau tekanan, wajiblah berkunjung ke Emotional Carnival dan cuba pelbagai aktiviti di The Exchange TRX nanti.

Tidak hanya aktiviti, namun kami turut menyediakan peluang untuk anda bawa pulang bantal comel eksklusif daripada karakter emosi filem Disney Pixar’s Inside Out 2! Caranya dengan berbelanja lebih RM600 dalam dua resit, anda berpeluang menebus sebuah bantal ini untuk setiap minggu. Ada lima karakter kesemuanya dan setiap minggu, kami akan tawarkan bantal comel yang berbeza-beza karakter. Jadi kalau nak semua bantal ini, anda kenalah kumpulkan setiap minggu.

Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang berbelanja sebanyak RM1,200 ke atas melalui dua resit pula, anda boleh dapatkan termos minuman eksklusif filem Disney Pixar’s Inside Out 2. Kesemua hadiah istimewa ini tiada dijual di mana-mana kerana ia sememangnya khas untuk pengunjung di Emotional Carnival ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi peminat filem Disney Pixar’s Inside Out 2, kami turut nak bagi anda penghargaan dengan mengajak anda menyertai contest di platform sosial media The Exchange TRX. Ini peluang untuk anda menang kesemua lima bantal mengandungi karakter filem animasi berkenaan tau. Contest ini akan mulai pada 30 Mei, ikuti sosial media The Exchange TRX di Facebook atau Instagram untuk maklumat lanjut! Jangan ketinggalan!

Pastinya anda tak akan jumpa aktiviti seumpama ini yang sesuai dengan kehendak emosi dalam diri setiap orang kecuali di Emotional Carnival ini.

Tunggu apa lagi kan? Jom ke karnival ini untuk tingkatkan aura positif anda dan hilangkan sebarang kegusaran pada musim cuti sekolah ini dengan elak daripada tinggal bersendirian di rumah. Ceriakan dan nikmati perasaan anda di The Exchange TRX nanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

chamlixian