Eskalator: Kemudahan atau bahaya?

Isu keselamatan penggunaan eskalator bukanlah suatu isu baru namun tidak ramai yang memberi perhatian serius terhadapnya. Ikuti kupasannya dalam artikel ini yang membincangkan aspek keselamatan bagi semua yang menggunakan eskalator.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Eskalator kemudahan atau bahaya

2010 – seorang budak perempuan berusia 10 tahun tersepit kaki di eskalator sebuah kompleks membeli-belah di Melaka.

2011 – seorang budak berusia 2 tahun tersepit tangan di eskalator hingga menyebabkan kehilangan dua jarinya apabila eskalator itu tiba-tiba terhenti.

2012 – seorang budak berusia 2 tahun tersepit tangan di eskalator sebuah pusat membeli-belah di Kelantan.

2013 – seorang budak berusia 8 tahun patah kaki akibat tersepit di eskalator di Kota Tinggi.

Kes-kes yang dinyatakan di atas adalah antara banyak lagi kes kemalangan yang berlaku di eskalator sekitar Malaysia.

Di Amerika, satu kemalangan di eskalator telah mengkibatkan 20 orang pengunjung sebuah kompleks tersangkut dan 4 orang kanak-kanak serta seorang dewasa dibawa ke hospital akibat tercedera.

Eskalator yang biasa kita jumpa di kompleks-kompleks membeli-belah itu memang nampaknya tidak berbahaya malah memudahkan pengunjung kompleks untuk bergerak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Namun terdapat risiko kemalangan dan kecederaan yang tersembunyi padanya yang kebanyakan kita tidak sedari. Tidak hairanlah jika ramai yang tidak mengendahkan tanda amaran keselamatan yang terpapar pada eskalator tersebut. Pada mereka, ia hanyalah umpama stiker perhiasan.

BERKAIT: Why your  kid mustn’t play on escalators

Malang tidak berbau

Satu kajian yang dilakukan pada 2006 mendapati jumlah kecederaan yang berkaitan eskalator di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 5 tahun adalah sangat banyak. Menurut kajian tersebut, 51 peratus daripada kes yang dikaji adalah kes terjatuh dan 36.5 peratus kes tersepit. Daripada kesemua kes itu, 6 peratus adalah berpunca daripada kereta sorong bayi yang dibawa naik eskalator.

Namun, peratusan bagi kes terjatuh di eskalator nampaknya telah meningkat kepada 70 peratus  kerana kanak-kanak mudah hilang imbangan ketika berada di atas eskalator.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Bahagian yang sering menjadi mangsa semestinyalah kaki. Selain daripada kerana kaki yang berpijak di atas eskalator, jenis kasut yang dipakai juga menjadi punca kenapa kaki kanak-kanak selalu tersepit di eskalator.

Dalam satu kes kemalangan eskalator yang berlaku dalam tahun 2011 di The Gardens, Kuala Lumpur, kanak -kanak yang menjadi mangsa itu memakai kasut jenis Crocs; sejenis kasut anti-gelincir diperbuat daripada getah yang sepatutnya memberi perlindungan kepada pemakainya daripada terjatuh di permukaan licin.

Namun malanganya kasut itulah yang menyebabkan kakinya tersangkut dan tersepit di bahagian tepi eskalator yang sedang bergerak itu.

Selain kasut itu, sandal, selipar dan lain-lain kasut lembut juga mudah tersepit di celah eskalator yang sedang bergerak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

 BERKAIT: How to keep your kid safe on escalators

Stroller dan eskalator

Nah, pasti ramai yang dapat mengaitkan pengalaman mereka membawa anak di dalam stroller ketika menggunakan eskalator dengan tajuk di atas. Jika anda membawa anak di dalam stroller, anda sepatutnya menggunakan lif dan bukannya eskalator.

Tetapi pasti anda berkata “Alah, lecehlah nak tunggu lif”. Tindakan anda membawa anak di dalam stroller menggunakan eskalator sebenarnya bukan sahaja membahayakan nyawa anak anda, tetapi juga nyawa anda sendiri dan pengguna-pengguna yang lain.

Tangga eskalator dan stroller sebenarnya tidak dicipta untuk bekerjasama!

Walaupun ramai yang menganggapnya remeh, tetapi tangga eskalator sebenarnya adalah sempit dan tidak sesuai bagi memuatkan roda stroller. Roda stroller juga mudah tersangkut pada bahagian sisi eskalator.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Orang yang memegang stroller dengan bayi di dalamnya juga lebih mudah hilang imbangan kerana tangannya tidak memegang handrail eskalator.

Sekiranya tiada pilihan, keluarkan anak anda dari stroller dan lipat stroller. Minta tolong sesiapa bawakan stroller itu dan dukung anak anda ketika menggunakan eskalator.

Ada sebab mengapa pengeluar eskalator meletakkan larangan membawa stroller menaiki atau menuruni eskalator.

 

Tips keselamatan

Pastikan tali kasut tidak longgar dan kasut yang dipakai juga bersesuaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Sentiasa pegang tangan anak anda ketika di eskalator dan jangan biarkan mereka bermain di atasnya.

Berdiri ke kawasan tengah tangga atau dalam kawasan sempadan garisan kuning.

Letak kedua-dua belah kaki di atas anak tangga yang sama.

Jangan bersandar pada handrail.

Orang dewasa yang bertongkat atau bertopang juga tidak digalakkan menggunakan eskalator.

 

BERKAIT : Handling head bumps

 

Rujukan:

4 children, 1 adult taken to hospital after escalator accident in Duluth

Escalator accidents cause head trauma, severed limbs

Strollers Are Not Designed for Escalators!

Safety in the Use of Escalators

 

 

 

 

Written by

Faradibah Sudari