Pasangan yang berkahwin awal antara berumur 21 hingga 25 tahun memilik jiwa muda, badan yang sihat malah berani untuk memikul tanggungjawab untuk menjadi lebih matang.
Terutamanya pasangan yang teringin menimang cahaya mata awal.
Antara faedah berkahwin muda adalah:
Banyak kenangan hidup bersama
Andai ditakdirkan jodoh berkekalan sehingga akhir hayat, banyak kenangan hidup bersama. Segala kesusahan dan kenangan manis dilalui semasa usia muda dan ini boleh mematangkan pasangan.
Di usia muda jika ada masalah melanda, ia dapat diselesaikan dengan cepat. Jika ditakdirkan dikurniakan zuriat lambat, pasangan boleh menikmati masa berdua dengan lebih panjang tanpa komitment tambahan.
Lebih optimistik dalam mencari rezeki
Lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih jika dibandingkan dengan perempuan. Untuk memenuhi tuntutan nafkah isterinya dan juga ibu bapanya di kampung. Dikurniakan tenaga yang banyak dan usia yang muda akan meyebabkan lelaki lebih bersemangat untuk mencari rezeki atau duit tambahan untuk menyara keluarga.
Memiliki tenaga yang lebih untuk melahirkan zuriat
Perempuan yang hamil di usia muda mempunyai tenaga untuk membesarkan zuriatnya. Tambahan pula, si suami yang masih muda dan mempunyai tenaga yang lebih mampu untuk menjaga anak yang masih kecil dan juga pasangan boleh memupuk rasa sabar di dalam diri.
Jarak usia pasangan dan anak yang tidak jauh mampu untuk mengajarkan anak untuk berdikari, malah hubungan dengan anak boleh menjadi akrab, lebih daripada seorang anak tetapi teman. Apabila anda sudah menghampiri usia pencen, anak anda pun sudah bekerja. Ini akan menyenangkan kehidupan anda di kemudian hari.
Gol kehidupan yang lebih jelas
Bila memegang tanggungjawab di usia muda, pasangan akan memantapkan skill penyelesaian masalah. Lantas, ia adalah sesuatu yang positif untuk pasangan.
Perubahan untuk menjadi lebih baik
Awal 20an merupakan usia yang berharga untuk menjadikan diri lebih matang, iaitu kehidupan anda baru bermula di usia ini. Malah, organ peranakan anda dan pasangan sangat mampu untuk melahirkan zuriat, terutamanya wanita.
Walaupun susah di awalnya, iaitu harus memegang tanggungjawab di usia muda, tetapi untuk jangka masa panjang, ini akan meguntungkan anda di kemudian hari, kerana anak adalah saham anda di hari tua kelak.