Benarkah Semakin Kecil Payudara Ibu Hamil, Semakin Kurang Susu Badannya?Mitos Atau Fakta?

Bila menyebut mengenai kehamilan, pasti ada fakta dan mitos kehamilan yang sering dikaitkan. Yakinkah anda dengan apa yang anda selalu dengar selama ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila menyebut mengenai kehamilan, pasti ada fakta dan mitos kehamilan yang sering dikaitkan. Tetapi yakinkah anda dengan apa yang anda selalu dengar selama ini?

Tidak semestinya jika ia seringkali didengar, diceritakan atau diamalkan perkara itu adalah benar. Anda perlu fikir logik sesuatu perkara itu sebelum mempercayainya.

Menjadi ibu hamil, anda tidak boleh terima bulat-bulat saja apa yang anda dengar, ia perlulah berlandaskan pandangan pakar atau kajian pakar.

Fakta dan mitos kehamilan yang sering anda dengar

Ada pelbagai cerita mengenai kehamilan yang sering anda dengar. Tapi adakah ia fakta? Sejauh manakah betulnya perkara itu? Ikuti perkongsian dari weythnutrition ini:

#1. Bentuk perut

Jika perut anda kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan itu lelaki dan jika perut anda bulat anda mengandungkan anak perempuan. 

Kepercayaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika perut anda kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan itu lelaki. Jika perut anda bulat bundar, kemungkinan anda mendapat anak perempuan.

Benar atau salah?

Salah. Bentuk perut anda ditentukan oleh otot uterus dan posisi anak.

#2. Kadar denyutan jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak perempuan mempunyai kadar denyutan jantung yang lebih cepat

Kepercayaan

Jika anda bakal mendapat anak perempuan, kadar denyutan jantungnya melebihi 140. Jika anak lelaki pula, kadar denyutan jantungnya di bawah 140.

Benar atau salah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah. Kadar denyutan jantung anak tidak dipengaruhi oleh jantinanya.

#3. Saiz payudara

Payu dara yang lebih kecil bermakna susu ibunya kurang

Kepercayaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika payu dara saya kecil, saya tidak dapat menghasilkan susu yang cukup untuk menyusui anak.

Benar atau salah?

Salah. Anda akan dapat membekalkan susu ibu yang mencukupi tanpa mengambil kira saiz payu dara.

#4. Seks bantu bukaan serviks?

Mengadakan hubungan kelamin akan mempercepatkan anda bersalin. Ini juga fakta yang sering dikongsikan doktor terutama jika anda sudah berada di minggu akhir tetapi masih tidak menunjukkan tanda untuk bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya ibu akan dinasihatkan untuk lebih kerap bersama dengan suami pada minggu akhir kehamilan sekiranya masih belum menunjukkan tanda untuk bersalin. 

Kepercayaan

Jika anda mengadakan hubungan kelamin di sekitar tarikh bersalin, ia boleh mempercepatkan proses pelahiran.

Benar atau salah?

Benar. Air mani mengandungi hormon yang boleh mencetuskan kelahiran. Secara teorinya, ia boleh mempercepatkan kelahiran kerana membantu mempercepatkan bukaan serviks.

#5. Makan untuk dua orang

Makan untuk dua orang bermakna makan dengan jumlah yang berganda. Ini memang selalu orang sebut kan? Perlu makan lebih untuk anak dalam kandungan kerana anda sudah berbadan dua. Hakikatnya:

Kepercayaan

Apabila anda hamil anda perlu makan dengan jumlah dua kali lebih banyak. Anda akan menyebabkan bayi kekurangan zat dan nutrien jika tidak makan untuk dua orang. 

Seringkali dikaitkan jika ibu tidak makan banyak, anak dalam kandungan akan kecil dan tidak cukup zat. 

Benar atau salah?

Salah. Anda perlu mengamalkan diet seimbang yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Anda memerlukan kira-kira 200 kalori tambahan setiap hari dalam trimester ketiga iaitu bersamaan dengan dua atau tiga biji buah-buahan atau dua keping roti.

#6. Ibu hamil tidak boleh selalu mandi

Ibu hamil tidak digalakkan selalu mandi kerana air kotor daripada badan ibu boleh terserap kepada bayi.

Kepercayaan

Bila mandi, kotoran daripada badan ibu akan diserap oleh bayi dalam kandungan.

Benar atau salah?

Salah. Bayi anda dilindungi selaput lendir dan air ketuban dan kotoran tidak akan masuk ke dalamnya. Malah jika anda bayi, air tidak akan terserap pun ke dalam kulit anda. 

#7. Bayi boleh mendengar ketika dalam kandungan

Seawal usia 25 minggu dalam kandungan bayi sebenarnya sudah boleh mendengar.

Kepercayaan

Bayi sudah boleh mendengar suara ibu malah ada bayi sudah boleh mengecam suara ibunya

Benar atau salah?

Benar. Seawal usia 25 minggu, deria pendengaran bayi sudah berkembang dan dia boleh mendengar dan kenal terutama suara ibunya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: weythnutrition

Baca juga:

https://my.theasianparent.commembaca-buku-ketika-hamil

Penulis

Lala Annuar