10 Perkara Tentang Zakar Suami Yang Akan Buat Isteri TERKEJUT!

Kami confirm, anda pasti terkejut membaca 10 fakta tentang zakar suami ini. Rupa-rupanya, banyak benda kita tak tahu tentang zakar suami.

Apa salahnya jika sekali sekala kita baca mengenai fakta tentang zakar pula, kan? Lagipun, sebelum ini kita sudah memahami tentang kesihatan faraj

Apa salahnya jika kali ini, kita baca tentang penis lelaki pula. Itukan anatomi badan suami juga. Ia sebahagian daripada suami kita.

Sepanjang berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan semakin rapat dan intim. Keintiman ini bukan saja dari segi fizikal, malah juga hingga emosi. 

Jadi, jom lihat 10 fakta tentang zakar ini yang kami confirm akan buat anda terkejut!

Fakta tentang kemaluan suami#1: Saiz zakar sebenarnya lebih kecil!

Kredit: Sick Chirpse

Tahukah anda yang saiz kemaluan suami itu sebenarnya lebih kecil dari yang disangka? Haha, ya betul!

Sebenarnya, saiz “ehem” suami anda itu sebesar saiz iceberg saja. Ini kerana ia kemaluan lelaki telah “tertanam” di dalam tulang pubik dan pelvisnya.

Purata saiz yang normal adalah sepanjang 5 inci atau 13cm saja. “Senjata” lelaki yang paling panjang pernah direkod adalah sepanjang 24cm. Wow!

Fakta tentang kemaluan lelaki#2: Zakar berhenti membesar

Sekitar usia 20-an, zakar suami anda akan berhenti membesar. Ia mula membesar ketika suami mencapai akil baligh dengan pembesaran testikel lelaki.

Tumbesaran kemaluan lelaki ini semakin rancak di antara usia 12 hingga 16 tahun. 

Saiz pula ditentukan oleh genetik.

Fakta tentang kemaluan lelaki#3: Zakar senang tegang!

Sebenarnya, seorang lelaki boleh dirangsang dengan cepat dan mudah (dalam masa beberapa saat saja!). 

Tapi itu semuanya pun bergantung dengan kesihatan lelaki itu. Jadi, jangan pula anda rasa rendah diri dan kecewa apabila suami lambat terangsang apabila anda menggodanya.

Fakta tentang kemaluan suami#4: Makanan pun boleh merangsang penis

Ya betul! Kajian mendapati makanan dengan bau yang sedap, contohnya seperti donut atau coklat akan merangsang penis untuk lebih cepat tegang.

Ini kerana pengaliran darah ke penis lebih laju gara-gara dirangsang bau makanan yang sedap ini. 

Fakta tentang zakar #5: Lelaki berejakulasi selama 7,000 kali

Purata jumlah lelaki berejakulasi sepanjang hidupnya adalah sebanyak 7,200 hingga 7,500 kali

Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti aktiviti seksual, diet dan kesihatan lelaki itu.

Sebenarnya, lebih banyak berejakulasi lebih bagus.

Kajian mendapati hampir 32,000 lelaki yang berejakulasi sebanyak 21 kali dalam satu bulan memiliki risiko terkena kanser prostat yang lebih rendah!

Fakta tentang zakar #6: Ereksi lebih kerap

Fakta tentang zakar yang satu ini pasti akan buat anda terkejut!

Bagi ereksi pula, lelaki boleh mencapai ereksi (menegang) secara purata sebanyak 11 kali pada waktu siang dan 9 kali pada waktu malam.

Wow! Tapi jangan bimbang. Ini bukan bermaksud pasangan anda itu terangsang ketika anda tiada.

Kadang-kala, penis boleh terangsang kerana jenis seluar dalam yang dipakai pasangan. Malah, urutan juga boleh merangsangnya.

Fakta tentang kemaluan lelaki #7: Merokok boleh melemahkan penis

Perokok tegar akan mengalami masalah ejakulasi pramatang yang lebih kerap. Malah, penis mereka juga mungkin boleh mengecil sebanyak beberapa meter.

Ini kerana merokok menyukarkan pengaliran darah. Kajian sebelum ini mendapati merokok menyebabkan ereksi yang lebih sekejap dan lemah.

Sebab itu ramai lelaki tidak tahan lama di ranjang. Nampaknya, ada alasanlah mengapa suami patut berhenti merokok, kan?

Fakta tentang zakar #8: Penis seperti klitoris juga

Sama seperti klitoris, penis juga memiliki saraf yang sungguh sensitif dan tiada penghujungnya! Setiap saraf ini berfungsi untuk rangsangan seksual.

Fakta tentang kemaluan suami #9: G-spot lelaki

Tahukah anda yang lelaki juga memiliki G-spot tertentu? G-spot itu biasanya terletak di prostat beliau. 

Tapi ini bukan satu-satunya titik G-spot lelaki. Perineum (jarak antara dubur dan testikal) lelaki juga satu kawasan sensitif yang wajar dirangsang!

Fakta tentang penis #10: Ada 2 jenis penis

Terdapat 2 jenis penis iaitu zakar grower dan zakar shower.

Zakar grower adalah zakar yang akan membesar (terlalu besar) dan semakin panjang apabila dirangsang.

Manakala zakar shower pula masih membesar jika dirangsang, namun ia tidak terlalu berubah saiz.

Menurut tinjauan yang dilakukan Men’s Health, hampir 79% lelaki memiliki zakar jenis grower berbanding shower.

Ha… sekarang lepas anda sudah tahu 10 fakta tentang zakar ini, apa pendapat anda? Terkejut tak?

Apa kata anda tag suami untuk mereka juga lebih peka dan mengetahui tentang anatomi badan mereka yang satu ini 😛

Sumber rujukan: Men’s HealthGlamourWomen’s Health

Kredit gambar: For You Lady

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-superpower-zakar-suami/

Penulis

Ayu Idris