Pernah tak ibu-ibu perasan perahan susu ibu ketika cuaca panas yang dialami sekarang ini kelihatan lebih cair berbanding sebelumnya? Bukan kerana tanda susu kurang berkualiti atau jarak terlalu jauh memerah susu, sebenarnya ada fakta menarik di sebaliknya yang ibu perlu tahu.
Tanggapan bayi tidak cukup susu semasa musim panas adalah salah, malah susu ibu sudah cukup membantu bayi kekal terhidrasi tanpa memerlukan sebarang air tambahan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian oleh Nad Masrom, Kaunselor Laktasi berkenaan 7 fakta menarik tentang keajaiban susu ibu.
Tulisnya, “normal sahaja waktu panas sekarang bayi akan menyusu sekejap tapi kerap. Ini adalah untuk memastikan bayi dapat lebih banyak foremilk dan kekal hidrasi. Elakkan bayi tidak menyusu dalam satu tempoh masa yang lama”.
7 fakta tentang keajaiban susu ibu yang ibu perlu tahu
Penghasilan dan pengeluaran susu ibu adalah bergantung kepada rangsangan dua hormon yang penting iaitu prolaktin dan oksitosin. Oleh itu, golongan ibu sebaiknya tidak membuat sebarang andaian dan berhenti menyalahkan diri sendiri jika tidak dapat menghasilkan susu ibu yang pekat lebih banyak berbanding cair kerana ada sebabnya.
1. Waktu cuaca panas, lebih banyak kandungan air dihasilkan dalam susu ibu.
2. Kuantiti susu ibu berubah mengikut pertambahan usia bayi
4. Susu ibu berubah dari siang ke malam
5. Susu ibu di satu payudara dah cukup ‘air dan nasinya’.
6. Susu ibu berubah warna
7. Susu ibu berubah rasa
Facebook: Nad Masrom
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Fakta Menarik tentang Bayi Yang Mungkin Akan Memeranjatkan Anda
Baca juga: 5 Perkara ‘Aneh’ Yang Terjadi Pada Newborn Tetapi Sebenarnya Normal, Ibu Sila Take Noted!
Baca juga: 6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan