Beberapa tahun lalu, 12% daripada kanak-kanak yang telah melaporkan diri ke SJKC bukan pelajar Cina. Tahun lepas jumlah itu telah naik 6% ke 18%.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa SJKC semakin popular. Timbul juga persoalan, jika mutu sekolah kebangsaan semakin merosot hingga kehilangan keyakinan ibubapa terhadap sistem pendidikan kebangsaan.
Kerajaan telah membuat banyak perubahan kepada sukatan pelajaran kebangsaan. Ada diantara guru-guru dan pelajar yang telah mengalamai cabaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Tetapi adakah semua ini sebab sebenar? Mari kita tengok pendapat ibubapa ini:
Pengurusan sekolah yang baik
Mengikut pendapat Ahmad Marwan Rahman, 36, SJK lebih cekap dalam menguruskan hubungan antara ibu bapa dan guru, dan lebih tersusun dalam menilai prestasi anak mereka.“Segala butiran dan prestasi anak direkodkan dengan kemas dan sentiasa dimaklumkan kepada ibu bapa,” katanya.
Jumlah pelajar SJK juga tidak ramai berbanding sekolah kebangsaan, membolehkan guru memberi tumpuan lebih kepada anaknya. – FMT
Pencapaian Matematik yang baik
Wan Nurul Anais Izzati Wan Ismail, 30, memberitahu, dia memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk anak lelakinya kerana ia dekat dengan tempat kerja.
“Kami pilih sekolah itu kerana anak saya boleh belajar satu lagi bahasa dan sekolah berkenaan secara keseluruhannya mempunyai rekod pencapaian yang baik terutama dalam mata pelajaran Matematik,” katanya – KOSMO
Peluang masa depan yang lebih cerah
Saya terkejut apabila rakan bumiputera saya mengambil keputusan untuk menghantar anaknya ke SJKC. Walaupun saya berbangsa Cina, saya tidak boleh membaca dan menulis dalam bahasa Cina. Zaman sekolah memang ada mak hantar pergi tuition bahasa Cina, tapi semua tu dah bagi balik dengan cikgu.
“Macam mana semua kerja sekolah anak kamu nanti? Semua pun dalam bahasa Cina. Kenapa pilih SJKC?”
Long term investment kata dia. Bila lepas sekolah nanti pandai berbahasa Cina dan ini akan memberikan kelebihan kepada anaknya. Senang anak saya nak berurusan dengan taukey-taukey Cina nanti. Peluang pekerjaan juga lebih baik.
Ini tidak bermaksud SEMUA sekolah kerajaan tidak bagus. Sebenarnya, ada sekolah kebangsaan yang bagus, terutamanya yang diklasifikasikan sebagai cluster schools. Pencapaian akedamik, sukan dan seni di sekolah-sekolah ini semua sangat baik.
Sesetengah SJKC juga ada reputasi yang tidak begitu baik. Ada yang mengadu SJKC terlampau banyak kerja sekolah. Ada pula yang berkata guru-guru di sekolah suka pilih kasih.
Pada pendapat saya, kedua-dua jenis sekolah ada baik dan buruknya.
Setiap ibu bapa mesti ada sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi keputusan mereka untuk menghantar anak ke SJKC. Sama ada faktor penentunya kerana mahu pertukaran silang budaya atau lebih suka cara pendidikan yang lebih ketat dan fokus, itu keputusan ibubapa masing- masing. Pokoknya, ibubapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
sumber: FMT