Faktor mengapa penyusuan ibu boleh gagal

Bagi mereka yang ingin benar-benar ingin meneruskan perjalanan penyusuan ibu anak anda, anda perlu tahu apakah yang boleh menyebabkan penyusuan ibu gagal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dapat dinafikan yang penyusuan ibu adalah yang terbaik buat anak-anak. Malah, terdapat banyak kajian yang membuktikan ia membantu dari pelbagai segi termasuk IQ anak-anak. Oleh sebab itulah penyusuan ibu amatlah digalakkan.

Isu penyusuan ibu sememangnya sensitif dan ada sesetengah orang tidak boleh menerima tentang penyusuan ibu. Namun, bagi mereka yang ingin benar-benar ingin meneruskan perjalanan penyusuan ibu anak anda, anda perlu tahu apakah yang boleh menyebabkan penyusuan ibu gagal.

Pelbagai jenis persiapan yang dilakukan si ibu dalam ingin menjayakan perjalanan penyusuan mereka. Dari membeli pelbagai jenis alatan dan makanan, hinggalah menghadiri kelas laktasi, termasuk juga dengan pelbagai nota yang dimuat turun bagi menambah ilmu penyusuan.

Perkongsian kali ini ialah, apakah punca yang boleh menggagalkan perjalanan penyusuan anda.

1. Stress

Tahukah anda stress merupakan salah satu punca utama mengapa anda gagal dalam penyusuan ibu? Apabila badan kita stress, produksi susu juga merundum. Ini kerana apabila stress, badan kita akan kekurangan hormon oksitoksin yang membantu produksi.

2. Tiada susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu yang beranggapan setelah bayi lahir, susu seharusnya terus melimpah ruah! Ini tidak betul, sebenarnya, susu yang dikeluarkan badan adalah mengikut keperluan anak (saiz perut bayi). Bagi peringkat awal, ibu-ibu harus meransang pengeluaran susu dengan membiarkan anak menghisap puting anda.

Selain itu, pada peringkat awal, hanya kolostrum (cecair kuning pekat) yang akan keluar di dalam kuantiti sedikit. Sebenarnya ini adalah sangat bagus bagi meningkatkan antobodi bayi anda.

3. Menambah sumber lain

Sering kali terjadi apabila anak masih menangis selepas menyusu, para ibu merasakan susu tidak cukup dan menambah dengan susu formula atau air masak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, di dalam susu ibu sendiri sudah mempunyai kandungan air yang tinggi dan cukup untuk bayi anda (80% adalah air). Dan kemungkinan mereka menangis adalah bukan sebab lapar.

4. Tidak mempunyai jadual pam

Foto ehsan ummuzuhayr

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi menjayakan perjalanan penyusuan anda, anda perlu mempunyai jadual pam susu yang tetap. Jika anda menunggu bengkak baru pam, ini akan mengurangkan produksi susu anda.

Ini kerana konsep penyusuan ibu ialah ‘bekalan vs permintaan’. Semakin tinggi permintaan (pengeluaran susu) semakin tinggi bekalan (produksi susu).

5. Tiada sokongan

Memang bukan senang mengubah pendirian seseorang terutamanya bagi mereka yang menganggap penyusuan ibu adalah menyukarkan keadaan.

Mereka boleh jadi ahli keluarga yang terdekat mahupun jauh. Jangan biarkan komen negatif mereka menjadi penghalang perjalanan penyusuan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, anda perlu lebih melibatkan diri anda dengan kumpulan sokongan seperti di Facebook mahupun laman sesawang. Anda juga boleh mengambil peluang ini untuk membuktikan yang mereka salah! Penyusuan ibu bukanlah sesukar yang mereka katakan.

6. Khasiat semakin berkurang

Ramai juga yang akan menasihatkan anda menambah susu formula kerana beranggapan khasiat susu ibu akan semakin berkurang.

Sebenarnya, hebatnya badan manusia, susu ibu akan berubah secara ‘automatik’ mengikut keperluan anak anda. Termasuklah ketika mereka kurang sihat.

7. Kuantiti susu tidak sama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbalik kepada ‘bekalan vs permintaan’ tadi. Sebenarnya, lagi banyak anda mengepam dan menyusukan anak anda, lebih banyak produksi susu badan anda.

Jadi, jika anda mengurangkan sesi pam dan penyusuan anda, memang produksi susu akan berkurang. Disebabkan itulah anda perlu mengekalkan momentum.

8. Membuat perbandingan

Sama ada membandingkan antara susu badan dan susu formula, membandingkan kuantiti susu yang dipam dengan produksi orang lain mahupun membandingkan saiz badan anak.

TIDAK ada orang yang sama. Susu formula dibuat oleh mesin dan susu badan dihasilkan secara semulajadi dari badan, tiada apa yang perlu dibanding.

Begitu juga hasil pam susu. Badan anda, dan badan orang lain tidak sama. Tidak semestinya sangat banyak itu sangat bagus. Anda hanya perlu fokus pada keperluan anak anda. Sekiranya anak anda cukup susu, mengapa perlu risaukan kuantiti susu orang lain?

Anak orang lain menyusu badan berisi namun anak anda tetap kurus. Penyusuan ibu tidak menjanjikan anak akan menjadi berisi dan gemuk.

Tetapi penyusuan ibu menjanjikan khasiat yang cukup untuk tumbesaran anak anda. Sekiranya anak anda sihat, mengapa mesti bandingkan dengan orang lain.

Diharap, dengan perkongsian ini, dapat membantu perjalanan penyusuan ibu anda. Yang paling utama, sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan penyusuan anda. Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan anda!

 

Penulis

Aqma