"Aku Rela Bergelar Janda, Kalau Jadi Isteri Hanya Untuk Menyakitkan Hati" - Luahan Seorang Isteri

Tiada siapa yang ingin berkahwin hanya untuk bercerai. Tapi kalau sekeping hati ini dirobek dan berterusan bersedih, maka berpisah adalah jalan yang terbaik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya ada banyak faktor perceraian, antaranya disebabkan gangguan pihak ketiga, masalah kewangan, campur tangan orang tua dan tiada lagi persefahaman lalu menyebabkan institusi rumah tangga tidak dapat lagi
bertahan lama.

Walaubagaimanapun, perceraian bukanlah jalan yang diharapkan bagi semua pasangan suami isteri di kala perkahwinan di landa masalah.

Namun, kekadang perceraian dipilih oleh sebab merasakan ia adalah jalan terbaik bagi seluruh keluarga.

Inilah yang berlaku kepada seorang ibu muda yang menceritakan faktor perceraian bersama suaminya di saat umurnya masih muda.

Faktor perceraian di usia yang masih muda

Seperti mana pasangan yang baru berkahwin, wanita ini memang tidak menyangka bahawa dirinya akan bercerai dalam waktu yang sangat cepat.

Apatah lagi umurnya masih muda iaitu 25 tahun dan kini berjuang bergelar  “single mother” atau ibu tunggal yang membiayai seluruh hidup anaknya yang masih kecil. Ikuti kisahnya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bercerai di usia muda, ibu ini berkongsi cerita

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap kali ingin tidur, pasti saya akan menatap wajah anak. Rasa bersalah dan sedih terus menyelubungi diri kerana saya telah tersalah memilih ayah untuknya.

Lebih menyedihkan, sudah beberapa kali kejadian yang sama berulang dan selalu saya yang maafkan suami meskipun usia perkahwinan belum genap tiga tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun Alhamdulillah, penantian untuk memiliki cahaya mata akhirnya dimakbulkan sehinggalah si comel ini dilahirkan ke dunia.

Tapi walaupun sudah ada anak, sikap suami masih tidak berubah hingga sering berlakunya pertengkaran antara kami berdua. 

Apatah lagi kami tinggal bersama orang tuanya hingga menimbulkan tekanan perasaan sehingga saat-saat untuk melahirkan bayi.

Bayangkan, semasa saya sedang sarat dan sakit untuk bersalin, diri ini langsung tidak dihiraukan malah dia terus bekerja seperti biasa tanpa berfikir bagaimana keadaan saya ketika itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami dan mentua langsung tidak peduli tentang anak saya

Selepas 40 hari melahirkan, saya sudah dapat rasakan bahawa dia dan keluarganya seolah-olah tidak kisah jika saya tidak pulang untuk berpantang di rumah keluarganya.

Bahkan selama 40 hari berpantang di rumah, keluarga atau adik beradiknya langsung tidak datang menjenguk. Katanya sibuk dengan kenduri jiran sebelah rumah. Tapi persoalannya, hari-hari ke jiran buat kenduri?

Lebih menyedihkan perasaan ini, apabila saya diherdik dan dihalau oleh suami untuk pulang ke rumah orang tua saya selepas genap anak tiga bulan.

Berjuang untuk anak tersayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya juga seorang ibu yang bekerja dan mengambil masa paling kurang dua jam untuk sampai ke tempat kerja dengan menaiki motosikal.

Tapi demi memastikan masa depan anak cerah, saya tidak punya waktu untuk terus berfikiran negatif dan harus bangun serta kuat dalam menempuhi cabaran hidup berumah tangga ini.

Bahkan, saya juga masih muda baru saja 25 tahun, jadi saya akan bekerja sekuat tenaga dan semampu yang mungkin untuk menyimpan wang bagi si kecil saya.

Allhamdulillah saya diberi kecerdasan yang sihat walaupun hanya lulusan sekolah biasa tapi saya boleh bekerja dengan gaji yang setimpal.

Lebih baik jadi janda, kalau jadi isteri selalu menderita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saat ini saya memutuskan untuk berpisah dengan suami kerana merasakan rumah tangga kami tidak lagi bahagia.

Inilah faktor perceraian kami apabila orang tua campur tangan dalam urusan anak dan menantu.

Sesungguhnya, saya ingin menunjukkan bahawa saya boleh dan mampu hidup walaupun tanpa dia. Ini kerana saya juga berhak untuk rasai bahagia. 

Lebih baik menjadi janda dan bahagia, daripada bergelar isteri yang selalu menderita.

Faktor perceraian – saranan psikologi untuk ibu tunggal

Menurut Pakar Psikologi Rosalina Verauli, menjadi ibu tunggal memang banyak cabaran yang akan dihadapi.

Walaubagaimanapun, perempuan masih boleh melakukannya dengan sebaiknya dan inilah kunci kepada kebahagiaan yang sebenarnya.

Ini antara beberapa perkara yang harus ibu tunggal tidak lupakan:

  • Selalu menjagi kesihatan fizikal dan mental supaya setiap hari kekal sihat untuk bekerja dan menjaga zuriat tercinta.
  • Memberi ruang dan waktu untuk beristirehat bersama anak.
  • Membuat simpanan yang baik untuk diri sendiri dan anak
  • Selalu berfikiran positif meskipun dilanda masalah
  • Cari seseorang yang boleh mendengar luahan perasaan anda seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan terdekat yang boleh dipercayai atau adik beradik.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai