Nak hubungan intim yang panas? Cuba "bayang" insan INI dalam fantasi anda

Kajian akhirnya membuktikan individu yang patut anda bayang dalam fantasi seks anda ialah insan INI - barulah aksi anda di ranjang pun semakin hebat!

Topik seks mungkin agak taboo di Malaysia. Tapi saya percaya, sesiapa yang membaca artikel tentang fantasi seks ini adalah orang dewasa yang sudah cukup matang dan sudah berkahwin.

Apa itu fantasi seks?

Apakah itu fantasi seks? Secara jujurnya, semua orang memiliki sexual fantasies yang tersendiri.

Fantasi seks adalah “bayangan” yang dibayangkan oleh seseorang. Kajian mendapati pasangan suami isteri yang ada fantasi “nakal” terbukti lebih bahagia!

Siapa harus ada dalam fantasi seks anda?

Jadi, apa fantasi seks anda? Mungkinkah pelakon porn star atau mana-mana artis yang seksi?

Lupakan semua mereka itu sekarang kerana kajian terbaru telah mendedahkan, satu-satunya insan yang patut ada dalam fantasi seks anda ialah pasangan anda sendiri.

Ya betul! Menurut kajian Interdisciplinary Center Herzliya, membayangkan pasangan anda dalam cara seksual akan membantu “menggalakkan” hubungan ranjang.

Hal ini bermaksud, semakin rajin anda membayangkan pasangan sendiri, semakin panas dan kerap hubungan intim anda akan berlangsung

Malah, hubungan itu juga mungkin akan semakin baik dan bukan saja dalam kamar!

Kenapa penting untuk berfantasi tentang pasangan sendiri?

Menurut kajian yang bertajuk “What Fantasies Can Do to Your Relationship: The Effects of Sexual Fantasies on Couple Interactions” itu, pengkaji ingin membuktikan apa kesan fantasi seksual terhadap hubungan suami isteri.

Maka, pengkaji telah membahagikan subjek kajian kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan harus “membayangkan” pasangan mereka. 

Manakala satu kumpulan lagi “membayangkan” orang lain selain pasangan. Hasil kajian mendapati – 

  • Individu yang “membayangkan” pasangan mereka secara seksual akan lebih terlibat dalam aktiviti seksual atau tidak seksual dengan pasangan. 
  • Fantasi ini akan membuatkan pasangan kelihatan lebih menarik di mata subjek
  • Sebarang persepsi negatif tentang hubungan juga akan semakin kurang
  • Fantasi juga akan membuatkan pasangan nampak benda-benda kecil yang mereka tidak pernah hargai dulu

Nampaknya, anda tahu apa yang perlu anda lakukan jika hubungan rumah tangga semakin hambar atau kalian semakin jauh. 

Cuba berfantasi tentang pasangan secara seksual akan menyemarakkan hubungan anda!

Fantasi seks akan mengukuhkan hubungan

Apa yang menariknya, kajian ini seakan-akan sama dengan sebuah kajian pada tahun 2017.

Kajian itu ingin membuktikan pasangan yang puas dan dipuaskan, akan lebih terbuka untuk bercakap tentang fantasi seks mereka.

Hal ini turut disokong oleh Dr. Kelly McDonnell-Arnold, seorang pakar seks dan pakar terapi. Menurutnya, pasangan yang bersembang secara terbuka akan ada kepercayaan yang tinggi, tidak membosankan, lebih intim dan lebih bahagia.

Kedua-dua kajian ini sekali lagi membuktikan, jika anda mahu menjayakan hubungan rumah tangga anda – anda ada kuncinya

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Deepshikha dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

"Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun – Ini apa yang saya tak sangka!"

Penulis

Ayu Idris