Jom Sertai Lawatan Maya Sambil Belajar Ke Farm In The City! Boleh Menang Hadiah Best!

Sertai lawatan maya Farm In The City Bersama theAsianparent dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Nivea Baby!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat apa hari Sabtu nanti? Kalau belum ada plan, jom ikuti lawatan maya sambil belajar ke Farm In The City bersama kami!

Ada pelbagai haiwan menarik & eksotik yang pasti akan buat si kecil anda teruja! Malah bukan itu saja, ada sesuatu yang membuat ibu ayah juga teruja!

Ada pelbagai hadiah istimewa untuk dimenangi sepanjang sesi LIVE ini! Jangan lepaskan peluang untuk menangi set produk bayi Nivea Baby.

Tapi kena bayar ke? Jangan risau ya ibu ayah, lawatan maya ini masuk PERCUMA saja! Lagi ramai yang turut serta lagi seronok! Jadi jangan lupa share pautan ini Farm In The City pada rakan dan ahli keluarga yang lain. Jumpa anda di lawatan maya Farm In The City pada 25 September jam 2 petang!

Apa itu Farm In The City?

Eden of Nature dan Animals Farm In The City (FITC) adalah konsep ladang di kota yang unik. Ia menggabungkan unsur-unsur hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran taman konservasi yang direka.

Berdasarkan nilai populasi berbilang kaum dan budaya di Malaysia, FITC dirancang untuk menyerupai suasana desa atau kampung di Malaysia yang cukup istimewa.

FITC merancang untuk menjadi pusat tumpuan pelancongan di negara ini dengan menyelitkan unsur pendidikan dan hiburan mengenai gaya hidup dan kehidupan di desa, ladang dan kebun buah-buahan Malaysia dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi serta hidupan liar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

FITC lebih daripada sekadar pameran untuk ditonton. Ia dapat mendorong interaksi pengunjung dengan haiwan dan tumbuhan semula jadi dalam keadaan selesa. FITC juga sangat mementingkan informasi dan ilmu yang boleh didapati oleh pengunjung mengenai pelbagai aspek kehidupan ternakan di ladang serta pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar.

Tarikan pengunjung di Farm In The City

#1. Burung-burung terbang bebas

Sangkar burung yang luas dan lapang. Pengunjung digalakkan untuk berinteraksi dengan burung dengan memberi makan dan membelai mereka serta berpeluang untuk bergambar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Gua Reptilia

Selami dunia reptilia di Reptiles Cavern dan lihat lebih dekat haiwan liar seperti Retic Python, Dwarf Caiman dan Mangrove Snake.

#3. Moods Lake

Tasik besar dengan air jernih ini menjadi tempat tinggal haiwan-haiwan seperti Mandarin Ducks, Whistling Duck, Emperor Geese, Canada Geese, Cape Shelducks, Ruddy Shelducks, Common Shelducks, Caroline Ducks, Black Swans dan White Swans. Tasik ini juga merupakan rumah bagi kawanan Undan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Pet Village

Pengunjung digalakkan untuk berinteraksi dan bermain dengan arnab dan guinea pigs. Anda berpeluang untuk memberi makan mereka dan mengambil gambar bersama mereka.

#5. Memancing Longkang

Memancing ikan tradisional di masa lalu adalah di "longkang". Jadi ia bertujuan untuk mengimbau memori lalu  mengenai bahagian warisan budaya kita yang patut dipelihara.

#6. Berjalan di hutan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengunjung boleh berjalan bersama-sama haiwan yang unik seperti Common Marmoset, Iguana, Porcupine Crested African dan Kirk's Dik Dik.

#7. Ladang Sayur Malaysia

Rekreasi ladang sayur jenis desa khas di Malaysia. Kebun dengan lebih dari 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan tumbuh-tumbuhan, pameran luas lebih dari 60 pokok buah-buahan tropika dan tanaman eksotik.

Menarik di Farm In The City

  • Beri makan dan berinteraksi dengan spesies Kura-kura Raksasa
  • Peluang untuk berinteraksi dengan lebih daripada 100 spesies haiwan jinak dan eksotik
  • Anda boleh lihat lebih daripada 300 ekor burung untuk seluruh dunia
  • Kagum dengan lebih dari 100 burung Malaysia dalam penerbangan bebas.
  • Panggil ribuan ikan Koi dengan membunyikan loceng.

Menangi hadiah menarik dari Nivea Baby

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai lawatan maya sambil belajar ini! Cukup bermanfaat untuk anak-anak. Malah tak perlu bimbang tentang SOP!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Klik Farm In The City pada hari Sabtu bersamaan 25 September ini dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari Nivea Baby!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pilihan Hotel Untuk Anda Staycation di KL & Selangor